ST 22

381 49 48
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Dia menghidupkan kemenyan. Asap menerawang ke udara. Tangannya mencapai sebuah tembikar kecil. Dibukanya penutup tembikar itu. Satu aroma hanyir menusuk ke hidung. Serbuk mayat yang berada di dalam tembikar itu diambil lalu ditabur ke dalam mangkuk kecil.

Dia mencapai pula akar kayu yang membentuk tubuh manusia. Wajah Jannah dilekapkan di atas gambar itu menggunakan jarum. Bibir hitamnya terkumat-kamit membaca mantera.

Tiba-tiba asap hitam muncul berkepul-kepul di dalam bilik, tempat dia menjalankan upacara menyantau. Asap hitam itu semakin lama semakin banyak sebelum membentuk satu susuk tubuh yang tinggi.

Dengan hanya satu arahan, makhluk itu berkecai semula menjadi asap hitam sebelum meluru keluar. Arahan tuannya harus dipatuhi.

Figura yang berada di hadapan dia, menguntumkan senyuman. Tidak lama lagi hidup Jannah akan hancur. Dan pastinya dia akan tertawa bahagia saat itu.

●●●

"Kalau tak pandai buat kerja rumah, apa fungsi kau jadi isteri."

Jannah terkebil-kebil apabila tersedar daripada lamunan. Dibidas oleh eomma memang boleh buat dia terus kaku di situ. Kepala pili dipulas laju. Dia sengih terpaksa.

"Basuh pinggan pun tak bersih. Macam manalah anak aku boleh kahwin dengan perempuan tak ada guna ni," bidas eomma lagi tapi kalini lebih pedas. Jannah hanya senyum.

"Maaf, eomma. Jannah basuh lagi sekali." Jannah terus mengambil pinggan yang sudah dibasuh itu dan mencuci semula. Sempat ekor matanya melihat eomma yang sedang berdiri tegak sambil tangan disilang. Jannah telan liur.

"Minggu depan Kook kena pergi negara seberang. Kamu tak payah ikutlah." Eomma beri kata putus.

Terkejut Jannah dibuatnya. Tidak sempat berkata apa. Ingat dah ikut Jungkook pergi Malaysia tu nak singgah kubur arwah mummy dan daddy sekali. Tapi tak sangka eomma memang tidak mahu dia ikut.

"Kenapa Jannah tak boleh ikut, eomma?" Saja ingin tahu sebab. Eomma menjeling tajam menantu yang tak diundang itu.

"Nanti siapa nak buat semua kerja dekat rumah ni? Kau buat kerja pun semenggah. Ada hati nak ikut anak aku pergi sana," jawab eomma mendatar namun cukup menikam jiwa.

"Tolonglah, eomma. Bagi saya balik sekejap ke sana pun tak apa. Saya nak lawat kubur arwah mak ayah saya..."

"Tak kisahlah apa alasan kau sekali pun. Kalau aku cakap tak boleh, tetap tak boleh. Kalau kau dah tak tahan dengan layanan aku pada kau, bercerai dengan anak aku dan berambus dari sini. Mudah," cantas eomma. Dia senyum sinis dan berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan menantunya.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now