ST 9

540 80 51
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Bila boleh makan ni..." rengek Luthfi sambil mulut memuncung ke depan. Dari tadi matanya melihat makanan yang berada dihadapannya. Berkali-berkali dia telan liur. Perutnya pun tidak henti berbunyi dari tadi.

"Sabar ya, sayang. Tunggu lagi sikit je," pujuk mummy. Kesian pula dia tengok anak terunanya yang sorang ni. Dari tadi cuba tahan nafsu daripada mahu melahap.

Luthfi sudah tidak tahan lagi. Dia lihat satu persatu wajah ahli keluarganya. Kemudian wajah Jannah dipandang. Jannah sedang fokus dengan telefonnya sambil dahi berkerut. Inilah peluang untuk dia ambil kesempatan!

Tanpa mereka sedar, perlahan-lahan Luthfi memanjangkan tangan untuk mengambil makanan. Nanti kena marah? Peduli apa dia! Perutnya dari tadi minta untuk diisi. Namun Jannah pantas memukul tangan Luthfi daripada sempat mengambil makanan. Dia mengadu kesakitan. Wajah kakaknya dipandang tajam.

"Angah ni! Luth dah lapar sangatlah..." rengek Luthfi untuk ke berapa kalinya.

"Sabar, boleh tak sabar."

"Sampai bila nak sabar? Tah-tah bakal suami angah tu tak datang pun. Luth nak makan sekaranglah, ngah... Perut Luth dari tadi bunyi ni..."

"Ya Allah budak ni. Tunggu ajelah. Tak lari mana pun makanan tu."

"Tapi ngah..."

"Angah, Luthfi. Tak elok bergaduh depan rezeki. Dah besar panjang pun nak bergaduh lagi ke?" tegur daddy tegas. Luthfi pantas duduk tegak. Sempat dia menjeling pada Jannah, menyampah.

"Adam tak jadi datang ya?" soal daddy pada Jannah. Keluhan terlepas dari mulutnya.

"Entahlah, daddy. Angah dah call banyak kali tapi dia tak angkat. Mesej pun tak balas. Tapi haritu kan Adam tak datang. Takkanlah kalini dia tak datang juga," bicara Jannah kecewa.

Sudahlah pernikahan mereka juga ditangguhkan. Semuanya atas permintaan Jungkook. Alasannya sebab dia ingin belajar Bahasa Melayu lebih mendalam lagi. Namun Jannah dapat rasakan itu bukanlah alasan sebenarnya.

Ting! Tong!

Badan Jannah tegak. Senyuman mula terukir di bibirnya. Itu pasti Jungkook!

Dengan pantas dia bangun dari duduk lalu menuju ke pintu utama. Pintu dibuka dan terpampam Jungkook yang sedang berdiri tegak dihadapannya dengan berpakaian segak. Senyuman manis ditayangkan.

"Maaf lambat. Jalan sesak tadi."

Jungkook yang bercakap dalam Bahasa Melayu walaupun masih kedengaran pelat, namun membuatkan Jannah ketawa kecil. Comel saja dia ni.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now