ST 15

410 68 33
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Hampir sahaja Jannah terduduk dengan kenyataan yang baru menyapa gegendang telinganya. Wajah yang baru hendak ceria, kembali murung. Tubir matanya terasa basah. Tambahan pula, hatinya menangis malah meraung kesakitan.

"Bayaran untuk apa?"

Mereka semua terus toleh ke kanan. Mulut Jungkook seakan terkunci apabila melihat wajah gadis itu. Gadis yang disayanginya. Gadis yang dia cinta sepenuh hati.

"Jannah..."

"Jawab! Mummy, along, jawab soalan angah. Bayaran apa? Daddy!"

Mereka hanya berdiri kaku. Ingin berdalih, tidak berguna. Jannah sudah tahu semuanya. Dia sudah tahu rahsia keluarga itu selama ini. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas, akhirnya terbongkar. Kini, hati perlu kuat jika perkara yang tidak diingini akan terjadi.

"Jannah!" Taehyung datang sambil bernafas tercungap-cungap. Melihat keluarga itu hanya berdiri kaku, dia yakin yang Jannah sudah tahu semuanya. Sekarang dia cuba memberi penjelasan pada Jannah agar dia tidak bertindak melulu.

"Semua yang kau dengar tu semua tak betul. Kami buat semua ni untuk..."

"Kami?" Jannah senyum sinis. Dia pandang wajah Taehyung seakan tidak percaya.

"Jadi kau pun terlibat dengan rancangan bodoh ni?"

Taehyung terdiam. Dia bagai hilang kata. Semuanya sudah terang lagi bersuluh. Jika ingin berdalih, keadaan tetap tak akan berubah.

"A... aku..."

"Wow! What a wonderful surprise!" bicara Jannah kedengaran sarkastik. Dia ketawa sendiri. Memang Jannah seperti orang gila saat ini.

Namun, air mata yang dari tadi cuba ditahan akhirnya mengalir juga. Gadis itu terduduk. Luka di dalam hati bertambah dua kali ganda.

"Angah..." Jasmin cuba mendekati adiknya. Perlahan-lahan dia menggenggam jari-jemari Jannah namun gadis itu pantas menepis.

"Tak payah pegang angah lah, along. Angah dah jijik. Angah dah jijik sebab kena perangkap dengan kakak dia sendiri. Puas hati kau, long? Along puas berjaya lukakan hati angah? Along memang puas kalau hati angah hancur, kan?" soal Jannah dalam esakan.

Jasmin terkedu. Rasa diherdik dan dibidas tepat pada tengah dahi. Wajah Jasmin menunduk.

"Kami buat macam ni sebab kami cuma risau keselamatan Jannah dari musuh-musuh daddy," bicara daddy cuba memujuk. Mummy hanya diam. Kerana dia tahu, semuanya sudah terlambat.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now