ST 19

373 51 42
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Betul mummy and daddy tak nak Haris tolong hantarkan pergi airport?" soal Taehyung sebaik sahaja dia selesai meletakkan beg-beg bagasi ke dalam bonet teksi bersama Jungkook. Pantas daddy menggeleng bersama senyuman nipis. Taehyung hanya akur.

"Anak-anak mummy and daddy, mari sini," ucap mummy lalu Dato' Jafar dan Datin Lathifah mendepakan tangan. Dengan pantas Jannah dan Jasmin masuk ke dalam dakapan ibu bapanya. Tidak lupa juga Nur Luthfi. Berat pula ingin berpisah. Ingin sahaja Jannah dan Jasmin mengikut keluarganya pulang ke Malaysia. Disebabkan mereka sudah menjadi isteri orang, mahu tak mahu kenalah ikut cakap suami dan menetap di sini.

"Ingat pesan mummy. Jadi isteri yang baik dan solehah. Taat perintah suami. Jaga solat, jaga suami kamu berdua tu baik-baik. Ingat tu." Mereka berdua mengangguk-anggukkan kepala dengan pesanan mummy. Ditatap wajah anak-anak gadisnya buat kali terakhir, sebelum mereka masuk ke dalam perut kereta.

"Adam, Haris." Daddy memanggil nama-nama menantunya. Daddy pandang dua pasang anak mata di hadapan. Pandangan yang penuh berharap.

"Kalau kami dah tak ada..."

"Apa cakap macam ni, daddy..." pantas Jungkook memotong. Tidak selesa dengan bicara ayah mertuanya. Buat orang bertambah risau pula.

"Satu je harapan daddy. Tolong jaga anak-anak daddy, ye," ucap Dato' Jafar dengan penuh berharap. Laju Jungkook dan Taehyung menganggukkan kepala. Lalu daddy memeluk kedua-dua menantunya. Sungguh, hanya mereka berdua sahaja yang boleh diharap.

Setelah itu, mummy dan daddy masuk ke dalam perut teksi. Namun Luthfi masih tercegat di situ sambil mendengar bebelan kakak-kakaknya.

"Ingat, kalau dah sampai airport tu terus call along."

"Kalau dah sampai Malaysia terus call angah pula tau. Haa, kalau dah sampai rumah pun call juga." Pesan Jasmin dan Jannah pada Luthfi. Luthfi hanya mengangguk-angguk kepala. Pening apabila dengar dua orang bercakap dalam satu masa. Kemudian dia kembali memandang kedua-dua wajah kakaknya. Matanya mula kuyu.

"I will miss you both," luah Luthfi setelah lama ego menguasai dirinya.

"Aww, kita orang pun akan rindu kau, dik," bicara Jannah dan Jasmin mengangguk dengan kata-kata Jannah. Bibir Luthfi bergaris senyuman. Terus tiga beradik itu berpelukan setelah lama tidak berpelukan sebegini. Akhirnya, Tuhan memberikan mereka bertiga memori yang lama. Memori lama di mana mereka bertiga sentiasa bersama. Namun sekarang, nak tak nak, mereka harus berpisah juga.

Mereka memberikan lambaian terakhir sebelum teksi itu hilang dari pandangan. Tiba-tiba, Jasmin mengurut-urut dadanya. Entah kenapa, dadanya berasa sakit. Dia mula bernafas tercungap-cungap.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now