Baby or Daddy? | Jungkook

By iamputr1

37.5K 4.4K 1K

[ HIATUS FOREVER ] "Sisi manja ala baby dan sisi rawr macam daddy Kook hanya untuk Yeonnie. Limited edition!"... More

•➴➵ INTRO ➶➴•
⸙͎۪۫⋆ Chapter 1
⸙͎۪۫⋆ Chapter 2
⸙͎۪۫⋆ Chapter 3
⸙͎۪۫⋆ Chapter 4
⸙͎۪۫⋆ Chapter 5
⸙͎۪۫⋆ Chapter 6
⸙͎۪۫⋆ Chapter 7
⸙͎۪۫⋆ Chapter 8
⸙͎۪۫⋆ Chapter 9
⸙͎۪۫⋆ Chapter 10
⸙͎۪۫⋆ Chapter 11
⸙͎۪۫⋆ Chapter 12
⸙͎۪۫⋆ Chapter 13
⸙͎۪۫⋆ Chapter 14
⸙͎۪۫⋆ Chapter 15
⸙͎۪۫⋆ Chapter 16
⸙͎۪۫⋆ Chapter 17
⸙͎۪۫⋆ Chapter 18
⸙͎۪۫⋆ Chapter 20

⸙͎۪۫⋆ Chapter 19

1K 152 32
By iamputr1

Pada petang itu, Jungkook membawa dia ke Taman Namsan yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya. Jejaka itu memarkirkan kereta di suatu tempat dan mereka berdua kini hanya berjalan kaki masuk ke dalam taman tersebut.

Waktu ini masih musim bunga. Jadi, pemandangan di taman itu amatlah cantik. Pengunjung yang datang ke situ tidaklah terlalu ramai. Ada yang datang bersama keluarga, anak kecil, pasangan ataupun bersendirian. Masing-masing leka menikmati keindahan Taman Namsan pada petang itu.

Haeyeon pandang sebelah. Kali ini Jungkook mengenakan sehelai kemeja putih berjalur biru serta berseluar jeans yang tidak terlalu ketat. Fesyen itu agak simple tapi cukup menampakkan sisi 'boyfriend material' yang Jungkook ada.

Kalau di rumah pakaiannya itu besar gedabak, lain pula kalau di luar. Bergaya betul budak tu. Tapi, Haeyeon tetap memuji Jungkook dalam hati. Nak dipuji secara terang-terangan? Alamatnya Jungkook akan kembang sebaldi.

"Yeonnie."

Jungkook tersenyum.

"Cuba tengok tu." pinta Jungkook sambil matanya melirik ke arah satu pasangan yang jalan tidak jauh dari mereka sambil berpegangan tangan.

Mereka nampak mesra. Si jekaka bergurau mencuit manja pipi si gadis. Si gadis pula tergelak-gelak malu di samping kekasih hatinya.

"Tengah hangat bercinta lah tu." balas Haeyeon bersahaja.

Jungkook ketap bibir. Haih, bukan itu yang dia maksudkan!

"Yeonnie! Kook nak pegang tangan Yeonnie macam tu!" Jungkook menghentak kakinya perlahan. Nada suara gediknya cuba dikawal agar tidak dapat didengari oleh orang  yang lalu-lalang.

Haeyeon berhenti berjalan. Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Jungkook sudah memeluk tubuh sambil memandang ke tempat lain.

"Malu lah. Nanti orang ingat kita bercinta." jawab Haeyeon dengan penuh lembut. Taktik nak pujuk Jungkook.

Jejaka itu menggeleng laju. Muncungnya makin kedepan. Wajah Haeyeon langsung tidak mahu dia pandang.

"Selagi Yeonnie tak nak pegang tangan, Kook tak nak jalan."

Haeyeon gigit bibir. Keluhan pendek dilepaskan. "Okay, fine. Kalau macam tu saya jalan sorang lah. Byee!"

Tangannya dilambai-lambaikan kepada Jungkook. Dia meneruskan langkah dengan penuh rileks. Matanya melewati setiap pokok-pokok yang indah ada di tepinya.

Jungkook melihat Haeyeon membiarkan saja dia di situ. Langsung tak ada tanda untuk pujuk. Tak boleh jadi ni!

Kakinya mula membuka langkah lalu berjalan dengan sedikit laju untuk mengejar Haeyeon yang sudah berada di hadapan. Dengan muka temboknya, Jungkook memegang erat tangan Haeyeon dan mula berjalan seiringan dengan gadis itu.

"Jangan lepas! Kook tak pernah pegang tangan perempuan. Ohh, macam ni ke rasa orang bercinta?" Suara Jungkook yang tadi bagaikan merengek nak dipimpin, kini terus bertukar teruja.

Hatinya berbunga riang. Jungkook suka kan perasaan ini di mana dia rasa skala kebahagiannya sampai ke tahap maksimum. Kalau lah Haeyeon tahu apa yang dia rasa saat ini.

"Sorry. Kita tak bercinta."

"One day kita akan bercinta jugak."

Jungkook mengeratkan lagi genggaman tangannya yang bersatu dengan tangan kecil dan mulus Haeyeon.

Haeyeon menggulingkan bebola matanya ke atas. Lawan cakap dengan Jungkook takkan pernah menang. Jadi, kita iyakan jelah.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Sementara menunggu Jungkook membeli aiskrim, Haeyeon diminta untuk menunggu di salah satu bench yang ada di tepi trek pejalan kaki itu.

Angin lembut bertiup perlahan itu menenangkan dirinya. Rambut panjangnya yang sengaja dilepaskan itu beralun lembut saat angin datang menerpa ke arahnya.

Dah lama dirinya tidak keluar berjalan-jalan macam sekarang ni. Selalunya, pergi kerja dan duduk rumah. Itulah rutin hariannya. Sejak mama pergi meninggalkan dia, segala rasa tersebut hilang. Dulu kalau ada mama, pernah lah juga sekali-sekala ambil angin di luar.

Oh Tuhan... rindu aku pada mama sangat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku terlalu rindu pada dia.

Saat hatinya berbisik rindu pada sang ibu, ada seseorang yang merentap tangannya membuatkan Haeyeon automatik terbangun lalu mengikuti orang asing yang sedang mencengkam pergelangan tangannya itu.

"Tolong diam dan ikut saya! Saya takkan apa-apakan cik." lelaki itu sempat berbisik tegas di tepi telinga Haeyeon.

Haeyeon yang baru saja ingin mengeluarkan jeritannya yang nyaring itu terus terkunci mulutnya. Risau kalau dia menjerit, dirinya mungkin diapa-apakan.

Dia dibawa ke satu tempat yang sedikit tersorok dari orang ramai. Tempat itu dilindungi oleh sebatang pokok yang berdahan sedikit besar.

Haeyeon sudah mula takut. Ada dua orang lelaki berbadan tegap berdiri tegak di sampingnya manakala ada seorang lelaki bertopi sedang duduk membelakangkannya.

"Tuan. Cik Haeyeon ada di sini." salah seorang lelaki itu bersuara. Lelaki yang duduk itu pula kelihatan menganggukkan kepalanya.

Macam mana mereka tahu nama aku? Siapa mereka sebenarnya? Oh Tuhan... lindungilah aku dari sebarang malapetaka.

Lelaki bertopi itu bangun dari duduknya. Dia tolehkan kepalanya ke belakang, memandang wajah Haeyeon yang masih tertanya-tanya apa yang terjadi pada dirinya saat ini.

Topi yang tersarung dikepalanya dibuka perlahan.

Saat anak mata lelaki itu bertentang dengan anak mata Haeyeon, air mata lelaki itu kelihatan mula mengalir di pipi tuanya. Mereka masih kaku di tempat masing-masing.

"P.. Papa...?"

🍁🍁🍁
Hah! Berselirat otak carik idea. Put tahu cerita ni bosan, lambat, hambar and sebagainya. mianhaeee 😭

tak tahulah cerita ni tamat dekat chapter berapa :( dari 2020 sampai masuk 2021, tak siap siap lagi. mohon ketuk put! hm btw, kalau put update lambat ke lepas ni sorry tau! put nak exam, so kena lah luang masa nak studi kejap. yela dah form 5 :) nanti bukak sekolah exam form 4 💔 so, harap readers memahami lah keadaan put 😭

Continue Reading

You'll Also Like

113K 11.8K 89
Ali, baru sahaja mendapat tahu yang dia memiliki sepupu, iaitu anak kepada kakak tiri ayahnya. Boboiboy, turut menghadapi perkara yang sama, bila ma...
132K 7.6K 41
[ROMBAKAN DIA PENYELAMATKU] Cuba kalian bayangkan Akademi M.A.T.A menyediakan satu rumah khusus untuk semua ejen M.A.T.A. apa yang akan berlaku?.Ta...
40.9K 3.1K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.5M 110K 61
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...