EMERALD

By asterhyzells_

22.9K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 25

343 38 16
By asterhyzells_

Hanny tersentak apabila Armelyn bertindak dengan duduk secara mengejut. Wanita itu terlihatnya tercungap-cungap seakan baru sahaja menghabiskan larian marathon walhal dia baru tersedar dari pengsan. Armelyn menarik selimut dan mengesot ke kepala katil tatkala kejadian tadi bermain di kepalanya.

"Melyn... Kau tak apa-apa?" soal Hanny. Armelyn menggeleng dan mula menangis.

"Ada orang nak bunuh Melyn. Isk..." adu Armelyn. Tanpa disangka, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang. Pipi ditampar kuat tanpa sebarang kata.

"Kau dah bunuh anak aku! Menantu tak guna!" amuk Engku Delisha dengan air mata yang sudah membasahi pipi. Armelyn tersentak. Iflan sudah matikah?

"Kau pembunuh! Kau tak layak hidup!" hambur Engku Delisha lagi. Kali ini, dada dan wajah Armelyn menjadi sasaran tendangannya.

"Bonda!" jerit Ezra. Terkejut dia melihat bondanya menyakiti Armelyn. Bibir isterinya itu sudahpun mengalirkan darah.

"Kenapa nak tolong dia lagi? Dia pembunuhlah!" tempelak Engku Delisha. Ezra ditolak menjauhi Armelyn. Dia benci melihat wajah Armelyn, menantu yang tidak diiktirafnya itu.

"Bonda ada bukti dia dah bunuh Iflan? Tolonglah bonda! Bincang perkara ini elok-elok dan lakukan soal siasat dahulu. Jangan nak salahkan isteri Ezra tanpa bukti macam ni!" marah Ezra. Bengang dengan sikap bondanya itu. Hanya disebabkan Armelyn berada di dalam bilik Iflan, tidak bermakna Armelyn lah pembunuhnya.

"Bukti? Habis yang dia pegang pisau dan terbaring dekat Iflan tu apa? Ezra masih nak menangkan isteri Ezra ni walaupun dia dah terang-terang bersalah! Hoi perempuan! Kau cakap sekarang! Kenapa kau bunuh anak aku?" tempik Engku Delisha. Dia bagaikan sudah kehilangan akal fikiran yang waras. Wajah Armelyn terlalu memuakkan untuk dilihat.

"Bertenang mak cik." pujuk Hanny. Sedari tadi dia cuba menahan Engku Delisha daripada menyakiti Armelyn, tetapi apalah sangat dengan kudratnya mahu melawan wanita tua yang hampir hilang kewarasan?

"Jangan masuk campur! Perempuan ni dah bunuh Iflan! Dia pembunuh!" tempik Engku Delisha lagi.

"Melyn tak buat." kata Armelyn dengan esakkan tangisan. Benda yang berlaku tadi terlalu mengejut. Tiba-tiba pula dituduh membunuh raja baharu Xhandelion. Dia tidak mahu masuk penjara dan dikenakan hukuman berat. Kesalahan membunuh seorang raja mungkin berupa hukuman mati atau seksaan seumur hidup.

"Penipu! Kau penipu! Kau pembunuh!" jerit Engku Delisha. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila Engku Delisha mencapai pasu dan membaling ke arah Armelyn. Armelyn bernasib baik kerana Ezra tangkas menarik dirinya daripada terkena pasu tersebut.

Bunyi derapan beberapa pasang kaki menambahkan rasa debar di dalam diri Armelyn. Pengawal istana sudah datang untuk menangkap dia!

"Kami datang untuk membawa Puteri Armelyn ke penjara." kata salah seorang pengawal istana itu.

"Saya tak nak pergi." Armelyn memeluk erat lengan Ezra sambil menggelengkan kepala. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia berasa sungguh takut dan dia tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Awak... Saya tak nak pergi." kata Armelyn lagi. Namun, suaminya itu hanya diam berkutik seolah-olah tidak mahu membantu dirinya. Apatah lagi memujuk.

Saat lengannya ditarik oleh pengawal istana, Ezra masih kaku mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkan olehnya. Susuk tubuh Armelyn dipandang dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Jujur, hatinya sakit melihat Armelyn menangis sebegitu. Namun dia tidak mampu buat apa-apa dalam keadaan seperti ini. Semua bukti yang baru dikumpul jelas menyatakan Armelyn pelakunya.

