Biarlah aku simpan sahaja jawapannya kerana aku masih ada bersama dia buat masa sekarang.

"Apa maksud kau-"

"Bye, jumpa kau esok." Aku terus masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ.

.
.
.
.
.

Ian melihat kereta Rechel dipandu keluar dari sekolah ini. Di hatinya kini sabar sahajalah dia masih tidak dapat jawapan kepada soalannya tadi.

Sejujurnua dia juga ingin tahu apa sebab Rechel mahu bersekolah di sini bersamanya.

Malah ketika mahu mengambil ujian di sekolah utama pun dia ikut sekali kerana dia yang bawa tetapi disebabkan gadis itu gagal, Ian cuba membawanya ke sekolah ini.

Dan hasilnya sampai kini mereka masih bersama. Namun itu bukan jawapan yang dia mahu. Dia tahu tahap muzik Rechel itu tidak sehebat dia dan Claire tetapi kenapa gadis itu berdaftar di sekolah seperti ini.

Sedangkan dia lebih baik di sekolah biasa. Memang menghairankan.

Kaki Ian melangkah keluar dari perkarangan sekolah tersebut. Dia terus balik ke asramanya yang terletak tidak jauh dari sekolah tersebut.

Sesampai sahaja di sana, dia terus masuk ke dalam biliknya. Beg sekolah dilepaskan lalu dia berbaring di atas katil.

Mata dipejamkan untuk merehatkannya seketika. Bagi dia menjadi pelajar sekaligus presiden ketua pelajar ini sangatlah memenatkan. Dia rasa mahu sahaja berhenti menjadi ahli ketua pelajar.

Namun dia tidak boleh kerana memang sudah menjadi sistem sekolah begitu. Dia amat berharap ibu bapanya dapat menukar sistem tersebut.

Cerita tentang ibu bapanya, dia sudah lama juga tidak berjumpa dengan mereka berdua itu. Walaupun selalu bertemu secara atas talian, dia tetap rasa rindu akan dua orang itu.

Dia juga rindukan adik perempuannya, Kiera yang sudah hampir sebulan tidak berjumpa. Entah-entah budak tu sudah lupa akan muka abangnya ini.

Kalaulah budak itu tidak ikut ibu bapanya tinggal di sana mesti dia dapat jumpa dengan Kiera setiap kali cuti. Ini tidak, dia hanya boleh jumpa dengan budak perempuan 8 tahun itu di dalam telefon sahaja. Pilu juga hatinya tidak dapat berjumpa depan-depan.

Ting!

Tiba telefon lelaki itu berbunyi menandakan satu pesanan masuk. Dengan marahnya dia mengambil telefon itu di dalam poket.

Keningnya terangkat sedikit apabila melihat nama yang menghantar pesanan tersebut.

Cruz.

Abang kedua Rechel. Kenapa lelaki itu menghantarnya pesanan ini?

Pesanan tersebut ditekan lalu Ian membaca apa yang tertulis.

"Rechel sudah balik ke belum?"

Ian teryawa kecil membaca pesanan itu. Tadi sudah dia beri amaran kepada Rechel bahawa nanti akan ada orang cari dia kalau dia balik lambat.

Nampaknya dia akan berjumpa dengan orang inilah bila sampai rumah nanti.

Ian yang tersenyum itu terus membalas pesanan daripada Cruz tadi. Takut nanti lelaki itu akan telefon dia pula, kalau tidak di balas.

Macamlah dia tak tahu akan lelaki itu punya risaukan Rechel tahap tidak boleh diterangkan.

Dia dapat nombor lelaki ini pun sebab lelaki itu yang paksa dia simpan untuk kecemasan.

Dia ingat lagi kejadian beberapa hari lepas, dimana waktu dia berjumpa dengan Rechel bersama Jason di sebuah restoran. Waktu itu sebenarnya dia baru sahaja lepas berjumpa dengan Cruz.

.
.

Flashback

"Kenapa nak jumpa?" Soal Ian yang duduk di hadapan doktor tersebut. Entah kenapa aku dapat rasakan aura yang sangat dingin datang dari lelaki itu.

Malah pandangan para pelanggan wanita di kafe ini pun memandang ke arah mereka berdua. Rasa sangat tidak selesa seperti ada orang yang memerhatikan dirinya sekarang.

"Betul ke semalam Rechel keluar dating?"

Tersedak Ian yang meminum coffee latte itu. Teringat dia akan gurauan Rechel semalam dengan perempuan itu. Tak kan lah Cruz ambil serius pula benda tu.

"Mana ada. Semalam jer kami berdua keluar macam biasa. Siapa beritahu kau, dia keluar dating?" Ian cuba mengelak menjawab jawapan sebenar.

Takut dia mahu jawab bahawa semalam Rechel bergurau dating bersamanya demi sakitkan hati Beth itu. Kang nanti dia juga kena.

"Kau pasti dia tak keluar dating?" Terasa aura dingin yang menerkam Ian itu.

"Pasti. Lagipun dia mana ada kawan lelaki lain yang rapat selain aku," balas Ian.

Dirinya kini sangat ingin pergi dari situ. Dia rasa tidak lama lagi dia akan mati disebabkan lelaki ini.

"Jadi maksudnya Arshen..."

"Kenapa dengan Arshen?" Soal Ian.

"Tak ada apa-apa. Also nombor yang aku call kau tadi, tolong simpan. Aku akan call kau lagi lepas ni." Perjumpaan mereka terus berakhir di situ.

End of flashback

.
.

Ian mengeluh sendiri di situ apabila teringatkan kejadian tersebut. Dia sendiri tidak sangka bahawa abang kedua Rechel itu mahu berjumpa dengannya.

Dan dari situ juga dia kenal personaliti sebenar Cruz tersebut. Selama ini dia ada sahaja risaukan Rechel cuma dia tidak tunjukkan.

Mungkin juga seperti ahli keluarganya yang lain. Mereka risaukan Rechel namun tidak tunjukkan seperti ibu bapa lain sehingga Rechel menganggap mereka tidak suka gadis itu.

Kalau dia ditempat Rechel pun, dia akan rasa seperti Rechel. Macam-macam gadis itu suka lakukan untuk tarik perhatian keluarga itu. Namun semuanya gagal.

Bukan gagal tetapi mereka tidak menunjukkan diri mereka bahawa mereka memberi perhatian kepada Rechel. Itulah sebab kenapa Rechel mula berputus asa mencari perhatian itu.

Ian hanya dapat berharap semua salah faham Rechel itu dapat berakhir dengan cepat. Dia mahu melihat teman baiknya itu hidup dalam bahagia seperti keluarga lain juga.

Aku lupa nak mention yg Ian ada adik perempuan umur 8

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Aku lupa nak mention yg Ian ada adik perempuan umur 8. Sebab tu kalau korang ada baca tears of melody part Ian but persembahan dekat tadika itu, dia macam suka jer dengan budak-budak. So harap maklum.

Silent Melody [✔️]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang