EMERALD

By asterhyzells_

22.9K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 27

351 38 9
By asterhyzells_

Mata dicelikkan perlahan-lahan. Untuk seketika dia mengamati tempat dia berada. Sebelum dia terlelap, dia masih ingat dia berada di dalam kereta bersama Ezra. Lelaki itu ingin membawanya ke suatu tempat.

“Dekat mana ni?” Armelyn menyoal sendiri. Bilik yang dihuninya ketika ini terlihat sungguh asing. Kelibat Ezra pun tidak kelihatan. Langsir putih diselak kemudian tingkap dibuka. Halaman luar yang terlihat dari tingkap hanya terdapat sebuah rumah dan pokok-pokok besar. Mungkin kedudukan rumah ini berhampiran hutan.

“Sayang.” Kepala ditoleh apabila suara garau seseorang kedengaran. Wajah Ezra menjadi tatapan matanya.

“Kita dekat mana sekarang ni?” soal Armelyn.

“Dekat vila berhampiran hutan. Sayang masih tak sihat kan? Duduklah dulu. Abang tak nak sayang penat.” kata Ezra. Dahi Armelyn berkerut pelik. Ezra tidak pernah membahasakan dirinya sebagai abang. Ini pula sementelah bercerai. Buat tabiatkah?

“Kenapa suara awak pelik?” Armelyn mengesan kelainan pada suara Ezra. Suara yang didengarinya di dalam kereta dan yang didengarinya sekarang ini jauh berbeza.

“Sakit tekak. Dah, sayang duduklah dulu.” Bahu Armelyn ditolak perlahan supaya duduk di atas katil, namun Armelyn tidak berganjak. Dia masih kaku dengan kedudukannya.

“Awak... Awak siapa?” soal Armelyn. Matanya separuh membuntang tatkala melihat sebilah pisau pada poket Ezra. Malah, pemakaian lelaki itu terlihat lain. Dia cukup tahu Ezra tidak menyukai pakaian berwarna gelap.

“Apa maksud sayang?” Armelyn menepis tangan lelaki itu tatkala lelaki itu bertindak mahu menyentuh pipinya. Tangan lelaki itu pun tidak seperti tangan Ezra.

“Kau siapa? Mana Ezra?” Langkah diundur ingin menjauhi lelaki itu.

“Akulah Ezra. Kau dah lupa rupa aku, sayang?” Bibirnya menyeringai sinis. Nampaknya mangsa dia sekarang ini tidaklah begitu bodoh. Pantas sahaja mengesan penyamarannya.

“Tak! Kau tipu! Kau bukan Ezra!” jerit Armelyn. Melihat lelaki itu mengeluarkan pisau, Armelyn lantas berlari keluar dari bilik tanpa sempat lelaki itu hendak mengacukan pisau ke arahnya.

“Menyusahkan betullah perempuan ni!” dengusnya sebelum mengejar Armelyn yang sudah lari menuju ke hutan.

Melihat kelibat lelaki yang berwajah mirip dengan Ezra berada terlalu jauh daripada dirinya, Armelyn mengambil kesempatan itu untuk menyembunyikan diri. Dia terlalu penat untuk meneruskan larian. Sudahlah belum makan, berlari pula setelah penat berjalan jauh.

“Mana kau sayang? Kau menyorok ya? Tak rindukan bekas suami kesayangan kau ini?” katanya sambil berjalan perlahan. Dia cuba mencari jikalau ada sebarang bunyi yang dibuat oleh Armelyn. Matanya pula melilau mencari kelibat Armelyn.

Armelyn ketap giginya. Menggigil tubuh apabila langkah lelaki itu semakin mendekat. Dia berasa sungguh ketakutan.

“Sayang... Keluarlah. Aku rindukan kau.” katanya lagi. Armelyn masih mendiamkan diri, namun matanya membulat tatkala seekor ular besar yang sedang mendesir menjamu pandangan mata. Saat ular itu bergerak semakin menghampirinya, dia terus menjerit dan keluar dari tempat persembunyian.

“Jadi, di sana kau menyorok ya? Datang ke sini sayang...” Senyuman sinis tersungging di bibir. Langkah diatur berjalan mendekati Armelyn yang tercungap-cungap.

