ST 8

558 85 82
                                    

●●●

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

●●●

"Mana Jannah ni..." gumam Sofia perlahan. Jarinya sibuk mendail nombor seseorang lalu dilekapkan pada telinga. Panggilannya yang tidak diangkat membuatkan dia merengus geram. Dia mengerling jam di tangan.

12.00 pagi.

"Dah tidur kut," teka Sofia. Dia berhenti melangkah. Penat pula berjalan. Dari lapangan terbang tadi dia tak berehat langsung. Tekaknya yang berasa kering dipegang. Air, dia perlukan air saat ini.

Matanya mula mencari kedai yang menjual air. Tiba-tiba dia ternampak kedai 7-Eleven yang tidak jauh darinya. Kakinya yang sudah lenguh dipayahkan juga untuk menuju ke kedai itu.

Tiba sahaja ke 7-Eleven, Sofia terus mencari air yang berlabelkan halal. Syukurlah kedai tu buka 24 jam. Tapi nak cari air yang berlabelkan halal sangat susah. Dia kena tengok betul-betul untuk memastikannya.

Strawberry milk jadi pilihannya lalu menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

"How much?"

"천원."
[Seribu won.]

(1000 won = RM3)

Mata Sofia terkebil-kebil. Penjaga kaunter itu dipandang hairan. Kepala yang tidak gatal digaru tidak faham.

"Erm... English please."

"뭐?"
[Apa?]

Waduh! Sofia sudah pening kepala. Penjaga kaunter tu tak pandai cakap bahasa orang putih lah pula. Parah ni!

"얼마나? 그가 한 번받은 가격을 맞춰보요."
[Berapa? Kira harga dia punya sekali.]

Sofia tersentak. Kepalanya terus toleh ke belakang. Terlihat seorang lelaki sedang memberi sejumlah wang pada penjaga kaunter itu. Sofia terbuai dengan ketampanan lelaki itu buat seketika. Terus terbatal niatnya yang ingin membasahkan tekak. Bidadara jatuh dari langit kah?

"Here."

Sofia tersentak dari lamunan. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Wajah yang tenang seperti tiada perasaan.

"What?"

"Take your strawberry milk. My treat."

Taehyung menghulurkan susu strawberi padanya. Sofia tersenyum kekok lalu susu strawberi bertukar tangan. Dia berterima kasih dahulu sebelum lelaki itu beredar. Namun pantas Sofia mengejar lelaki itu.

"Sir!"

Langkah lelaki itu terhenti. Dia toleh memandang Sofia yang sudah bernafas tercungap-cungap.

"I want to repay your money."

"It's fine. I treat you."

"No, I don't want to be indebted to anyone."

Syurga Terindah ~jjkTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang