Adrian's Obsession

Galing kay nssignature

8.2M 275K 54.8K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... Higit pa

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |1
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |2
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |3
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |4
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |5
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |6
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |7
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |8
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |9
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |10
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |11
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |12
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |13
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |14
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |15
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |16
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |17
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |18
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |19
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |20
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |21
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |22
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |24
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |25
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |26
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |27
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |28
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |29
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |30
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |31
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |32
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |33
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |34
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |35
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |36
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |37
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |38
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |39
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |40
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |41
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |42
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |43
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |44
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |45
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |46
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |47
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |48
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |49
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |50
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |51
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |52
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |53
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |54
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |55
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |56
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |57
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |58
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |59
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |60
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |61
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |23

102K 4.3K 572
Galing kay nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

Reanne kembali mengaktifkan iPhone miliknya apabila kaki menjejaki negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Terjengil matanya apabila dia melihat berpuluh puluh call dari Tengku Adrian serta empat call daripada Amalin dan juga Mimi.

Dia terlupa nak call Tengku Adrian tadi. Ralit sangat berbual sampai tak ingat nak call. Memang awal awal dia tak nak bagitahu tetapi apabila difikirkan akan wajah tegang Tengku Adrian itu, dia rasakan memang dia perlu memberitahu Tengku Adrian.

Data internet dibuka lalu beberapa whatsApp dari nombor Amalin berada di atas. Terus saja dia menekan chat tersebut.

"Reanne, Tengku Adrian cari kau tadi dekat rumah sewa."
"Kenapa kau tak cakap dekat dia yang kau balik Kelantan."
"Aku rasakan yang dia marahlah wei."
"Muka dia garang gila."

Reanne tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Jadinya, dia tinggalkan saja whatsApp itu tanpa rasa mahu membalasnya.

Baru saja tangannya ingin menekan contact name Tengku Adrian, satu panggilan daripada Tengku Adrian masuk.

'Gulp.' Dia rasakan air liur yang ditelan pahit gila.

Dengan teragak agak, tangan menekan ikon berwarna hijau.

Dengan lafaz bismillah, phonenya itu dilekapkan pada telinga.

"Where are you?!" Tanpa sebarang salam mahupun sapaan, Tengku Adrian terus menengking laju.

"De-dekat Kelantan." Tersekat sekat suara Reanne menjawab.

"Kelantan? I salah dengar ke ni?" Sinis sekali soalan yang dilontarkan oleh Tengku Adrian. Setelah hampir patah jarinya naik mendail nombor Reanne, kini baru gadis itu menjawab.

"Jangan diam jelah Reanne. You buat I macam orang bodoh kan? Sibuk risaukan you tapi you, sikit pun tak fikirkan orang lain. You fikir you je yang betul!" Kasar sekali suara Tengku Adrian menengking Reanne. Bahasa panggilan pun sudah bertukar.

Dia jemu untuk memberi amaran kepada Reanne berkali kali.

"Kenapa kau diam? Jawablah. Aku tanya ni!" Suara Tengku Adrian lebih kuat dari tadi membuatkan bahu Reanne terhinjut.

"Say- saya min-minta maaf." Maaf Reanne hanya menambahkan lagi kepanasan dalam hati Tengku Adrian.

"Buat silap, minta maaf. Lepastu buat lagi." Sinis suara terlontar dari dalam rengkung Tengku Adrian.

"Kau jangan cabar sangat kesabaran aku ni Reanne. Aku bukannya penyabar. Ini kali terakhir aku bagi amaran dekat kau." Amaran buat kali terakhir Tengku Adrian berikan. Jika selepas ini Reanne berani nak belakangkan dia lagi, dia tak akan berfikir untuk kali kedua lagi. Cukuplah dia bagi muka dekat gadis itu.

Talian diam sesudah itu. Hanya bunyi helaan nafas kasar dan garang milik Tengku Adrian saja.

