EMERALD

By asterhyzells_

22.9K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 19

439 49 12
By asterhyzells_

"Dani, jom balik." ajak Eshaf. Barangannya yang berteraburan di atas meja dikutip lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah.

"Kau baliklah dulu. Aku ada urusan sikit. Nanti malam aku balik sendiri." Danial turut mengemaskan barangannya.

"Okey... Ada apa-apa telefon aku. Kalau kau nak balik rumah kau sendiri pun telefon aku dulu. Tak ada lah aku risau kalau kau tak balik ke istana." kata Eshaf. Danial sengih. Terharu ada seseorang yang risaukan dirinya. Tidak macam David... Tahu menghalau dirinya sahaja.

"Aku balik dulu." pamit Eshaf. Sebaik sahaja Eshaf pergi, Danial turut beredar dari situ.

"Mana Dani? Dia tak balik sekali?" David menyoal. Hairan apabila kelibat Danial tidak kelihatan bersama Eshaf. Selalunya mereka berdua keluar bersama-sama dari sekolah.

"Erm dia kata dia ada urusan sikit, jadi dia balik sendiri nanti." balas Eshaf.

"Ouh. Eshaf boleh bawa kereta sendiri, kan? Abang ada hal sikit. Eshaf balik sendiri eh?"

"Okay. Tapi abang nak balik macam mana nanti?" Eshaf berpindah ke tempat duduk pemandu, manakala David pula bergerak keluar dari kereta. Dia perlu mengekori Danial kerana baginya gadis itu sungguh mencurigakan. Bimbang Danial akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya.

"Teksi. Pandai-pandai abanglah nanti. Abang pergi dulu." David terus melangkah pergi. Eshaf yang terkebil-kebil itu hanya memandang susuk tubuh David yang semakin menjauh. Selang beberapa saat, kereta dipecut meninggalkan perkarangan sekolah.

Sementara itu, David menyembunyikan diri di belakang sebatang pokok yang besar. Dari kejauhan dia melihat kelibat Danial bersama dua orang lelaki yang bertubuh tegap. Dua lelaki itu kelihatan seakan pernah dilihat sahaja.

"Ini betul-betul Tuan Muda kami ke?" soal Aron. Tangannya naik mencubit kedua-dua belah pipi Danial membuat Danial meringis kecil. Sakit betul!

"Akulah ni!" dengus Danial. Tangan Aron ditepis kasar. Rasa mahu tercabut pipinya. David di belakang pokok itu mengetap gigi. Panas pula hatinya melihat Aron menarik pipi Danial. Pipi Danial dan seluruh tubuh Danial hanya milik dia seorang sahaja! Hanya dia yang boleh sentuh!

Apa yang kau mengarut ni David? Pipi diri sendiri ditampar sedikit kuat. Dia harus sedar, tujuannya lain. Dia tidak akan jatuh cinta dengan Danial yang masih dia tidak ketahui asal usul gadis itu.

"Kami dengar konco-konco Ratu Adriana cakap Tuan Muda dah mati sebab kena suntik racun. Tuan Muda terselamat? Tuan Muda betul-betul okey ni?” Badan Danial dipusing-pusingkan oleh Zach untuk melihat jika Danial benar-benar sihat dan tiada kecederaan.

“Aku tak apa-apa Zach. Sekejap! Mana kau tahu mereka tu konco-konco Ratu Adriana?” Danial berasa sedikit cuak. Rahsia yang disimpan selama tiga tahun bakal terbongkarkah? Zach dan Aron bukannya boleh dipercayai sangat kerana mulut mereka kadang-kadang celopar.

“Ratu Adriana ada dengan mereka. Masa tu konco-konco Ratu Adriana bagitahu yang mereka dah berjaya suntik racun dalam badan Tuan Muda.” kata Aron.

“Rupa-rupanya Ratu Adriana dalang semua ni, tapi kenapa Ratu Adriana nak bunuh Tuan Muda? Bukan ke Ratu Adriana sangat sayangkan Tuan Muda?” Zach menggaru dagu. Tidak terjangka dek akalnya bahawa Ratu Adriana ialah punca di sebalik kejadian-kejadian yang hampir meragut nyawa Tuan Muda mereka.

“Haih kau ni... Jangan cepat sangat percayakan rupa luaran seseorang. Nanti jadi macam ayahanda aku tu.” Danial mendecit perlahan. Kaki dihayun untuk beredar dari situ.

“Jadi, sekarang ni Ratu Adriana dikira musuh Tuan Muda lah?” soal Zach lagi. Aron di sebelah hanya diam cuba untuk menghadam apa yang berlaku.

“Hmm. Dah tiga tahun aku perhatikan dia dan selama itulah dia cuba meracun fikiran ayahanda. Nasib baik ayahanda tak termakan dengan kata-kata dia.”

“Talam dua muka betullah! Tuan Muda nak kami dedahkan dia kepada Raja Elmer? Lagipun, Ratu Adriana cuba bunuh Tuan Muda beberapa kali. Nasib baik kami sempat selamatkan tau!” Zach mendengus kasar. Bengang dengan Ratu Adriana.

“Kau jangan nak buat hal Zach. Mulut kau orang berdua tu zip dulu. Selagi aku tak bagi apa-apa arahan, jangan berani nak buka mulut. Rahsiakan dulu. Rahsiakan juga pasal aku masih hidup ni.” ujar Danial.

“Baik Tuan Muda. Kami akan patuhi arahan Tuan Muda je.” kata Zach dan Aron serentak.

“Macam inilah abang-abang aku. Bijak lagikan hebat!” Bahu Zach dan Aron ditepuk beberapa kali dengan senyuman lebar.

“Abang?” Zach dan Aron berpandangan sesama sendiri. Selang beberapa saat, senyuman manis terukir di bibir mereka.

“Eh dah jom! Kalau konco-konco Ratu Adriana nampak kita, memang matilah. Ni kau orang berdua, tempat persembunyian tu masih selamat? Kau orang berdua tak nak balik ke istana?”

“Tuan Muda ada dekat sini, tak akanlah kami nak pulang. Nanti kalau kami pulang, Raja Elmer suruh kami datang ke sini semula. Tempat persembunyian tu masih lagi selamat. Konco-konco Ratu Adriana tak dapat kesan lagi.” Zach memandang wajah Danial sekilas.

“Baguslah. Nanti kalau ada apa-apa, terus bagitahu aku.” balas Danial seraya melabuhkan punggung di atas bangku. Agak penat setelah seharian di sekolah. Kalau boleh, mahu sahaja dia terbongkang di atas katil David 24 jam.

“Tak mati lagi? Liat kau, kan? Aku memang tak akan percaya kalau orang cakap kau mati selagi aku tak nampak kau dibakar depan mata aku sendiri.” Sinis kedengaran nada suara itu. Danial, Aron dan Zach memandang beberapa orang lelaki di hadapan mereka. Ah! Bala betul... Konco-konco Ratu Adriana sudah dapat menemui mereka. Pasti akan ada pergaduhan yang akan terjadi sebentar lagi.

“Kurang ajar kau! Kau suntik racun dekat aku!” Danial yang ingin meluru ke hadapan ditahan oleh Aron. Geram dia mahu menumbuk wajah sinis lelaki yang menjadi ketua konco-konco Ratu Adriana atau lebih tepat orang kepercayaan Ratu Adriana.

“Bukankah aku dah cakap, Tuan Muda? Ikut kami pulang ke istana atau mati di sini, tapi Tuan Muda pilih untuk lawan kami. Kami tiada pilihan selain membunuh Tuan Muda di sini. Tak sangka pula Tuan Muda memang liat mahu mati.” ujarnya.

“Mungkin kami patut potong badan Tuan Muda, barulah Tuan Muda betul-betul mati.” sambungnya lagi.

“Tak guna kau!” Zach menendang kepala lelaki itu dengan kuat sehinggakan lelaki itu jatuh tertiarap di atas tanah. Konco-konco Ratu Adriana terkejut tatkala ketua mereka tumbang ditendang oleh Zach.

“Hoi!” Salah seorang daripada konco-konco Ratu Adriana menjerit seraya cuba menendang Zach, namun tendangan itu tidak mengena. Zach tangkas mengelak. Konco-konco Ratu Adriana yang lain tidak ketinggalan untuk menyerang mereka bertiga.

“Aduh!” Danial mengaduh kesakitan apabila perutnya berjaya ditumbuk oleh salah seorang konco-konco Ratu Adriana.

“Tuan Muda!” Aron dengan pantas menghalang konco-konco Ratu Adriana mendekati Danial. Kakinya lincah bergerak menendang seorang demi seorang.

“Lari Tuan Muda!” tempik Zach yang masih bergelut dengan beberapa orang lelaki. Danial terus memijak kaki lelaki yang cuba menghampirinya kemudian melarikan diri dari tempat itu. Lagi lama dia bergelut di situ, dia tahu kemungkinan untuk dia menang agak tipis. Dia tidak berapa pandai seni mempertahankan diri.

“Kau nak lari ke mana haa?” Ketua kepada konco-konco Ratu Adriana menyoal sebaik sahaja dia dapat menangkap lengan Danial.

“Lepaslah bodoh! Kau tak layak hidup dekat Istana Ardanna! Dasar pengkhianat!” Danial sedaya upaya cuba melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu.

“Pengkhianat? Mari tengok pengkhianat ni mampu buat apa dekat kau.” Senyuman sinis dilorek. Pisau dihunus ke arah Danial yang sudah cuak. Kalau dia mati, Kerajaan Ardanna mungkin akan jatuh di tangan orang jahat. Hanya dia sahaja pewaris Ardanna yang tinggal.

“Tak guna! Lepaskan aku!” Danial berterusan meronta untuk melepaskan diri. Lelaki itu tidak menunggu lama, pisau itu dihayun ke arah dada Danial. Belum sempat pisau itu menyinggah, seseorang terlebih dahulu menendang tangan lelaki yang memegang pisau itu. Danial pula ditarik ke belakang. Mudah pula genggaman lelaki tadi terlepas dari tangannya.

“Kau siapa? Jangan sibuk boleh tak? Serahkan budak tu kepada aku!”

“Budak ni milik aku. Kau tidak berhak untuk menyentuhnya.” Usai menuturkan kata-kata itu, dia lantas menarik Danial pergi dari situ. Lelaki tadi tidak ketinggalan untuk mengejar Danial dan figura bertopeng itu.

“Ish!” Lelaki itu mendengus. Dia sudah kehilangan jejak Danial dan figura bertopeng itu di sebalik orang ramai yang berkumpul. Gagal rancangannya untuk menghapuskan Danial hari ini. Sudah pasti Ratu Adriana akan kecewa. Lama dia menanti saat di mana satu-satunya pewaris Kerajaan Ardanna mati.

“Tak guna!” Batu-batuan kecil di hadapan disepak geram. Dia tidak akan kembali selagi Danial tidak lenyap.

“Kau siapa?” soal Danial. Figura bertopeng itu tidak menjawab, malah dia melabuhkan punggung di atas bangku. Nafas lelah dihela.

“Macam David je... Kau David kan?” soal Danial lagi. Gaya rambut dan pemakaian figura bertopeng itu ditelitinya dengan riak wajah teruja.

“Hei, buka topeng kau.” Suruh Danial sambil bercekak pinggang. Figura bertopeng itu masih diam melayan penat.

“Aku cakap buka!” Danial bertindak ingin memaksa figura bertopeng itu membuka topeng pada mukanya. Entah di mana silapnya, dia tersandung sehingga terduduk di atas paha figura bertopeng itu.

“Kau ni memang tak boleh duduk diam!” Kepala Danial disekehnya sebelum dia membuka topeng pada wajah. Danial yang mulanya berkerut menahan sakit disekeh terus tersengih teruja. Nampaknya dia tidak salah meneka, figura bertopeng ialah David.

“David!” Danial terjerit kecil. Leher David terus dipeluknya teruja.

“Turun Dani!” arah David. Dia berasa tidak selesa dengan kedudukan mereka yang sangat rapat. Tambahan pula, Danial tiba-tiba sahaja memeluknya membuatkan jantungnya berdetak laju. Haraplah Danial tidak dapat merasa degupan jantungnya.

“Tak nak! Aku rindu kau lah. Rasa nak peluk lama-lama.” kata Danial. David menggulingkan matanya. Gadis di hadapannya ini memang gila dan tidak tahu malu. Langsung tidak dipendam perasaan dan apa yang dimahukannya.

Tanpa sepatah kata, David berdiri mengejut membuatkan Danial tersentak. Mujurlah dia masih berpaut pada leher David, kalau tidak sudah pasti punggungnya mencium rumput di hadapan bangku.

“Hoi!” David terjerit kecil tatkala tubuhnya hilang keseimbangan. Mata Danial membuntang sebelum mereka berdua jatuh terbaring di atas tanah. Posisi David yang menghempap Danial dari atas membuatkan David terkaku. Jantungnya semakin laju berdetak.

“Adoi sakitnya...” Perlahan Danial menutur kata. Matanya terkedip-kedip memandang David yang masih terkaku di atasnya.

“Kau tak nak bangun ke David? Berat sangat kau ni. Macam badak! Tapi tak apa, aku suka kau pandang aku macam ni.” Danial tersengih miang.

“Mm... Bodoh!” Dahi Danial dijentik sebelum dia berdiri.

“Sakitlah. Hei... Tolonglah aku bangun. Aku dah jatuh kena lanyak dengan kau sampai macam ni pun, kau nak pergi macam tu je?”

“Kau boleh lawan lelaki-lelaki tadi, tapi jatuh sikit macam ni pun kau nak mengada lebih. Bangun sendiri.” David terus beredar dari situ tanpa menolong Danial. Malas dia mahu melayan perangai tidak betul Danial.

“Hoi! Tunggulah aku!” jerit Danial. Laju dia berdiri dan mengejar langkah David. Tangan kiri dilingkarkan pada pinggang David.

“Lepas Dani.” David mengetap giginya. Mengapa Danial selalu mencabar tahap kesabarannya?

“Tak nak! Abang handsome, apa kata kita pergi makan ayam goreng. Nak tak?”

“Aku nak balik. Kau pergi sendiri.”

“Ah tak ada, tak ada! Kau ikut! Mari sini!” Lengan David ditarik menuju ke arah sebuah restoran. Mahu tidak mahu, David terpaksa ikut apabila Danial menariknya sebegitu.

Tangan disilangkan di dada. Sepasang matanya memandang seraut wajah Danial yang sedang mengunyah ayam goreng. Berselera sungguh gadis itu, tapi tidak pula baginya. Ada sesuatu yang dia mahu tanyakan kepada Danial.

“Danial...”

“Hmm?” Danial mengangkat mukanya memandang ke arah David.

“Siapa lelaki-lelaki yang kacau kau tadi?” soal David.

“Oh itu... Mereka...” Danial mengukir senyuman kelat.

Continue Reading

You'll Also Like

28.5K 105 4
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
446K 14.2K 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam k...
474K 13.7K 67
Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimas...