"Claire, aku minta maaf."

"Kenapa kau minta maaf?" Soalnya sambil merawat luka aku itu.

"Sebab tak ceritakan semua ini pada kau."

"Aku tak kisah. Itu hak kau nak ceritakan pada aku atau tidak."

Aku mengetap bibir ini. Rasa sangat bersalah di dalam diri ini kerana tidak memberi tahu kisah sebenar kepada Claire.

"Aku ada sebuah keluarga yang bencikan aku. Mereka sangat bencikan aku kerana aku adalah penyebab ibu aku pergi. Ibu aku pergi sebab melahirkan aku dan satu keluarga aku malah keluarga ibu aku menganggap aku pembunuh. Mereka tidak pernah melayani aku. Bagi mereka aku ni hanya beban yang akan keluarga tu. Jadi bila aku stress, aku akan buat kerja ni. Aku tahu buat kerja ni salah tetapi tak tak boleh tahan diri aku daripada semua ni."

Aku menceritakan semua kisah hidup aku kepadanya. Claire adalah kawan aku dan aku mesti percayakan dia. Walaupun peragai teruk tetapi aku yakin dia tidak akan meninggalkan aku dalam keadaan begini.

"Kau tak kisah ke cerita kisah tu pada aku?"

"Tak, sebab kau kawan aku."

Tangan dia terhenti sekali lagi. Keadaan dia seakan terkejut namun seketika kemudian dia mula merawat kembali luka aku itu.

"Kau tak rasa ke kisah hidup aku ni sangat malang? Kadang-kala aku terfikir, kalau ibu aku tahu dia akan pergi sebab lahirkan, adakah dia tetap akan lahirkan aku atau tidak." Soalan yang selalu bermain di otak aku dikeluarkan.

Memang soalan tersebut sudah aku fikir sejak dulu lagi. Tetapi jawapan dia aku tidak tahu kerana aku tidak pernah melihat ibu aku.

"Bagi seorang ibu anak adalah hadiah yang tak ternilai. Jadi aku yakin walaupun ibu kau tahu dia akan pergi, dia tetap akan lahirkan kau. Kau adalah hadiah dia kepada dunia ini. Kalau dia pergi, kau boleh mengganti diri dia yang sudah tiada tu."

Kata itu masuk ke dalam hati aku. Betul ke kalau ditanya kepada arwah ibu aku dia akan jawab begitu.

Kalaulah aku ini adalah penganti dirinya yang sudah pergi jadi kenapa semua orang membenci aku? Kalau mereka sayangkan ibu aku, jadi kenapa mereka bencikan aku?

Aku memang tidak faham dengan kehidupan aku sendiri. Kehidupan aku umpama cerita novel. Penuh dengan kesulitan dalam kehidupan ini.

"Kenapa agaknya aku tak pergi sahaja dari dunia ni?" Sayu suara aku menyoal.

"Kau tahukan bagaimana kehidupan aku?" Tiba Claire menyoal. Kepala aku dianggukkan. Aku sudah dengar cerita akan kehidupan dia yang tragis itu.

"Ibu aku mati sebab kemalangan, lepas tu keluarga aku membuang aku sebab kecacatan yang ada dekat diri aku dan apabila aku dibuang aku terlibat dalam kemalangan yang tragis. Waktu kemalangan itu aku hampir kehilangan nyawa tetapi aku masih lagi dapat hidup. Selepas kemalangan itu aku terkana trauma yang sangat teruk. Aku tidak berani bercakap dengan orang luar sampai keluarga angkat aku ambil masa untuk berbaik dengan aku. Waktu itu juga selalu berfikir, kenapa waktu kemalangan tu aku tak mati terus jer? Kenapa aku mesti hidup dalam kesakitan yang ada pada diri aku sekarang?"

"Claire..."

"Dan bila aku sudah mula berbaik dengan keluarga angkat aku, aku mula faham kenapa aku perlu hidup. Aku mesti hidup demi ibu aku. Aku tahu dia tidak ada niat untuk tinggalkan aku, jadi aku tak boleh ada niat juga untuk pergi. Aku mesti hidup demi dia walaupun aku terpaksa hadapi pelbagai halangan. Kau pun sama, ibu kau tak ada niat untuk tinggalkan kau dan keluarga kau. Kalau dia diberi kesempatan untuk hidup bersama kau, mesti dia mahu. Tapi dia tidak boleh, jadi kau mesti teruskan hidup kau untuk bayar usaha dia lahirkan kau di dunia ni."

Aku terpegun seketika. Tidak sangka aku bahawa Claire boleh beri kata yang sangat menyentuh hati begitu. Tidak terbayang aku Claire yang boleh dikatakan seorang yang sangat dingin memberi kata yang sangat menyentuh hati itu.

Mungkin betul pilihan aku untuk bercerita kepada Claire tentang masalah hidup aku. Dia memang dingin tetapi bila sudah kenal sangat akan dia, perkataan dingin itu memang boleh dibuang. Dia sebenar seorang sangat hebat memberi kata kepada orang seperti aku.

"Orang macam kau boleh juga ya, ucap ayat macam tadi. Macam tak percaya aku," aku tertawa kecil.

Claire yang mendengar itu tiba terus menekan luka aku tadi dengan kuat membuat tangan aku terasa sakit.

"Kau kata macam tu lagi, lagi sakit kau akan dapat nanti," amaran keluar dari mulut itu.

Aku tahu dia sedang malu kerana aku memujinya begitu. Gadis ini memang tidak suka dipuji begitu.

Aku tertawa kecil terhadap sikap Claire itu. Bagi aku dialah antara kawan perempuan terbaik aku pernah ada. Walaupun dulu pelbagai cara aku cuba untuk jadi kawannya tetapi aku tidak pernah menyesal.

Aku tahu berkawan dengan adalah satu perkara yang sangat bagus. Luaran nampak dingin tetapi bila kita sudah mula mengenal, kita akan dapat lihat kehangatan itu.

Aku memang berterima kasih pada dia kerana sudi berkawan dengan aku walaupun sudah tahu aku begini. Aku memang bersyukur.

Claire ni kalau beri nasihat memang menyentuh hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Claire ni kalau beri nasihat memang menyentuh hati.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now