Tanpa sebarang pamitan, talian dimatikan oleh Tengku Adrian.

Terasa masih tidak puas untuk memarahi Reanne tetapi dia pupuk rasa sabar dalam hati. Sikit masa je lagi.

Reanne pula terkaku elok di tengah tengah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini.

Dia tersedar apabila bagasinya dilanggar oleh seseorang.

"Sorry sorry. I tak perasan."

"Eh takpe. Saya yang salah. Berdiri dekat tengah tengah ruang ini." Reanne menjawab kalut. Tersedar silapnya yang menghalang laluan orang.

"Reanne, right?" Terus terangkat kepala Reanne yang ketika itu ralit tengah mengetik nombor mamanya supaya menjemputnya di sini.

"Ya, saya. Awak siapa ya?" Soal Reanne hairan. Macam mana lelaki di depannya ini mengetahui namanya.

"Marcel Cairo, remember?" Soal lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Marcel itu dengan wajah sedikit teruja.

"Marcel Cairo? Sorry, saya tak ingat." Reanne sengih bersalah.

"Your senior dekat U dulu. President of Teenboys. Remember it?" Wajah teruja Marcel tidak disorok. Teruja dapat berjumpa dengan salah satu junior yang agak popular di U dulu.

Reanne sekali lagi cuba memerah ingatan. Teenboys? Yang kelab bola jaring tu ke?

"Kelab bola keranjang?"

"Bingo!" Jawab Marcel bersama petika jari.

"Oh hi. Saya tak ingat." Agak kelu Reanne untuk memberitahu.

"It's okay. By the way you dari mana ni?" Soal Marcel apabila melihat Reanne yang sibuk memegang bagasi miliknya itu.

"Dari Selangorlah. Saya asal sini. Awak pula dari mana?" Soal Reanne apabila dia tidak melihat sebarang beg ataupun bagasi milik lelaki itu.

"I ada kerja sikit dekat sini." Jawab Marcel ringkas berserta senyuman.

"Coffee?" Dia menanyakan kepada Reanne. Mana tahu kalau ada peluang, dia dapat dekat dengan gadis ini.

"Sorry but saya kena balik terus. My mom dah tunggu." Kelentong Reanne. Tidak terasa ingin memanjangkan pertemuan yang singkat ini. Lagipun, masak dia kalau Tengku Adrian tahu.

"Oh I see. Tak apa. But can I get your number? Maybe boleh berkawan." Pinta Marcel bersama satu harapan yang Reanne akan bersetuju.

"Err......." Haa sudah. Tidak tahu apa yang perlu dijawab. Lagi pula, dia tidak memberikan nombornya kepada orang yang tak dikenali.

Melihat reaksi Reanne yang dirasakan comel oleh Marcel itu, dia keluarkan dompet dari seluar sebelum menarik kad namanya.

"Here mine. Contact me okay. I've got to to go. Till we meet again, Reanne." Kad nama itu dihulur dan Reanne hanya menyambutnya.

Tak apalah, lepasni boleh buang. Hahahaha.

"Bye, Reanne." Pamit Marcel berpuas hati apabila Reanne mengambil kad namanya lalu dimasukkan ke dalam beg silang miliknya.

"Bye." Jawab Reanne perlahan sebelum melangkahkan kaki keluar daripada ruang utama lapangan terbang itu.

Dia sedang menunggu mamanya. Kata mamanya, mereka dah berada dalam perjalan ke sini.

Sebuah kereta Toyota Vios berhenti di depannya. Muncul wajah mama, papa serta Raisha.

"Masuk, Reanne." Ujar mamanya dengan mesra berserta senyuman. Terus saja Reanne masuk dan kereta itu bergerak perlahan keluar daripada perkarangan airport.

"Macam mana Reanne? Dah selesai semua?" Soal Puan Fatimah sambil memerhatikan sedikit wajah penat anaknya.

