ST 27

375 35 24
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Cut... cut... Kapal nak lalu... cut..."

Sudu yang mempunyai bubur nasi itu meluru ke dalam mulut eomma dengan gaya kapal berlayar. Sengaja mahu bermanja-manja. Eomma yang berada di atas kerusi roda hanya senyum. Layankan saja menantunya ini.

"Untuk Luth tak ada?"

Mata Jannah beralih ke arah Luthfi yang sudah muncung ke depan. Jannah ketawa kecil. Sudu yang mempunyai bubur nasi itu beralih pula ke arah mulut Luthfi yang sudah terbuka luas.

"Amaran, amaran. Kapal terbang mahu terhempas. Oh, tidak. Kapal terbang sedang memasuki lorong gelap. Ah..." bicara Jannah menyerupai pemandu kapal terbang. Terus bubur nasi dimasukkan ke dalam mulut Luthfi. Serentak itu dua beradik itu ketawa. Terhibur dengan perangai yang macam budak-budak. Andailah Jasmin masih hidup, mesti mereka ketawa bertiga, bukan berdua.

Appa hanya memerhati eomma dan dua beradik itu dari dapur. Bibirnya bergaris senyuman. Syukurlah, Jannah lebih baik dari sebelum ini. Mungkin dia sudah menerima takdir atas pemergian kakaknya.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Appa menjadi hairan. Jungkook kah? Tak akanlah baru pergi kerja dah balik?

Pantas appa menahan Jannah apabila melihat Jannah ingin membuka pintu. Appa melangkah ke arah pintu rumah lalu dibuka. Melihat sahaja seseorang yang sedang berdiri tegak di hadapannya, appa hanya diam. Menunggu figura itu memulakan bicara dahulu.

"Hai, appa. Luna nak jumpa Jungkook, boleh?" soal Luna bersama senyuman di bibir. Senyuman yang penuh dengan makna tersirat. Dalam diam appa berasa menyampah.

Appa? Sejak bila pula aku jadi bapak kau?

"Kook pergi bertugas. Nak cari siapa yang sanggup sabotaj teksi yang besan aku naik. Jumpa aje pembunuh tu, Kook nak bagi hukuman setimpal," bicara appa dingin. Sengaja dia cakap begini. Biar Luna tahu, ingin melihat reaksi gadis itu.

Dari dulu lagi dia sudah syak Luna lah dalang semua ni. Namun dia tak boleh buat apa kalau tak ada bukti yang kukuh.

Wajah Luna yang berubah cemas membuatkan appa yakin dengan perasaannya. Dia yakin, Luna pasti ada kena mengena dengan kes ni. Kalau tak, kenapa wajah dia perlu pucat?

"O... oh. Kalau macam tu, Luna balik dulu," pamit Luna lalu pantas dia mengorak langkah. Appa masih setia di muka pintu. Perasaan ragu-ragu masih ada dalam diri. Kenapa kelakuan Luna sungguh mencurigakan.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now