ST 26

359 35 41
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Sofia dah sampai Korea?"

Dapat sahaja panggilan dari Sofia, Jasmin pantas menjawab. Dia duduk tegak di atas katil menanti jawapan.

"Iye, kak. Sofia dah ada dekat airport ni," jawab Sofia ceria.

"Tak sabarnya nak jumpa Kak Jasmin!" bicara Sofia lagi di hujung talian. Teruja benar nampaknya apabila sudah sebulan tidak bersua muka dengan wanita yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri itu.

"Sofia belum booking hotel lagi, kan?" soal Jasmin bersama senyuman di bibir.

"Ye, kak. Kenapa?"

"Tidur rumah akak lah. Tak payah membazir duit."

Sofia terdiam seketika. Biar betul Jasmin ni?

"Haris tak kisah ke?" soal Sofia ragu-ragu.

"Nanti akak boleh cakap dengan Haris. Sofia tidurlah rumah akak, ya? Tidur terus dekat sini pun tak apa."

"Erm..." Sofia terkedu. Kenapa Jasmin mudah saja benarkan orang lain tidur di rumahnya sedangkan Taehyung ada? Memang ikhlas, atau sengaja? Pelbagai soalan bermain di minda Sofia kini.

"Tak apalah, kak. Saya tidur dekat hotel dulu. Kalau Haris benarkan, nanti akak call saya balik, ya?" Sofia memberi jawapan selamat. Kalau diikutkan, mahu saja dia ikut cakap Jasmin untuk tidur di rumahnya. Bolehlah tengok wajah Taehyung selalu.

Tapi diri tu kena sedar juga, Taehyung tu suami orang. Tak akanlah disebabkan seorang lelaki, sanggup menganiayai kakak kawan baiknya sendiri. Dia masih lagi ada hati dan perasaan.

"Hm, okeylah. Nanti akak call Sofia balik," jawab Jasmin, kedengaran kecewa.

"Okey, kak. Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam."

Panggilan dimatikan. Jasmin mengeluh berat. Dia termenung seketika. Tubir matanya mula berair. Memikirkan keadaan Taehyung apabila dia ditinggalkan. Selagi tiada pengganti, selagi itu Jasmin berasa gelisah.

Jika suatu hari nanti dia sudah tiada di dunia ini. Sudah tiada di sisi Haris Aryan Kim. Siapa yang akan menjaga lelaki itu? Siapa yang akan jaga makan pakai dia? Siapa yang boleh tulus mencintai dan setia di sisi Taehyung?

Dia tidak mahu Taehyung tahu tentang penyakit yang dia sedang lalui ini. Memang derita ingin menanggung. Tetapi lebih menderita apabila melihat Taehyung menangis, merintih atas pemergiannya.

Hanya Sofia yang dia percaya saat ini. Kerana dia tahu, selain dia, Sofia lah wanita kedua yang tulus mencintai Taehyung. Tapi tidak semudah itu Taehyung mahu menerima. Tidak ada cara lain yang boleh dilakukan selain memaksa Taehyung menerima Sofia.

Tapi, jika dia sudah pergi suatu hari nanti... adakah Taehyung akan baik-baik saja?

Melihat Taehyung yang baru sahaja masuk ke dalam bilik, air mata pantas diseka. Jasmin cuba mengukirkan senyuman, walaupun palsu. Dipandang suaminya yang sedang bersiap.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now