D E L L A N A

By dsyclaire

61.1K 3.9K 335

A I L Y D R E W " Game aint no fun without blood " - ANDREW RAYWENSIL " I fell in love with you... More

Chapter 01
Chapter 02
Chapter 03
Chapter 04
Chapter 05
Chapter 06
Chapter 07
Chapter 08
Chapter 09
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Mr. A's | 31
Mr. A's | 32
Mr. A's | 33
Mr. A's | 34
Mr. A's | 35
Mr. A's | 36
Mr. A's | 37
Mr. A's | 38
Mr. A's | 39
Mr. A's | 40
Mr. A's | 41
Mr. A's | 42
Mr. A's | 43
Mr. A's | 44
Mr. A's | 45
Mr. A's | 46
Mr. A's | 47
Mr. A's | 48
Mr. A's | 49
Mr. A's | 50
Mr. A's | 51
Mr. A's | 52
Mr. A's | 53
Mr. A's | 54
Mr. A's | 56
Mr. A's | 57
Mr. A's | 58
Mr. A's | 59
Mr. A's | 60
Mr. A's | 61
Mr. A's | 62
Mr. A's | 63
Mr. A's | 64
Mr. A's | 65
Mr. A's | 66
Mr. A's | 67
Mr. A's | 68
Mr. A's | 69
Mr. A's | 70
Mr. A's | 71
Mr. A's | 72
Mr. A's | 73
Mr. A's | 74
Mr. A's | 75
Mr. A's | 76
Mr. A's | 77
A I L Y D R E W

Mr. A's | 55

583 30 0
By dsyclaire

EMPAT hari berlalu , kini mereka telah kembali ke San Francisco setelah seminggu bercuti di Las Vegas .


Buggati Chiron berwarna black badge bergerak masuk ke dalam perkarangan bangunan RY Holdings .

Seorang gadis bertudung coklat mengenakan kemeja putih bersama seluar skinny khaki melangkah keluar dari kereta mewah tersebut .

Ailyn tersenyum melihat kereta idamannya yang kini sudah menjadi miliknya .

Terasa seolah mimpi indah sahaja .

Semasa di Sport Car RayWensil Official 4 hari yang lepas .

Dia memilih kereta tersebut sebagai keretanya .

Kerana Andrew menyuruhnya memilih salah satu dari kereta lelaki itu sebagai hadiah .

Hadiah sempena apa pun dia tidak tahu .

" Hi , dah lama sampai ? "

Erissa dan Daryan yang sedang berborak di sofa rehat di ruang guest room menegur Ailyn yang baru keluar dari lift .

" Tak baru je "

Ailyn duduk di samping Erissa .

Gadis itu sedang menikmati kopi esspreso panas .

" Ailyn dah lunch ? "

" Tak tunggu Abang Andrew , dia kata nak lunch sekali "

" Oh okey "

Erissa mengangguk .

" Ada klien ke kat dalam ? "

" Haah ada "

" Siapa ? "

" Vincent "

Jawab Daryan mengetuai Erissa .

" Haa ? Siapa tu ? "

Ailyn melirik anak mata pada jejaka itu .

" Rasanya dia mafia terkenal dekat Hong Kong sekali gus anak  Royal dekat sana .

And dia ada bisnes besar dekat Malaysia , so basically dia stay dekat Malay laa "

" Wow , besar betul pangkat dia "

" Itulah "

Mereka bertiga menoleh ke arah bilik kerja Alan apabila pintu di kuak .

Terlihat Alan , Darren dan Veronica keluar dari bilik tersebut dengan beberapa file di tangan .

Anak mata Ailyn melekat pada Veronica dan Darren yang berjalan bersebelahan .

Sekarang dia sudah tahu mengapa mereka berdua kelihatan begitu mencurigakan .

" She into him , but him clearly ignoring her "

Itu yang di katakan oleh Erissa di saat dia bertanya mengenai hubungan dua manusia dingin itu .

Dia pelik kenapa Darren tidak peduli akan perasaan Veronica terhadapnya .

Padahal gadis berbangsa korea itu boleh di katakan cukup lengkap .

Cantik , tinggi , tubuh bak model , pandai mempertahankan diri , cerdik dan cekap .

Apa buta Darren si beruang kutub tu .

Orang cantik seperti Veronica sukakan dia pun dia boleh buat tak tahu .

