14 💦

278 29 3
                                    

Haewon hanya memandang kosong TV yang terpapar dihadapan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Haewon hanya memandang kosong TV yang terpapar dihadapan. Rancangan aneka ragam yang sedang bersiaran itu langsung tidak menarik perhatiannya.

"Huh." keluh Haewon lalu membaringkan tubuh. Remote tv dicapai lalu punat off ditekan. Sesekali mulutnya menguap kecil. Jam baru sahaja menginjak pukul 10 namun matanya sudah terasa berat. Mungkin kerana kelas hari ini agak padat sehingga dia tidak punya waktu untuk berehat.

Perlahan-lahan dia cuba pejamkan mata. Lagipun esok kelas petang sahaja.

Tanpa sedar Haewon sudah mula hanyut dibuai mimpi sehingga seseorang sudah masuk ke dalam rumahnya tanpa dia sedari.

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin?

Dia mula mendekati susuk tubuh gadis itu disofa. Alis mata yang terpejam itu menarik perhatiannya. Tangan kekar Jimin naik mengusap lembut kepala gadis itu.

Jimin melihat wajah cantik itu dengan rasa kasihan terbit di hati. Lama dia menatap sehinggakan tidak menyedari gadis itu sedikit terganggu tidurnya apabila terasa wajahnya dibelai.

"I miss you." ucap Jimin, lembut. Sebuah kucupan lembut dilekap pada dahi Haewon. Jimin tersenyum kecil.

"Sleep well." Jimin bangun dari mendekati sofa putih tadi namun langkahnya terhenti apabila memandang gadis itu hanya tidur di sofa.

Tanpa membuang masa, Jimin mengendong perlahan tubuh kecil Haewon menuju ke bilik utama gadis itu. Tubuh itu diletakkan perlahan-lahan diatas katil. Comforter ditarik sehingga ke paras dada.

Jimin berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Jangan pelik kenapa dia sudah terbiasa dengan kondo ini. Kan dah biasa ulang alik ke sini. Hshshshsh.

Usai keluar dari bilik air, Jimin mencapai telefon pintarnya yang bergetar sejak tadi. Dia hanya menarik notifikasi dan membacanya dari atas.

Hanya missed called dari mamanya dan Yerin. Soal apa lagi kalau bukan mengenai Jeon Haewon. Dia yakin mama akan cuba sehabis mungkin untuk mencari siapa Haewon. Terutama sekali tentang hubungan mereka. Lebih parah lagi kalau mama upah spy. Itu akan memeningkan kepala Jimin.

"Huh." entah berapa kali sudah dia mengeluh. Rambutnya yang masih basah dibiarkan begitu sahaja. Suhu aircond direndahkan. Jimin mula bergerak ke arah katil.

Wajah cantik Haewon ditatap lama. Tangannya juga naik mengusap wajah mulus itu. "I'm sorry sayang kalau hubungan kita terlalu membebankan awak. What can we do? Saya terlalu cintakan awak..."

Ucap Jimin, perlahan. Rambut hitam gadis itu juga diusap lembut.

"I love you so much..." bibir mungil Haewon dikucup lama. Lengan kekarnya memeluk sisi pinggang gadis itu.

Perlahan-lahan dia cuba pejamkan mata. Sesekali tangannya menepuk perlahan belakang tubuh gadis itu. Dan akhirnya dia juga turut hanyut dibuai mimpi.

[C] His Mistress ; JiminTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang