05 💦

393 40 8
                                    

                          

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                          

Jimin memasukkan bagasi hitam miliknya ke dalam bonet kereta sebelum memasukkan pula bagasi milik si isteri. Seketika itu, dia mengeluh kasar. Honeymoon ini bukan atas pilihannya tapi itulah apa yang boleh dia lakukan? Arahan mama tidak mampu ditolak.

Mujurlah Haewon juga ikut sekali. Kalau tak, takkanlah nak menghadap muka Yerin je dua pilih empat jam? Huh bosan.

"Dah settle semuanya Jimin? Passport? Mama tak nak dengar nanti ada yang tertinggal lah hilang lah. Nak mengelak punya pasal kan." kata Puan Park seraya menjeling wajah anak tunggalnya itu. Yerin disebelah menyembunyikan senyuman.

Jimin terdiam. Nafasnya dihembus perlahan.

"Kajja, nanti lambat sampai airport." ajak Jimin. Yerin turut berjalan menuju ke arah kereta.

"Bye mama. Nanti Yerin update mama ya." kata Yerin apabila sudah mahu memasuki ke dalam perut kereta. Puan Park mengangguk lalu melebarkan senyuman.

"Good. Ingat apa yang mama pesan tadi." ujar Puan Park pula. Yang dia tahu, balik nanti dia mahu mendengar khabar gembira dari mereka berdua. Yerin mengukir senyuman lebar lalu mengangguk laju.

Jimin mengeluh kecil sebelum mengambil tempat untuk memandu. Matanya hanya fokus ke hadapan lalu memulakan pemanduan.

Hampir 20 minit memandu, akhirnya mereka tiba di lapangan terbang Incheon. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan lewat 20-an mendekati kereta milik Jimin. Dia telah ditugaskan untuk menjaga kereta Audi itu sepanjang ketiadaan pasangan itu ke luar negara.

Yerin turun dari kereta dengan berhati-hati. Sempat wajahnya ditilik sebentar. Jimin disebelah sudah lama turun sejak tadi.

"Ni kunci kereta. Jaga baik-baik kereta ni. Saya harapkan awak." pinta Jimin seraya menyerahkan kunci kereta miliknya kepada lelaki itu.

Hyoseop mengangguk tahu. "Baik Encik Jimin. Err nak saya hantar sampai ke dalam?"

Jimin menggeleng laju lalu berkata, "No need. Anyway thank you. Apa-apa terus call saya."

"Baik Encik." sopan Hyoseop menunduk sedikit. Sempat dia lemparkan senyuman kecil kepada isteri lelaki itu. Namun Yerin hanya abaikan sahaja. Lengan Jimin dipeluknya selamba sebelum mereka sama-sama masuk ke dalam.

Namun Jimin menolak tangan Yerin lalu bagasinya ditarik. "Bring your own luggage."

Yerin mencebik. Dengan isteri sendiri pun berkira! Bagasi merah miliknya ditarik sendiri lalu mengikuti langkah Jimin dihadapan.

Sempat Jimin berbalas mesej dengan gadis kesayangannya sebentar tadi. Kata Haewon, gadis itu masih dalam perjalanan. Dia telah mengatur ticket gadis itu supaya satu flight dengannya.

------


Usai sampai di Kota Paris, Haewon menarik nafas panjang. Udara disini sungguh berbeza dengan Seoul. Teringat pula Euna disana, katanya teringin sangat nak datang Paris. Apabila diberitahu yang dia akan ke Paris, Euna berkeras mahu ikut juga walaupun dia sudah berkeras katakan yang ini urusan keluarga sahaja. Heh urusan keluarga sangat!

Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu nombor Jimin dicari. Niatnya mahu call lelaki itu sebentar tetapi nanti- Ahh tak payah lah Hae. Kang kalau isteri dia yang jawab nanti macam mana?

Haewon menggeleng laju. Lebih baik dia check in hotel dulu sekarang ni. Boleh lah baring-baring nanti. Jadi ayuh kita menuju ke hotel yang sudah ditempah oleh Jimin.

Teksi mana teksi? Haewon mencari-cari jika ada teksi yang masih menunggu penumpang. Apabila matanya terpandang seorang pemandu teksi dihujung sana, cepat-cepat dia melangkah mendekati lelaki separuh umur itu.

"Hello, can you take me to this hotel?" nasib baik pandai cakap english. Huehue.

-------


Selesai urusan check in atas nama Jimin, Haewon mula melangkah masuk ke bilik serba mewah ini. Dekorasi cantik guys. Ala-ala english gitu.

Tubuhnya dibawa ke katil lalu berbaring. Huh penat. Dahlah sorang je dari tadi. Haih. Fikirnya nak tidur je tapi awal lagi ni. Hm.

Telefon pintar yang tiba-tiba berdering menyentakkan Haewon yang mengelamun jauh tadi. Jimin?

Pantas jarinya swipe ke atas."Hello?"

"Sayang, saya call kejap sebab Yerin dalam bilik air. Awak dah sampai belum? Everything is fine?"

"Eoh saya baru je sampai ni haa. Baring-baring kejap. Penat." balas Haewon sebelum dia mengiring ke kiri. Bercakap melalui telefon sahaja sudah seperti diawangan apatah lagi kalau bersemuka. Eih mengada.

"Arasseo. Petang nanti saya akan jalan sekitar sini dulu. Em malam nanti saya singgah bilik awak." kata Jimin. Nadanya diperlahankan sedikit. Sempat matanya mengerling ke arah bilik air. Risau jika Yerin tiba-tiba keluar.

"Singgah je? Temankan saya please. I'm bored." pinta Haewon. Sengaja suaranya dimanjakan sedikit. Harapnya Jimin akan tergoda.

"But nanti Yerin perasan pula-"

"Habis awak suruh saya datang sini buat apa kalau awak sendiri tak nak layan saya? Lebih baik saya balik Seoul hadap assignment je." Haewon mencebik.

Jimin disebelah sana kelihatan serba salah. Apa alasan yang harus dia beri kepada isterinya itu? Haish.

"Okeylah. I'll come tonight. Wait there." kata Jimin dan ity membuatkan Haewon tersenyum lebar.

"That's my man. Okay saya tunggu. See ya."

"Alright." terus Jimin menamatkan panggilan apabila Yerin sudah keluar dari bilik air. Gadis itu sudah menukar pakaian rupanya. Dia hanya mengenakan dress pendek paras lutut tanpa lengan.

"Cakap dengan siapa tu?" soal Yerin sambil mengeringkan rambutnya dengan hairdryer. Matanya mengerling Jimin yang berada di birai katil.

"Kawan. Kebetulan dia stay sini juga." Yerin mengangguk polos. Dia hanya meneruskan aktivitinya.

"Awak update dekat dia ke yang kita ada dekat sini?" soalan Yerin membuatkan Jimin kelu.

"Taklah. Kebetulan dia call tanya saya dekat mana. Dah alang-alang dia stay sini, jadi dia ajak saya bincang satu projek malam ni. So I've to go, tonight." ujar Jimin dengan penuh kepalsuan.

"But we're on honeymoon, Jimin-ssi."

"I know tapi malam ni je. Katanya lama tak jumpa." Yerin mendengus perlahan.

"Okey."

                             
                 

Tak menentu betul saya update. Haha maaf.

[C] His Mistress ; JiminWhere stories live. Discover now