"Aku nak tengok tangan kau," ujar Cruz apabila aku menepis tangannya.

"Tak perlu. Rechel kena pergi dulu," balas aku lalu mengambil beg aku yang jatuh dan terus berlari menuju ke garaj kereta.

Hampir sahaja tadi. Perempuan tadi memang mencari masalah dengan aku. Tidak tahu kenapa dia membawa air panas di kawasan itu sedangkan laluan di dapur menuju ke tangga yang tidak akan melimpasi bilik aku.

Kunci kereta ditekan dan terus kereta itu terbuka. Baru sahaja aku mahu membuka pintu kereta ini tiba bahu aku disentuh oleh seseorang.

"Rechel, kau dah kenapa? Aku nak tengok tangan kau? Air tu bukannya air biasa, tu air panas. Tangan kau boleh melecur," nada Cruz seakan marah terhadap sikap aku yang melarikan diri tadi. Sempat juga dia kejar aku sampai ke sini.

Aku menepis tangan dia yang menyentuh bahu aku itu. Mata aku tajam memandang ke arahnya.

"Tak perlu. Rechel sudah lambat. Kalau nak tolong, tolong basuh otak perempuan yang tak pandai buat kerja tu," aku menjeling ke arah perempuan yang turut mengikuti Cruz tadi.

Setelah itu, aku terus memasuki kereta dan terus beredar dari situ. Niat aku mahu ada pagi yang baik tadi sudah hancur.

Nampaknya aku terpaksa singgah bilik rawatan sekolah sebelum aku masuk ke kelas hari ini.

.
.
.
.
.

Cruz memerhati ke arah kereta adiknya keluar dari perkarangan rumah ini. Fikirannya sibuk mengingatkan apa yang terjadi tadi.

Dia tidak tahu kenapa sikap adiknya begitu. Gadis itu seperti tidak mahu menunjukkan sahaja tangannya yang terkena air panas tersebut. Apa yang Rechel sedang sorokkan sebenarnya?

Kaki Cruz seterusnya melangkah masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja dia, dia terus melihat kelibat perempuan yang terlibat dalam kejadian tadi.

"Tuan, saya-"

"Apa kau dah buat pada dia?" Soalan itu keluar bersama satu pandangan yang sungguh tajam.

"Sa-saya..."

"Aku tanya, apa kau dah buat pada dia!" Cruz terus meneking. Sesungguhnya dia tidak dapat melihat Rechel kelihatan begitu derita tadi.

"Saya terlanggar cik Rechel dan tumpahkan air teh yang saya sediakan untuk tuan Arshen," balasnya dengan laju kerana takut akan Cruz itu.

Sekarang perempuan itu memang sangat takutkan sosok lelaki di hadapan dia. Lelaki itu seakan bukan tuan muda rumah ini yang dia kenali.

"Kenapa kau menjerit-jerit ni? Sakit telinga aku," suara Arshen kedengaran.

Cruz memandang ke arah tangga besar yang menuju ke tingkat dua rumah ini. Sosok Arshen kelihatan turun dari tangga itu lengkap menggunakan baju kerjanya.

Kaki lelaki itu terus menuju ke arah Cruz yang sedang marahkan pembantu rumah baharu itu.

"Kau ada suruh dia bawa air teh ke bilik kau ke?" Soal Cruz setiba sahaja Arshen ke sana.

"Mana ada. Aku kan selalu breakfast luar."

Mata Cruz semakin tajam memandang perempuan yang sedang menundukkan kepalanya itu. Kini Cruz tahu bahawa perempuan itu memang sengaja bawa air tadi.

"Apa dah jadi ni?" Arshen pula menyoal.

"Perempuan ni kata dia bawa air teh untuk kau, lepas tu dia terlanggar Rechel dan air teh panas tu terkena pada Rechel."

"What! Macam mana dengan Rechel? Kau dah periksa?"

"Dia terus lari tadi."

Terkejut besar Arshen apabila mendengar berita itu. Maknanya bunyi jeritan yang dia dengari tadi adalah datang dari Rechel.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now