ST 18

432 61 75
                                    

●●●

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

●●●

Jannah duduk di sofa sambil menggigit jari tanpa dia sedar. Matanya tidak lepas dari memandang pintu rumah. Entah kenapa, gadis itu rasa gementar. Jantungnya berdebar laju sementara menunggu suaminya pulang. Ya, Jungkook tak salah. Dia harus perbetulkan semuanya.

Rumah sunyi seperti tiada penghuni. Eomma? Pergi keluar bersiar-siar bersama Luna. Pergi ke mana pun dia tak tahu. Malas ingin bertanya. Appa, dah tidur agaknya.

Jannah terus bangkit apabila terdengar bunyi kereta Jungkook sedang masuk ke dalam perkarangan rumah. Dengan riangnya, Jannah berlari ke arah pintu rumah lalu membukakan pintu untuk Jungkook. Tangan Jungkook yang ingin membuka pintu dari luar pun terbatal niatnya. Matanya membulat memandang Jannah, terkejut.

Namun wajah ceria itu terus berubah setelah melihat wajah Jungkook yang lebam-lebam. Terus wajah itu dibeleknya.

"Abang? Kenapa ni?"

Terus Jungkook menepis tangan Jannah yang ingin menyentuh bibirnya. Jannah terkesima. Terus Jungkook memalingkan wajahnya dari memandang Jannah. Tegang sahaja wajah Jungkook ketika itu.

"Abang, Jannah tanya ni. Kenapa dengan muka abang? Siapa yang tumbuk? Abang bergaduh dengan siapa tadi?"

Bertambah berang Jungkook dibuatnya dengan soalan-soalan Jannah yang ditanyakan bertubi-tubi padanya. Hatinya bertambah panas apabila teringatkan punca dia jadi begini. Nafas berat dihembus, cuba bertenang.

"Leave me alone," jawab Jungkook dingin. Jungkook terus melangkah ke biliknya tanpa memandang Jannah. Dahi Jannah berkerut seribu. Hairan dengan tingkah laku suaminya.

Namun Jannah tidak mahu mengalah. Dia terus menyambar lengan Jungkook agar Jungkook berhenti melangkah lalu memandangnya. Namun pantas Jungkook menepis lalu berhadapan dengan Jannah.

"I said leave me alone! Kau tak faham bahasa ke perempuan?" jerit Jungkook lantang membuatkan Jannah menjongket bahu, terkejut. Matanya sudah berair memandang Jungkook.

"Astagfirullahalazim." Jungkook beristighfar berkali-kali. Wajahnya diraup kasar. Dia memejamkan mata sekejap, cuba menenangkan diri. Tanpa sebarang suara, dia terus melangkah ke biliknya. Cukuplah dia tertengking Jannah. Bimbang jika dia akan melakukan perbuatan yang lebih teruk dari itu. Namun bicara Jannah membuatkan langkahnya terhenti.

"Sampai hati abang tengking isteri abang sendiri." Jannah bersuara perlahan. Namun masih dapat didengari oleh Jungkook. Jungkook senyum sinis.

"Isteri? Isteri jenis apa yang masih berharap dengan bekas tunang sendiri?"

Jannah terdiam. Bertambah kerutan di dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Jungkook yang ingin disampaikan. Jungkook memusingkan badan menghadap wajah Jannah yang jelas tidak mengerti.

Syurga Terindah ~jjkDonde viven las historias. Descúbrelo ahora