Kata Erissa lagi ,

Mereka semua tahu mengenai perasaan Veronica terhadap Darren .

Gadis jelita beriak dingin itu sudah lama menyukai Darren sejak pertama kali mereka bertemu lagi .

Tetapi mereka pelik dan tidak faham kenapa Darren masih beriak kosong setelah tahu Veronica menyukainya .

Walaupun begitu Veronica tidak pernah berhenti dari mencuba nasib untuk meraih perhatian jejaka itu .

Dia tidak nafikan hal itu kerana dia yang baru tinggal bersama mereka pun perasan akan hal itu .

Veronica tampak ikhlas dan tulus menyukai Darren .

Retapi Darren sepenuhnya tidak mengendahkan gadis itu .

" Yo whats up , buat apa ni ? "

Sapa Alan mengambil tempat duduk di samping Erissa .

Mereka berdua berciuman sesaat .

" Tak buat apa pun , Ailyn ni tunggu abang Andrew katanya nak lunch dengan kekanda tercinta "

Ujar Erissa mewakili mereka bertiga .

" Nak join juga aku lapar ni "

" Jomlah lagi best kalau lunch ramai ramai "

Ajak Ailyn bersama senyuman manis .

" Nak pergi lunch dekat mana ? " tanya Alan .

" Tak tahu lagi , abang Andrew cakap tak kesah "

Ailyn melarikan anak matanya apabila menyedari bahawa sang jejaka dingin mula merenungnya .

Tidak lama kemudian .

Keluarlah Andrew , Eric dan lelaki bernama Vincent tersebut .

Ailyn agak terpukau melihat jejaka berbangsa cina itu .

Begitu kacak dan tampan sekali .

Tetapi walaupun begitu tetap kacak suaminya lagi . Hikhok !

" Buat mesyuarat apa ni ramai ramai ? "

Eric mara ke arah mereka sebelum duduk di samping Veronica .

" Takdelah tunggu koranglah nak pergi lunch , cepatlah aku dah lapar ni lama betul "

Rungut Daryan .

" Alololo laparnya dia , haa jom kita pergi makan "

Eric memeluk bahu Daryan yang sudah memuncung sedepa .

Mereka berdua menuju ke arah lift .

" Dahlah jom aku pun lapar "

Ajak Alan sebelum mereka semua bergerak ke arah lift .

" MENGANTUK dah ke ? "

Ailyn terperanjat apabila Andrew tiba tiba merebahkan kepala lelaki itu ke atas ribanya .

Aktiviti meratakan losyen terhenti .

" Tak lagi kenapa ? "

Balasnya dengan senyuman .

" Tak delah saja nak bermanja dengan isteri sendiri "

Andrew tersenggih comel sambil memintal rambut isterinya .

" Aku tak rasa mak ayah sebenar kau orang biasa biasa sayang "

Ailyn mengerutkan dahi mendengar bicara Andrew yang tiba tiba itu .

Botol losyen di letak ke atas meja kembali .

" Kenapa awak cakap macam tu ? "

" Sebab rambut kau , warna reddish blonde .

Dan anak mata kau warna coklat cair dan muka kau ada iras seseorang yang pernah aku kenal "

" Hmm ? Siapa ? "

Berasa sedikit terkejut .

" Aku tak ingat tapi muka kau tak nampak macam orang Malaysia biasa . Nampak macam kau ada kacukan "

Kata Andrew lagi .

Gadis itu terdiam seketika mendengar kata kata suaminya itu .

Seolah sedang berfikir .

" Awak saya nak mintak tolong sikit boleh ? "

Soalnya dengan jari memintal rambut caramel lelaki itu .

" Hmm ? Just name it sweetheart "

Jari jemari Ailyn di raih sebelum di lekapkan dengan jemari lebarnya .

" Boleh tak awak cari maklumat keluarga sebenar saya ?

Awakkan mafia , suruh Darren atau Veronica . Diaorangkan hakcer mesti tahu benda macam ni "

Andrew tersenyum halus .

Tangannya naik mengusap pipi Ailyn .

" Certainly sayang , aku akan cuba cari "

Ailyn tersenggih tatkala Andrew mencuit hujung hidungnya .

Comel .

Dalam diam Andrew menghela nafas pelan .

Tidak tahu lagi bagaimana dia mahu mencari maklumat keluarga sebenar gadis itu .

Sudah puas dia cuba temui tetapi tetap tiada di dalam data .

" Awak "

Panggilan Ailyn menyedarkan Andrew yang ralit bermain dengan jarinya .

" Yes my love "

Andrew melirikpada sepasang anak mata gadis itu yang menatapnya .

" Boleh saya nak tanya something ? Tapi , janji jangan marah "

" Aku tak akan marah bidadari aku ni , happily i'd answer it "

Mendengar itu senyuman Ailyn melebar .

" Mana family awak ? Mak awak , ayah awak ? Adik beradik awak yang lain ? "

Anak matanya merenung ke dalam retina redup suaminya .

Yang mula tampak sedikit berubah di saat soalan tersebut terpancul pada bibirnya .

Andrew tersenyum tipis sebelum bangun dari baringan .

Lalu jejaka itu mengangkat tubuh kecil  Ailyn dan meletakkan ke atas pangkuannya .

Kepala di rehatkan pada bahu Ailyn dengan ke dua belah tangan memeluk pinggang gadis itu .

Ailyn yang duduk bersila di atas riba Andrew mula menyandarkan belakang tubuh pada bidang dada lelaki itu .

Jari menekan nekan urat kekar yang timbul pada belakang tangan Andrew .

" Aku tak suka ingat kisah ni , tapi di sebabkan kau isteri aku jadi kau berhak tahu pasal diri aku dan keluarga aku "

Tangan meluruskan rambut berikal mayang si isteri .

Jimena Salleh .

Sebaris nama gadis jelita yang di lahirkan di Spanish .

Gadis jelita ini di lahirkan dalam agama islam .

Tetapi tidak di besarkan dengan cara islam yang benar .

Di besarkan oleh ibunya dan seorang anak tunggal .

Si ayah seoalah langsung tidak wujud di dunia .

Di mana hari dia lahirkan hingga umur mencecah 23 tahun .

Dia tidak pernah tahu nama si ayah apatah lagi rupa paras lelaki bergelar bapanya itu .

23 tahun dia membesar tanpa belaian seorang ayah .

Cukup hanya kasih sayang seorang ibu .

Hidupnya cukup melelahkan , kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .

Tetapi dia tetap gembira kerana adanya bidadari berharga yang sentiasa berada di sisinya .

Suatu hari dia di pertemukan dengan seorang jejaka yang tanpa sedar telah mendatangkan debaran pada jantungnya .

Dave RayWensil .

Jejaka kacak yang mempunyai bisnes miliknya sendiri .

Boleh di katakan cukup kaya .

Dia mempunyai beberapa buah restoran mewah .

Hari demi hari mereka semakin dekat dan akhirnya jatuh cinta .

Setiap hari mereka akan bertemu dan melakukan perkara sepertimana pasangan lain lakukan .

Sang jejaka mula mengerjakan langkah pertamanya .

Iaitu melamar si gadis kesukaannya itu .

Jimena terlalu gembira saat itu .

Dan mula memberitahu ibu tercinta mengenai hal tersebut .

Namun ,

Kecewa yang dia dapat apabila sang ibu tidak merestuinya mengahwini jejaka kesukaannya .

Tetapi akibat teramat mabukkan cinta .

Dia tetap berdegil mahu mengahwini Dave .

Dan mengugut ibunya agar membenarkan dia mengahwini Dave atau dia akan bertindak gila dengan mencederakan dirinya sendiri .

Sang ibu rapuh mendengar bicara anak kesayangan .

Jimena akhirnya melarikan diri ke rumah sang cinta hati .

Ingin memberitahu Dave mengenai sang ibu yang tidak memberi persetujuan terhadap perkahwinan mereka .

Namun , tiba sahaja di rumah sang jejaka .

Buat kali pertama dia menumpahkan air matanya di sebabkan jejaka yang di sangjungnya itu .

Di saat melihat Dave bersama gadis yang tidak di kenali sedang bercumbu di atas katil mereka .

Dengan hanya di tutupi sehelai selimut putih dengan pakaian berterabur di atas lantai bilik .

Dengan penuh amarah dia menolak Dave yang sedang menindih si gadis .

Tamparan kuat di hadiahkan pada pipi si gadis .

Bermula dari situ dia sedar bahawa jejaka yang di cintai adalah seorang iblis .

Tatkala Dave bertindak memukulnya kerana menampar tunang lelaki itu .

Jimena di halau bagaikan anjing kurap , dan di maki seolah dirinya tiada harga diri .

Apa yang paling menyakitkan apabila Dave mengatakan bahawa dia tidak mengenali dirinya .

Bahkan memanggilnya pelacur dan menghina dirinya kerana tiada bapa .

Juga memaki ibunya yang sudah berumur .

Sakit .

Cukup sakit untuk dia menerima kebenaran tersebut .

Dengan kesedihan dia pulang ke rumahnya kembali .

Berniat untuk meminta maaf pada sang bidadarinya .

Berharap sang ibu menunggu kepulangannya dengan senyuman indah terhias pada wajah .

Sekali lagi dia mengalirkan sejumlah yang banyak cecair jernih .

Di saat ternampak api yang marak dari rumahnya .

Dia cuba untuk berlari masuk ke dalam bagi menyelamatkan ibunya .

Namun gagal apabila pihak penyelamat menahan dirinya .

Dua perkara itu cukup menghancurkan hidupnya sebagai seorang gadis mentah yang berumur 23 tahun .

Harinya menjadi gelap dan kosong selepas kejadian ibunya mati di dalam kebakaran .

Penyesalan .

Itulah yang di rasainya .

Satu perkataan yang cukup sebati dengan dirinya .

Dalam keadaan dia bersedih dengan kehilangan ibu tercinta dan di tipu oleh jejaka di sukai .

Tanpa sedar perutnya mula membesar .

Menandakan bahawa ada satu nyawa yang mula tumbuh di dalam rahimnya .

Ya , bayi tersebut adalah anak kepada lelaki yang telah membuangnya .

Jimena sedaya upaya cuba menyara hidupnya yang bersendirian tanpa cahaya penyeri .

Awalnya dia mahu membunuh bayi di dalam rahimnya .

Tetapi setiap kali dia mencuba untuk mengugurkan kandungannya pasti ada sesuatu yang menghalang .

Andrew RayWensil .

Maka terlahirlah bayi lelaki bak dewa yang di beri nama Andrew RayWensil .

Anak lelakinya yang di lahirkan juga di dalam agama islam .

Hari demi hari .

Dia cuba membesarkan anak lelakinya sedaya upaya yang dia mampu .

Mereka hidup bahagia bersama .

Dia tersedar bahawa nasib anaknya sama seperinya .

Dan nasibnya sama seperti ibunya .

Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa .

Manakala ibunya melahirkan anak tanpa si suami di sisi .

Adakah ini karma buat dirinya .

Akhirnya anak lelakinya mencecah umur dewasa 18 tahun .

Namun hidup tidak selalu indah apabila sang jejaka yang telah menghancurkan hidupnya kembali memunculkan diri .


Dengan melibatkan dia dan si anak ke dalam masalah yang telah di tubuhkan . 

Dave .

Setelah hampir 20 tahun tidak bersua muka akhirnya mereka bertemu kembali .

Dave menjualnya dan puteranya kepada seorang mafia yang cukup di geruni .

Ivan .

Dia adalah jejaka itali yang memegang pangkat ketua mafia di seluruh pelosok itali .

Semestinya mempunyai harta yang cukup banyak.

10 keturunan pun tidak luak .

Paras rupa sempurna dengan pakej tubuh tegap dan mempunyai ketinggian yang mempesonakan .

Jejaka ini cukup ternama dan di kenali dengan keganasannya dan ketampanan bak dewa yang di miliki .


Tidak lupa para para gadis bangsawan dan golongan atasan berebut rebut ingin menjadi pasangan ranjang jejaka itu walaupun hanya semalaman .

Jimena turut menjadi gadis simpanan si jejaka itali tersebut .

Kerana rupa parasnya yang begitu menarik perhatian para jejaka dia di layan bak puteri oleh Ivan .

Dan bermula dari situ tiada lagi gadis gadis yang selalu meniduri Ivan .

Kerana jejaka berkuasa itu mengatakan padanya bahawa dia telah menyukai Jimena .

Juga berhasrat ingin menjadikan Jimena sebagai isteri .

Pada mulanya Jimena menolak lamaran tersebut .