•••

Rambut yang tadinya kemas disikat kini kusut sama seperti kusutnya fikiran dia. Pening hendak memikirkan bagaimana mahu menolong Armelyn keluar dari penjara. Dia tahu isterinya tidak akan membunuh Iflan. Mustahil Armelyn akan membunuh seseorang dengan sifatnya yang baik sebegitu.

"Sudah-sudahlah kusutkan rambut kau. Armelyn pergi ke bilik bacaan Iflan buat apa?" soal Fazlan seraya menepis tangan Ezra. Kalau dibiarkan lebih lama, mahu tercabut kulit kepalanya.

"Kak Ayana cakap, dia minta Melyn serahkan fail kepada Iflan." jawab Ezra.

"Mustahil lah Melyn nak bunuh orang. Aku tak percaya selagi tak tengok dia buat depan mata aku sendiri." sampuk Danial dengan tangan yang disilangkan di dada. Walaupun dia tidaklah berapa rapat dengan Armelyn, tetapi kalau dilihat dari segi perangai, Armelyn bukanlah gadis yang sebegitu.

"Apa-apa pun, kita kena tunggu Amar selesai soal siasat dia." kata David. Hanya itu yang mampu dicakapkan buat masa sekarang kerana mereka masih belum mengetahui keputusan lagi.

"Dah seminggu Armelyn duduk dalam penjara. Aku tak jumpa dia lagi. Kau tahu tak yang aku rindukan dia?" Ezra tertunduk lemah.

"Kami faham, tapi sekarang kita tak boleh nak buat apa-apa lagi. Kita tak tahu cerita sebenarnya." pujuk Fazlan.

"Aku tak ada nampak Qhairil dalam beberapa hari ini. Hairan, dia asyik hilangkan diri." kata Fazlan lagi.

"Dia ada. Uruskan pengembumian Iflan." jawab David.

Keluhan seseorang kedengaran. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Ezra seraya menepuk bahu Ezra beberapa kali.

"Amar? Macam mana dengan Melyn?" soal Ezra. Matanya merenung Amar, gugup. Dia berharap berita yang baik yang akan menyentuh pendengarannya, tetapi gelengan daripada Amar yang dia dapat.

"Macam yang dijangka. Semua bukti menunjukkan Armelyn pelakunya. Penjelasan Armelyn pun tak boleh diguna pakai kerana dia tak ada bukti."

"Macam mana dengan cctv dalam bilik bacaan?" soal David. Tidak silapnya, di dalam bilik bacaan terdapat satu cctv di kedudukan yang tersorot dan terhalang dari pandangan mata orang lain.

"Rosak, seolah-olah benda ni dah dirancang. Teratur sungguh."

"Mustahil Armelyn mampu mengatur benda macam ni. Armelyn tak rapat dengan ramai orang dalam istana ni." kata Ezra.

"Aku setuju dengan Ezra. Mustahil Armelyn akan buat kerja macam ni. Lagipun, apa motif dia? Armelyn tu lembiklah! Aku memang yakin Armelyn tak ada kaitan." kata Fazlan pula. Amar juga merasakan sebegitu. Pertemuannya dengan Armelyn beberapa kali ketika mengajar Ezra berlawan cukup untuk membuatkan dia mengenali Armelyn.

Namun, tidak mustahil juga jika Armelyn talam dua muka. Musuh akan menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan lawannya.

"Mungkin bahan bukti diusik sebelum ditinggalkan." kata David.

"Boleh jadi juga. Apa-apa pun, aku akan cuba siasat lagi. Kalau tak peroleh apa-apa bukti baru dalam masa lima hari, hukuman Armelyn akan ditetapkan dan dibincangkan. Dia mungkin dikenakan hukuman gantung sampai mati atau diseksa dalam penjara selama dua tahun." jelas Amar.

"Uish seramnya!" Danial memeluk David di sebelah. Dia yang datang ke istana secara menyamar ini pun tergugat rasanya mendengar hukuman yang bakal dikenakan ke atas Armelyn. Fazlan menggelengkan kepala melihat telatah Danial. Nampaknya Danial tidak akan berenggang dengan David. Lelaki itu pula membiarkan sahaja Danial memeluk tubuhnya.

"Aku balik dulu. Masih ada banyak hal dekat pejabat." pamit Amar.

"Aku nak jumpa Melyn!" kata Ezra tiba-tiba membantutkan langkah Amar. Dia menoleh memandang seraut wajah kusut itu.

"Tiada sesiapa dibenarkan melawat Armelyn. Dia suspek pembunuhan abang kau, Ezra. Kesalahan dia terlalu serius kerana Iflan merupakan raja Xhandelion."

"Aku tak peduli. Aku nak jumpa dia. Sekejap saja Amar." rayu Ezra. Dia terlalui merindui isterinya itu. Melihat Ezra yang terlalu sedih, Amar menghelakan keluhan halus.

"Ikut aku." arah Amar.

"David... Macam mana kalau penyamaran aku diketahui nanti? Nasib aku akan jadi macam Armelyn ke?" soal Danial. Matanya masih memandang susuk tubuh Ezra dan Amar yang semakin menjauh.

"Jangan fikir yang bukan-bukan." Kepala Danial diusap kasar. Lantaklah jikalau rambut Danial menjadi berselerak sekalipun.

"David... Nak kiss boleh tak?" soal Danial dengan mata yang dikedip-kedipkan beberapa kali.

"Tak boleh." Pipi David sudah memerah. Sudahlah Fazlan masih berada bersama mereka.

"Alaa... Aku nak manja-manja dengan kau." Bibir dijuihkan dengan mimik muka sedih.

"Boleh gila aku dengar perbualan kau orang berdua. Nak manja-manja, pergi masuk dalam bilik. Jangan nak tunjuk perangai dekat luar ni. Aku sepak sekor-sekor nanti." dengus Fazlan. Hati Damia belum dapat dipikat. Maka, dia di sini masih lagi sendu kerana single.

"Jom sayang." Danial mencuit dagu David menggunakan jari telunjuk. Sudah dihalau, lebih baik dia pergi. Mana tahu boleh menggatal dengan David di dalam bilik. Eh-

"Kau..." David menekup mulutnya. Lantas dia berlari menghampiri longkang tatkala isi perut terasa mahu keluar.

"Err aku lupa pula dia tu tak boleh dengar panggilan sweet sikit." Kepala yang tidak gatal digaru. Silapnya sehinggakan David muntah.

"Lembik! Mengalahkan perempuan." Fazlan ketawa kecil. Dia tidak menyangka David mempunyai 'alahan' dengan kata-kata manis daripada orang yang disayangi.

•••

Bunyi derapan kaki membuatkan Armelyn menggigil ketakutan. Melihat sahaja ruangan penjara ini pun membuatkan dia trauma. Entah hukuman yang bagaimana menanti dirinya.

"Sayang." Bunyi suara yang tidak asing pada pendengaran menyentakkan Armelyn. Perlahan-lahan kepala ditoleh memandang Ezra. Air matanya tidak semena-mena mengalir membasahi pipi kembali. Akhirnya, orang yang ditunggu-tunggukan datang bertemu dengan dirinya.

"Awak... Saya tak nak duduk dekat sini. Saya tak bunuh Abang Iflan." Tangan Ezra ditarik dan digenggam kemas. Pilu hati Ezra melihat keadaan Armelyn. Wajahnya sudah comot dengan debu tanah dan air mata. Malah, terdapat kesan lebam yang mungkin disebabkan oleh tamparan.

"Aku akan cuba cari bukti. Cakap dekat aku, apa yang kau nampak semasa kau berada dalam bilik bacaan." Ezra menyeka air mata Armelyn dengan lembut. Jikalau Armelyn lah pembunuh Iflan, tidak akanlah Armelyn akan biarkan dirinya terperangkap sebegini? Dengan meninggalkan bukti cap jari pada pisau dan pengsan di sebelah Iflan. Jikalau pembunuh, pastinya pembunuh akan melarikan diri dan menghapuskan bukti.

"Ada seorang lelaki... Dia... Dia kelar leher Abang Iflan. Lepas tu, dia hunus pisau dekat saya. Saya tak nampak muka dia."

"Dengar sini... Kau bertenang dulu. Aku akan cari cara untuk keluarkan kau dari sini." bisik Ezra sambil mengusap kepala Armelyn.

"Janji awak akan keluarkan saya dari sini?" Matanya redup memandang sepasang mata Ezra.

"Aku janji. Kau bersabar dulu. Jangan menangis dan membazirkan air mata macam ni. Mata kau dah bengkak. Aku susah hati tengok kau macam ni." ujar Ezra. Armelyn mengangguk. Dia akan cuba untuk tidak menangis.

"Ezra... Masa dah tamat. Kau kena keluar." suara Amar kedengaran. Walaupun Ezra merupakan seorang putera, dia tetap perlu mematuhi peraturan penjara supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Aku kena pergi dulu. Kau jaga diri kau baik-baik dekat sini. Rehat secukupnya supaya kau ada tenaga nanti." pesan Ezra seraya mengucup dahi Armelyn. Mahu tidak mahu, Armelyn terpaksa akur.

Tautan tangan Armelyn cuba dilepaskan perlahan-lahan sambil berdiri. Sempat dia memandang sekilas ke arah isterinya tatkala langkah menjadi semakin jauh.

"Ezra... Mak cik nak jumpa kau. Dia tunggu dekat bilik mesyuarat." kata Hanny. Ezra hanya membalas dengan anggukan tanda faham. Lantas, langkah diatur ke bilik mesyuarat. Entah kenapa Engku Delisha memanggilnya. Janganlah ada pergaduhan pula.

"Kenapa bonda panggil Ezra?" soal Ezra sebaik sahaja menolak pintu bilik mesyuarat.

"Duduklah dulu." suruh Engku Delisha. Ezra hanya akur.

"Bonda... nak Ezra dan Armelyn bercerai. Ini borang penceraian." Kertas putih yang bertindan dengan sampul coklat ditolak ke hadapan Ezra.

"Apa? Ezra tak nak!" Riak wajah Ezra berubah bengang. Usia perkahwinannya dengan Armelym baru sahaja sebulan. Tidak akanlah sudah mahu bercerai?

"Dia dah bunuh abang kamulah! Sedar sikit! Orang macam itu tidak layak jadi isteri kamu!" dengus Engku Delisha. Dia benci apabila orang membantah keputusan yang dibuatnya.

"Bukan dialah! Tak mustahil ada orang yang perangkap dia, bonda!"

"Bonda malas mahu bergaduh dengan kamu. Macam inilah... kalau kamu dan Armelyn bercerai, bonda akan bebaskan dia dari penjara." Engku Delisha cuba memancing Ezra.

"Taktik apa yang bonda cuba lakukan? Perkara ini bukan main-mainlah bonda! Ezra sayangkan Melyn. Bonda sebagai bonda Ezra, kenapa nak cuba pisahkan Ezra dengan Armelyn? Dia ada buat kesalahan kepada bonda ke? Ezra kusutlah! Serabut sangat! Kes Abang Iflan belum selesai. Ditambah pula dengan bonda yang tak habis-habis bencikan Melyn dan desak Ezra macam ni!"

"Berani kamu tinggikan suara kepada bonda! Abang Iflan kamu tu memang dibunuh oleh isteri kamu tu! Cukup baik bonda tawarkan untuk bebaskan isteri kamu! Susah sangat ke mahu ceraikan dia? Turunkan sahaja tandatangan kamu pada borang tu!"

"Ezra cakap tak nak! Ezra tak naklah!"

"Sudahlah kalau kamu tak nak. Armelyn akan dijatuhkan hukuman mati selepas lima hari. Bonda akan pastikan perkara itu terjadi." Kata-kata Engku Delisha membuatkan mata Ezra sedikit membulat. Tidak! Dia tidak sanggup kehilangan Armelyn. Tangan yang diletakkan di atas paha dikepal kuat. Keputusan hidup dan mati Armelyn terletak di atas borang penceraian itu.

"Tunggu..."

Saat sepatah perkataan itu kedengaran dari mulut Ezra, bibir Engku Delisha melorek senyuman sinis.

*****

Konflik yang berbelit di otak saya sudah datang. Jemputlah hadam konfliknya ohoks😌

Continue Reading

You'll Also Like

121K 5.5K 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarg...
445K 14.2K 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam k...
326K 15.2K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
301K 11.8K 56
BELUM DI SEMAK. SEBARANG TYPO ATAU KESALAHAN MOHON MAAF. ❤️ -Dia seorang lelaki yang hormat orang tuanya. Disebabkan cinta hatinya diambil orang, dia...