“Argh!” Untuk kali keduanya, Armelyn menjerit. Belum sempat langkah kelimanya ingin menyentuh tanah, rambutnya ditarik oleh lelaki itu.

“Aku dapat kau, sayang.” Lelaki itu ketawa. Rambut Armelyn ditarik kuat, memaksa wanita itu mengikut langkahnya menuju ke tepi tebing.

“Lepaslah! Kau siapa haa? Lepaskan aku!” jerit Armelyn.

“Aku? Aku Ezra lah! Kau... tak layak hidup. Kau bunuh Iflan!” Armelyn terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Benarkah lelaki itu ialah Ezra? Atau lelaki itu cuma bermain kata-kata dengannya?

“Saya tak bunuh dia.” Kepala digeleng dengan air mata yang mengalir kembali. Jikalau tadi dia menangis kerana ketakutan, sekarang ini menangis kerana kecewa... Dia kecewa kerana tiada sesiapa yang mahu mempercayainya.

“Kau bunuh dia. Kau kelar leher dia sampai dia mati depan mata kau.” ujar lelaki itu. Sengaja mahu membuatkan Armelyn terbayang semula peristiwa tersebut.

“Hoi!” tempikan seseorang membuatkan lelaki itu dan Armelyn terkejut. Armelyn kenal suara itu. Itu suara Ezra! Tanpa sempat dia mahu menoleh memandang wajah gerangan yang menjerit tadi, dia terlebih dahulu ditolak ke tepi tebing.

“Argh!” jeritan Armelyn menyapa pendengaran dua lelaki itu.

“Armelyn!” Ezra yang terkejut melihat Armelyn ditolak lantas berlari menuju ke tepi tebing itu. Lelaki tadi sudah melarikan diri dari situ. Sempat dia melorek senyuman kemenangan. Kalau difikirkan tadi, dia mahu menolak Ezra sekali. Namun, Ezra bukanlah sasarannya. Itu bukan rancangan asalnya. Tanpa Ezra, rancangannya akan rosak.

“Melyn!” Mata diliarkan ke bawah tebing. Langsung tidak terlihat kelibat Armelyn di situ. Barangkali sudah jatuh jauh ke bawah.

“Melyn! Sahutlah sayang!” jerit Ezra lagi. Dia mula terisak-isak di situ. Tidak sanggup kehilangan isteri kesayangannya.

•••

Fazlan mengeluh perlahan. Penat juga asyik tengok wajah muram Ezra yang diam tidak berkutik itu. Bila ditanya atau dipujuk dengan kata-kata semangat dan kata-kata positif, lelaki itu hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja berkaitan Armelyn.

“Sudahlah... Nanti mereka jumpalah Armelyn. Kau pergi makan dulu.” kata Fazlan.

“Aku tak lapar. Jangan kacau aku. Kau pergi main jauh-jauh dengan Dahlea.” halau Ezra.

“Kau fikir aku ni budak-budak ke? Dasar sepupu bodoh!” Ezra dijelingnya. Geram pula. Dibagi nasihat dan kata-kata semangat, bukannya mahu menghargai. Dihalau adalah!

“Kalau macam tu, kau duduk sini. Biar aku pergi jumpa Dahlea.” Ezra yang sudah berdiri dan melangkah pergi dipandang tidak percaya.

“Hoi syaitan!” jerit Fazlan. Sungguh, dia tidak berpuas hati dengan Ezra. Kaki dihayun laju, berlari ke arah Ezra. Lelaki itu, sedih-sedih pun mampu mengusiknya lagi.

Kaki dikuis-kuiskan di atas rumput. Lagak Fazlan mengejar Ezra dipandang kosong. Dia leka menikmati kuih pemberian David. Lelaki itu memang buang tabiat kerana memberinya kuih.

“David... Kau tak nak makan? Sedaplah.” tawar Danial. Kuih yang sudah digigitnya sedikit dihulurkan ke arah mulut David. Tanpa kata, David menggigit separuh daripada kuih di tangan Danial.

“Dah... Kau habiskanlah. Aku beli untuk kau.” kata David.

“Hurm.” Danial hanya mengguman. Tindakan David yang tiba-tiba duduk bertinggung di hadapannya membuatkan dahinya berkerut pelik. Cari belalang dekat rumput ke apa?

“Naik atas belakang aku. Kita pergi jalan-jalan.” suruh David. Danial mula tersengih teruja. Dia mimpi ke? Sudahlah di dalam istana David mahu menggendongnya.

“Kau buang tabiat ke? Kita dekat dalam istanalah David. Macam mana kalau orang nampak?”

“Habis, kenapa kalau orang nampak? Kau malu? Kaulah yang buang tabiat.” bidas David.

“Ish kau ni! Nanti kena cop gay tak pasal-pasal.”

“Sudahlah, kalau kau tak nak naik.” David yang berura-ura hendak berdiri itu hampir rebah tertiarap kerana dihempap oleh Danial. Bernasib baik sahaja telapak tangannya sempat menongkat pada tanah.

“Dah semakin berat kau ni. Macam gajah.” komen David seraya berdiri.

“Tak apa berat... Teman lelaki aku kan gagah. Badan berotot macam ni, mana mungkin tak larat nak angkat aku kan?” Danial ketawa kecil.

“Pandailah kau.”

“Aku memang pandai. Pandai pikat kau.” jawapan balas Danial membuatkan David ketawa. Dia akui itu. Diam-diam Danial memikatnya dengan personalitinya sendiri.

Sedar tidak sedar, mereka sudah memasuki kawasan hutan yang indah dengan warna-warna daun musim luruh. Sungguh cantik menyapa mata.

“Kau ketawa? Sayangnya aku tak nampak muka kau tadi. Ketawalah lagi David.” suruh Danial. Kepala dikedepankan sedikit untuk melihat wajah David sehinggakan pipi mereka berdua berlaga.

“Tak nak!”

“Ala... Ketawalah.” Bibir dijuihkan. Jarang hendak mendengar David ketawa. Dia cuma pernah mendengar beberapa kali. Itupun boleh dikira menggunakan jari. Melihat David hanya mendiamkan diri, Danial mencemberutkan mukanya.

Selang beberapa saat, idea nakal muncul di benak fikirannya.

“Kau tak nak ketawa kan? Rasakan!” Leher David digeleteknya membuatkan David mengetap bibir.

“Kau jangan berani sentuh dekat situ! Nanti kita jatuh tak pasal-pasal.” David memberhentikan langkahnya tatkala tangan Danial bergerak ke kawasan pinggangnya. Dia tidak tahan kegelian di situ. Di leher, tidak apa lagi.

“Aku nak sentuh juga.” Tangannya bergerak menggeletek kawasan pinggang David. Meliuk-liuk badan David kerana kegelian.

“Argh!” Danial terjerit kecil apabila David mulai tumbang. Mereka berdua sudah terbaring di atas dedaun kering yang luruh ke tanah. Melihat Danial yang tiba-tiba ketawa membuatkan David turut sama ketawa. Entah apa yang lucu.

“Dah jatuh.” kata Danial yang masih ketawa.

“Nakal.” David mencubit pipi Danial. Danial sememangnya seorang yang berani walaupun kadang-kadang terlihat lembik.

“Sekejap, kita dekat mana sekarang ni? Cantiknya...” Mata Danial meliar melihat pokok-pokok di sekelilingnya. Terasa cantik pula melihat pemandangan hutan dengan posisi berbaring.

“Hutan. Ni tempat aku datang setiap kali ada masalah. Pemandangan dekat sini menenangkan.” ujar David.

“Lagi-lagi ada dengan kau. Makin menenangkan pula pemandangannya.” Danial ketawa kecil.

“Mereka berdua ni memang gila. Daun pun boleh jadi katil.” Asap rokok dihembus sebelum menggelengkan kepala. Ezra berjalan pergi meninggalkan tempat itu. Ingatkan mahu menenangkan fikiran, terjumpa pula dua makhluk yang seronok bercinta. Lantaklah David gay ke tidak. Itu hidup David dan dia tidak mahu masuk campur.

“Cuba dengar.” Earphone disumbatkan ke telinga David. Mereka terdiam seketika menikmati alunan muzik dan juga keindahan alam. Danial berpusing ke arah David. Senyuman lebar tidak lekang dari bibirnya sambil mata menatap seraut wajah tampan David. Agaknya, sampai bila wajah itu akan menemani dirinya?

Kejadian yang menimpa Armelyn membuatkan dia berasa takut untuk melepaskan David walau sesaat sahaja. Dalang pembunuhan Iflan dan juga orang yang menolak Armelyn ke tepi tebing mungkin sedang berkeliaran di dalam istana.

Bibir yang hampir hilang senyumannya ditarik kembali untuk mengukir senyuman tatkala David memusingkan kepala, memandang ke arahnya. Segala kemungkinan yang bermain di benak fikiran menghilang begitu sahaja.

“Sejak bila kau suka dengar lagu? Sebelum ni, aku tak pernah tengok kau dengar lagu.” kata David.

“Baru-baru ini. Eshaf bagi aku dengar. Best juga lagu ni kan?” David mendecit perlahan mendengar balasan Danial. Api cemburunya mula membara.

“Selepas ni, jangan rapat sangat dengan Eshaf. Aku tak suka. Dan, aku paling tak suka kau berkongsi sesuatu dengan dia.” Earphone di telinga Danial ditarik geram.

“Sakitlah! Kau cemburu eh? Aku rapat dengan Eshaf saja pun.”

“Eshaf pun tetap tak boleh! Kau tak ingat apa yang aku cakap?”

“Apa yang awak cakap Tuan Muda Davidrian Ethan?” Matanya memandang anak mata David dengan sengihan. David mendecit. Danial seakan-akan cuba menggoda dirinya dengan renungan polos itu.

“Jangan pandang aku macam tu.” Pipi Danial ditolak ke tepi.

“Kenapa?” Danial tidak makan saman. Mimik wajah sedih yang comel ditayang sambil melihat David. Lelaki itu sudah menelan air liur. Mahu sahaja dia gomol satu wajah Danial, namun ditahankan sahaja niatnya. Dia tidak boleh kalah dengan Danial!

“Diamlah.” Kepala dipalingkan ke arah lain seraya berdiri. Debu dan dedaun yang melekap pada pakaian disapunya.

“Tolong aku bangun sekali.” Danial mendepakan tangannya ke hadapan. Terasa mahu bermanja dengan David pula hari ini. Masih berbaki beberapa minggu untuk dia pulang ke Ardanna dan dia tidak tahu jika David benar-benar akan mengikutinya.

“Adoi!” David sedikit terperanjat apabila Danial melompat naik ke atas badannya di hadapan sambil memeluk leher. Bernasib baiklah dia sempat menyambut.

“Hehe... Aku rasa tak nak lepas kaulah hari ini. Rindu.” Bibir dijuih.

“Mengarutlah kau ni. Cakap sajalah yang kau nak didukung. Macam budak kecil.”

“Memang pun hahahahaha. Jadi, dukunglah aku. Hmm bolehlah aku cabul bibir kau, pipi, dahi, seluruh wajah kau.” Sengihan ditarik.

“Gatal!” Punggung Danial ditamparnya. Janganlah mereka jatuh pula kerana kenakalan Danial. Mahu patah pinggangnya nanti. Danial mendecit perlahan. Kepala dilabuhkan perlahan di celah leher David.

“Panas... Kau demam Dani?” soal David. Tidak pula dia perasan akan suhu badan Danial tadi. Sekarang ini terasa jelas haba panas Danial di lehernya.

“Sikit je. Aku mengantuklah.” kata Danial. David menarik kot hitam labuhnya menutupi tubuh Danial. Bimbang juga jika Danial akan sejuk. Salahnya membawa Danial ke hutan tanpa tahu keadaan Danial.

“Tidur.” suruh David. Dia berjalan dengan berhati-hati keluar dari hutan.

Continue Reading

You'll Also Like

20.7K 528 67
Siapa sangka pertemuan semula Aisyah Alhena dengan Hud Izzudin pada malam reunion Sekolah Tinggi Khandi membawa mereka ke arah ikatan pertunangan. "K...
374K 20.8K 75
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ing...
29.8K 110 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
4.8K 108 66
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunang...