ST 25

370 36 79
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Aku terima nikahnya Luna Elfira Jeon dengan mas kahwin RM1000 tunai."

Keputusan yang terburu-buru dan tanpa persiapan apa-apa, Jungkook dan Luna hanya bernikah di Pejabat Agama Islam. Setelah selesai melafazkan akad nikah, Jungkook mendekati Luna yang berpakaian baju kurung dan rambutnya ditutupi dengan selendang.

Cincin disarungkan pada jari manis si isteri. Setelah belakang tangan milik Jungkook disalam, Jungkook tak bertindak langsung ingin mencium dahi wanita yang bernama Luna Elfira Jeon, walaupun sudah digelar isteri.

Namun teguran pak imam membuatkan Jungkook harus juga mencium dahinya. Hanya beberapa saat, tidak lama. Kucupan itu tidak lama ketika dia harus mencium dahi milik Jannah suatu mereka nikah dahulu.

Luna senyum manis. Namun wajah Jungkook muram. Dia hanya senyum paksa di hadapan semua orang. Namun di fikirannya kini hanya Jannah. Sungguh, ini semua bukan kerana kerelaan hati. Dalam hati dia merintih.

"Allah... betul ke apa yang aku buat ni?"

Kedua-dua kubur yang berada di kiri dan kanan Jungkook dipandang silih ganti. Teringat kembali akad nikah pagi tadi. Dan kini, dia sudah ada dua isteri.

Rambut diramas ke belakang. Mata memandang tanah. Tanpa sempat ditahan, air mata mengalir lesu di pipi. Rasa bersalah sudah menyebulungi diri.

"Adam terpaksa mummy, daddy. Adam terpaksa..." rintih lelaki muda itu. Entah apalah reaksi mummy dan daddy jika mereka masih hidup. Pasti mereka sangat kecewa. Tapi ini bukan kehendaknya sendiri. Dia masih sayang akan Jannah. Tak mungkin dia berniat ingin menduakan isterinya.

Tapi, dia juga tak boleh biarkan orang lain bunuh diri disebabkan dirinya. Hati orang lain perlu dijaga. Tapi hati sendiri? Allah... beratnya dugaanMu ini...

Mata sayunya kembali memandang kubur arwah Dato' Jafar yang masih merah. Dibelai batu nisan yang putih bersih itu. Mulut tidak henti melafazkan kata maaf.

"Adam minta maaf. Adam gagal jaga Jannah. Adam terpaksa. I'm sorry..."

Dengan kaki yang terasa lemah, Jungkook gagahkan juga untuk berdiri. Sempat kedua-kedua kubur itu dilihat buat kali terakhir sebelum berjalan ke arah keretanya. Terlihat Luna sedang menunggu di dalam kereta sambil tangan disilang.

Jungkook hanya buat tak endah dan enjin dihidupkan. Namun kata-kata Luna membuatkan perbuatan Jungkook terhenti.

"Ingatkan dah tak nak balik. Kenapa tak tidur je dekat kubur tu?" bicara Luna selamba. Perasaan Jungkook yang kecewa, bertukar menjadi berang. Dipandang tajam pada wajah Luna yang selamba itu.

Syurga Terindah ~jjkOn viuen les histories. Descobreix ara