"Ya, mama. Dah." Jawab Reanne sopan sebelum menyandarkan badannya pada seat kereta.

"Akak kenapa balik? Bukan ke rancangan akak tu tengah jalan?" Bisik Raisha perlahan di telinga kakaknya. Tidak mahu mama ataupun papa mendengarnya.

"Cancel dik." Jawab Reanne bersama satu keluhan.

"Kenapa?" Soal Raisha bersama satu kerutan pada dahi.

"Panjang sebabnya. Anggap jelah memang jodoh kak Reanne dengan abang Ad." Dia bosan untuk membicarakan hal ini lagi. Biarkan waktu yang menentukan segalanya.

"Haih akak ni. Yelah." Angguk Raisha berkali kali.

"Akak jangan terkejut pula balik nanti." Senyuman nakaĺ terbit di hujung bibir Raisha.

"Kenapa?" Reanne memalingkan wajah menghadap Raisha yang masih tersenyum itu.

"Tunggu jelah." Raisha berdolak dalik. Sengaja ingin tinggalkan tanda tanya dekat fikiran kakaknya itu.

"Reanne tak cakap pun yang kamu tu tengah bercinta dengan Adrian." Suara mama dari arah depan kedengaran.

Terkedu Reanne. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"Terkejut mama waktu mummy Adrian call cakap tentang lamaran tu, sekali terus dengan tunang. Kalut kalut mama cari pelamin tahu tak." Bersungguh sungguh wajah mama bercerita. Gembira kerana hajatnya untuk menjadikan Tengku Adrian sebagai menantu itu tercapai.

"Alah, mama dah cakap. Raisha baru je nak saspenskan kakak." Muncung Raisha keluar.

Oh inilah halnya yang Raisha katakan tadi tu.

"Perlu ke ma pelamin bagai? Bukannya dah nak kahwin, baru je tunang kan?" Soal Reanne pelik berserta dengan tidak selesa. Perlu ke?

"Eh, mestilah perlu. Tengku Adrian itu bukan calang calang orang. Kata Tengku Aathifa, wartawan turut dijemput hadir."

Terpenggal rasanya rahang Reanne apabila mendengarkan ayat mamanya itu. Wartawan bagai dah kenapa. Dia ni nak jalani hidup macam orang normal je lah. Bukannya dia ni artis. Tunang je pun.

"Tapi Tengku Aathifa cakap yang Adrian tak nak pertunangan ni dihebahkan sebab dia tak nak kamu jadi perhatian media." Jelas mama lagi. Rupa rupanya, ayat dia belum habis dijelaskan.

"Wah sweet lah abang Ad tu. Pasti tak nak mana mana lelaki jatuh cinta dekat bakal isteri dia ni." Agak over ya reaksi Raisha pada pandangan Reanne.

Bakal isteri? Tunang pun belum lagi.

Reanne hanya menjeling perlahan ke arah si adik yang nampaknya gembira dengan berita pertunangan si kakak.

Dah tak adalah yang sokong kakaknya sebelum ini. Hailah Raisha.

"Hmmm. Baguslah macam tu." Gumam Reanne perlahan.

"Reanne dah makan?" Soal papa apabila melihat Reanne yang seperti tidak selesa dengan keadaan ini.

"Sarapan dah. Tapi kalau lunch ni belum lagi."

"Nak makan tak? Kalau nak, boleh berhenti dekat mana mana kedai makan." Soal papa sambil mata menjeling ke arah cermin hadapan.

"Boleh je pa." Jawab Reanne ringkas.

Nampaknya papa menangguk anggukkan kepala mendengarkan jawapan Reanne.

Papa membelokkan keretanya ke arah Taman Bendahara. Di situ banyak tempat makan yang menarik.