Kerana sudah serik mempercayai manusia bernama lelaki .

Namun dengan layanan romantik bak Romeo .

Dengan kemewahan bagaikan di syurga dan kehormatan yang di berikan padanya sebagai bakal isteri kepada mafia ternama .

Buatkan hati kerasnya perlahan mencair 

Hari demi hari dia larut di dalam dunia kemewahan .

Hanyut dalam layanan sang jejaka itali yang berparas rupa Di raja .

Hingga terlupa bahawa dia telah meninggalkan anak lelakinya dalam sebuah tahanan .

Di mana tahanan yang di tubuhkan bagi para pemuda pemudi yang mahu menyertai kumpulan mafia .

Mereka di latih sekeras kerasnya .

Jika gagal mengikut peraturan yang di tetapkan mereka akan di dera .

Ada yang tidak di beri makan dan minum .

Purata kematian para tahanan mencecah 400 hingga 600 ratus setahun .



Mereka mati akibat kelaparan juga mati akibat terlalu banyak kehilangan darah .

Dan di sinilah dia .

Andrew RayWensil .

Di pukul dan di herdik setiap hari akibat diri yang lemah dan kerap gagal mengikut arahan yang telah di tetapkan .

Setiap hari dia meratapi kesedihan .

Menangis hingga matanya bengkak .

Menangis kerana merindui sang ibu , menangis kerana sakit di pukul .

Dia tidak pernah berhenti berdoa agar ibunya datang dan menjemputnya pergi dari neraka ciptaan manusia tersebut .

Namun harapan yang di berikan hancur kerana sang ibu tidak pernah datang kepadanya dengan senyuman indah seperti yang di harapkan .

Di situ dia menemui seorang lelaki yang senasib dengannya .

Mereka berdua selalu di pukul akibat terlalu lemah .

Eric MacRen .

Jejaka berkacukan Russia Amerika yang juga mempunyai kehidupan yang menyedihkan .

Akibat diri yang tidak lagi dapat menahan deraan yang di beri.

D seorang Andrew membuat keputusan untuk melarikan diri dari tahanan tersebut .

Namun semuanya berubah tatkala perbuatannyaberjaya di ketahui oleh warden tahanan .

Dia semakin di pukul dan di dera teruk seteruknya .

Hingga wajahnya tidak lagi kelihatan seperti rupa asalnya .

Tulangnya patah dan tubuh di penuhi lebam dan luka .

Tetapi dia bersyukur pada tuhan apabila akhirnya dia bertemu juga dengan ibunya semula .

Walaupun matanya lebam dan terasa teramatlah perit untuk berkelip apatah lagi untuk di buka .

Tapi kerana dia mahu melihat wajah berseri sang syurganya dia memaksa juga dirinya agar mengagahkan kelopak mata untuk di buka .

Dia cuba sedaya upaya untuk melorekkan sebuah senyuman buat ibunya walaupun sudut bibirnya terasa bagaikan ingin terobek .

Air mata mengalir menahan rasa sakit akibat memaksa dirinya mencelikkan mata dan menguntumkan sebuah senyuman .

" Mama "

Terasa berat dadanya untuk melontarkan satu perkataan singkat tersebut .

Namun tindakan ibunya cukup menghancurkan sekeping hatinya yang telah rapuh menjadi berkecai .

Di saat sang ibu mengatakan bahawa dia tidak mengenali dirinya .

Bahkan mengatakan bahwa dia bukan anak wanita itu .

Malah ibunya menghina dan memakinya .

Juga mengatakan bahawa wanita itu tidak mempunyai anak yang buruk .

Teruk , hodoh , lemah , kotor dan jijik sepertinya .

Andrew menangis kuat di saat dia cuba untuk menyentuh hujung jari kaki sang ibu .

Tetapi di sepak kuat oleh wanita itu seolah dia hanyalah sampah sarap .

Malah wanita itu mengarahkan para warden tahanan agar terus memukulnya tanpa henti .

Hingga akhirnya dia pengsan tidak sedarkan diri dengan air mata yang menitis .

Continue Reading

You'll Also Like

1M 79.9K 39
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
4.1M 259K 100
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
2.4M 140K 46
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
37.8M 1.1M 68
Deadly assassins Allegra and Ace have been trying in vain to kill each other for years. With a mutual enemy threatening their mafias, they find thems...