Reanne menyusun semua pakaiannya di dalam almari. Tidak ketinggalan, barangan mewah yang dihadiahkan oleh Tengku Adrian turut disimpan. Nasib baiklah bagasi dia besar. Jadinya, dia dapat menyimpan semua barangan ini di dalamnya.

Apabila terpandangkan kotak kotak berjenama mewah itu, terus dia teringatkan Tengku Adrian. Bibir bawahnya digigit sebelum tangan dilarikan di situ.

Sebenarnya dia bimbang. Tadi, lepas saja solat Zohor, dia cuba untuk menelefon Tengku Adrian tetapi tidak berangkat. Rasanya adalah dalam berbelas belas kali. Dia rasa yang Tengku Adrian masih marah dengan dia.

"Huh." Dia mengeluh perlahan.

Nombor Tengku Ariana didail. Tidak lama kemudian, kedengaran Bianca menjawab salamnya.

"Ya, kak Reanne. Ada apa?" Soal Tengku Ariana dengan ceria. Bila je gadis yang happy go lucky ini tidak ceria?

"Takde apa apa. Saja call. Bianca sihat?"

Terlebih dahulu, dia haruslah menanyakan khabar. Takkanlah dia terus masuk ke topik utama. Nanti kantoilah yang dia bergaduh dengan Tengku Adrian.

Tetapi betul ke bergaduh?

"Alhamdulillah sihat. Kak Reanne?" Soal Tengku Ariana sambil mengunyah coklat Van Houtten kesukaannya itu.

"Alhamdulillah sihat juga. Bianca tak ada kelas ke hari ini?" Soal Reanne apabila dia rasakan yang tempat Tengku Ariana berada sekarang ni sunyi je.

Kalau ada dalam kawasan kolej, jangan haraplah nak sunyi macam ni. Wajib punya suasana bising dengan suara pelajar.

"Takde, kak. Harini kelas batal. Bianca stay kat rumah je ni." Jelas Tengku Ariana lagi.

"Oh I see. Mummy ada?" Soal Reanne lagi. Panjang pula soalan soalan dia untuk menuju ke arah soalan yang dia ingin tujukan.

"Tak ada. Mummy pergi dekat persatuan. Kenapa? Nak cakap dengan mummy ke? Kak Reanne call mummylah. Dia angkat je."

"Takdelah. Saja tanya. Kak Reanne cuba call along tapi tak berangkat. Dia outstation ke?" Soal Reanne cuba mengorek rahsia.

Dia ingin tahu tentang keadaan Tengku Adrian sekarang ini.

"Eh ada je. Kak Reanne nak tahu satu benda tak?" Soalan menguji daripada Tengku Ariana nyata mampu membuatkan jantung Reanne berdegup kencang.

"Apa?"

"Along tadikan dia balik dekat villa ini. Yang peliknya, ni awal lagi. Dahlah ketat je muka. Bianca pun takut nak tegur dia bila tengok urat urat hijau dia timbul dekat dahi. Tu tak termasuk lagi dengan wajah dia yang menyinga. Bianca syak yang dia gaduh dengan kak Reanne. Betul tak?" Soal Tengku Ariana dengan suara yang begitu perlahan. Bimbang kalau alongnya tiba tiba muncul di living hall ini.

Reanne yang mendengarkan itu mulai meneguk air liur. Rasa tercekik pun ada.

"Err tak tahulah Bianca." Reanne cuba mengelak. Dia tak nak apa apa berlaku sebelum dia bertunang.

'Alah Reanne, kalau apa apa berlaku kan lagi bagus. Kau boleh batalkan sebelum majlis ini berlangsung.' Suara hatinya berbunyi.

Takkanlah dia nak hampakan mama dengan papa? Mummy dengan daddy Tengku Adrian. Tak sanggup dia nak bunuh senyuman pada wajah gembira masing masing.

"Cuba kak Reanne cerita. Bianca tahu pasti ada benda terjadi kan?" Serkap jarang Tengku Ariana memang terbidik tepat pada dirinya.

"Actually kak Reanne balik Kelantan. Lupa nak inform dekat along. Sebab tulah dia marah." Jelas Reanne.

"What?! You do what?!" Terkejut Reanne mendengarkan suara Tengku Ariana yang kuat itu.

'Memang anak anak mummy ni semua tertelan mikrofon ke waktu kecil?' Tanyanya dalam hati.

"Err, ya." Tergagap pula dia menjawab.

"Hmm patutlah along marah. Dia risaukan kak Reanne lah tu." Suara Tengku Ariana mulai kembali ke nada yang normal. Tidak terjerit seperti tadi.

Reanne hanya menghmmkan sebagai tanda dia membalas ucapan Tengku Ariana.

"Kak Reanne nak cakap dengan along ke?" Soal Tengku Ariana apabila tiada sebarang balasan yang diterima.

Reanne yang mendengar itu berasa sedikit teruja.

"Boleh ke?" Soal Reanne. Bibir bawahnya masih digigit perlahan.

"Sure. Bianca yakinlah yang along tak marah pun. Dia cuma risaukan kak Reanne lah. Kejap eh." Tengku Ariana terus berlari ke arah lif lalu nombor 3 ditekan.

Reanne menunggu dengan sabar. Kaki dia mulai goyah rasanya. Takut mahu mendengar suara Tengku Adrian.

Sayup sayup kedengaran suara Tengku Ariana yang memanggil nama Tengku Adrian berserta dengan ketukan pada pintu.

Jantung dia berdegup kencang apabila mendengar suara garau milik Tengku Adrian yang bertanyakan tentang keperluan si adik yang datang ke biliknya itu.

"Kak Reanne call." Tengku Ariana menghulurkan iPhone yang berwarna Pacific Blue miliknya kepada Tengku Adrian.

Tengku Adrian yang mamai itu terus segar matanya apabila mendengar nama Reanne.

"Lepasni bagi dekat Bianca." Terus kaki Tengku Ariana melangkah turun ke biliknya.

Pintu biliknya ditutup. Tengku Adrian melekapkan iPhone milik adiknya itu pada telinganya.

"You nak apa?" Dingin sekali suara yang terpancul dari mulut Tengku Adrian. Buatkan Reanne rasa seram sejuk je.

"Err, awak busy?" Soalan yang kurang cerdik dari Reanne. Biasalah kalau dah tak tahu nak mulakan ayat macam mana, ayat common ni juga yang terpancul.

"Hmm." Pendek saja jawapan balas Tengku Adrian. Reanne tidak tahu sama ada Tengku Adrian busy ataupun tidak.

"Kalau awak busy tak apalah. Maaf ganggu." Suara Reanne kedengaran sedikit kecewa. Dia dah berura ura untuk menekan ikon merah. Belum sempat ditekan, suara Tengku Adrian kedengaran.

"No. I'm not busy. You nak cakap apa?" Laju saja Tengku Adrian menahan Reanne itu. Bukan selalu dia boleh dengar suara bersalah Reanne ini. Ini kalilah.

"Err saya nak minta maaf." Perlahan saja suara yang keluar daripada bibir merah Reanne.

Tengku Adrian hanya diam di hujung talian. Reanne rasakan yang birai matanya dah berubah suam. Reanne ni manja. Orang tegur sikit mulalah nak menangis.

"Awakkkk saya minta maaf. Dengar tak?" Meleret suara Reanne ketika mengucapkan ayat itu.

"Reanne, apa guna you minta maaf kalau you keep repeating the same mistake? I'm tired of warning you again and again. Better save your sorry to something else." Teguran dingin Tengku Adrian nyatanya mampu menyentak hati Reanne.

"Saya janji lepasni saya dah tak buat." Reanne mengangkat tangannya ke atas persis berikrar. Seperti Tengku Adrian ada pula di depannya sekarang ni.

"Hmm." Kaki Tengku Adrian dihalakan ke arah balkoni yang menghala ke arah kolam renang itu.

"Awak marah saya lagi ke?" Tidak berputus asa, Reanne ingin menyambung lagi perbualan ini sehingga Tengku Adrian memaafkannya.

"You rasa?" Sinis bercampur dingin soalan yang Tengku Adrian lontarkan.

"Saya minta maaf." Lagi ucapan maaf meniti pada bibir Reanne sambil wajah ditundukkan melihat ke arah kakinya.

"Awak dah makan?" Soal Reanne apabila Tengku Adrian hanya diam sejurus itu.

"Kenapa you kisah? You kan tak suka I. Jadi buat apa you tanya. I ni tak penting pun dalam hidup you kan?" Soal Tengku Adrian.

Pulak dah. Reanne rasa ingin menepuk dahinya sendiri.

"Saya kisahlah sebab awak bakal suami saya." Eh, spontan ayat ini terkeluar daripada bibirnya.

Tengku Adrian yang mendengar itu mulai mengeraskan tubuhnya di balkoni. Senyuman mulai terukir di bibirnya.

"Sebab I bakal suami you je? Itu tak memadai, Reanne." Tengku Adrian meraup rambutnya ke belakang.

"Sebab saya sayang awak!" Meninggi suara Reanne. Dia terlepas kata setelah Tengku Adrian kerap mengasak dia dengan ayat sebegini.

Terhenti pergerakan Tengku Adrian yang ralit meraup rambutnya itu. Hatinya bersorak girang mendengarkan pengakuan Reanne. Setelah sekian lama, hari ini baru dia berpeluang mendengarnya.

Reanne diam selepas itu. Dia rasakan badannya sekarang ini berubah panas lebih lebih lagi wajahnya. Dia tersasul buat kali kedua.

"Apa you cakap? I tak dengar. Angin kuat sangat." Bohong Tengku Adrian. Yang sebenarnya, dia ingin mendengar suara Reanne mengungkapkan rasa sayang itu. Tak apalah kalau belum ada cinta. Nanti kahwin, Reanne boleh memupuknya.

"Mana ada saya cakap apa apa. Awak salah dengar lah tu kot." Kalut Reanne menafikan.

Tengku Adrian pula menarik senyuman sinisnya apabila mendengarkan suara Reanne yang berubah kalut itu.

'Cakap jelah,baby. I bukannya makan orang pun kalau you mengaku.' Gembira!

"Reanneee." Amaran dikeluarkan oleh Tengku Adrian.

"Saya sayang awak. Eh takpelah Adrian. Mama panggil. Assalamualaikum." Laju saja Reanne menekan ikon 'end' sebelum mencampakkan iPhone miliknya itu di atas tilam.

Tangannya mencapai bantal lalu mukanya ditekupkan pada bantal itu.

"Arghhhh apa kau buat ni Reanne?" Teriaknya perlahan. Malunya!

Tengku Adrian pula tertawa halus apabila Reanne meletakkan call. Malu sangat nampaknya tu. Kalau Reanne ada depannya kini, pasti dia dapat lihat wajah cantik milik Reanne bertukar kemerahan.

Hati yang panas dengan perlakuan Reanne pada tengah hari tadi mulai reda apabila mendengarkan pengakuan jujur keluar daripada bibir Reanne.

Akhirnya, penantian dia berakhir untuk mendengar pengakuan Reanne kini berakhir! Dia tak akan sesekali lepaskan Reanne dari genggamannya.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

23.4K 2.3K 14
Maaflah, author tak reti nak buat description.. โ—Amaran! Buku ni boleh tahan cringe bagi saya โ— My first ever story huhu so enjoy! Bismillah, Start...
282K 18.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.2M 51K 77
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 1 ) ๐Ÿ…RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) ๐Ÿ…RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) ๐Ÿ…RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...