25 💦

229 26 2
                                    

Puan Park memandang lama kepingan gambar yang diletakkan oleh Jimin beberapa minit yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puan Park memandang lama kepingan gambar yang diletakkan oleh Jimin beberapa minit yang lalu. Nafasnya bagai mahu putus.

Gambar Yerin bersama lelaki lain. Sungguh sangat menyesakkan dadanya melihat gambar tersebut.

"M-mana kamu dapat gambar ni, Jimin?" soal Puan Park langsung. Jelas riak wajahnya cuba dikawal.

"Jimin ada upah seseorang untuk intip Yerin. Sekarang mama dah tahu kan perangai sebenar menantu kesayangan mama ni?"

"Mama tak sangka Yerin curang belakang kamu,

Tapi kamu pun curang belakang dia, Jimin. Tak mustahil dia cuma nak balas dendam atas apa yang kamu dah buat dekat dia." wanita separuh abad itu masih cuba membela menantunya yang terang-terang sudah mencalit arang ke mukanya.

"Jadi kalau Jimin curang dia pun boleh balas perkara yang sama jugak? Macamtu?" Jimin berdecit kecil. Dia malas mahu menyimpan wanita itu lama-lama.

"Hujung minggu ni Jimin akan bawak Haewon datang sini supaya dia boleh kenal dengan mama. Please treat her well. She deserves it." ujar lelaki itu terus. Membulat mata Puan Park.

"Jimin-"

"Mama, please... Haewon perempuan yang baik. Bukan macam yang mama fikirkan. You should try to know her..."

"Perlu ke semua ni, Jimin?" soal wanita itu. Jelas riak wajah anak lelakinya seperti berharap.

"Yes, cause she's your future daughter in-law, mama."

-------

Two days later.

Disebabkan kelas harini dibatalkan, Haewon mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya. Malam tadi tak boleh tidur sebab asyik muntah. Rasa lemah je badan ni.

Hampir dua jam lebih beradu, Haewon mula mencelikkan mata perlahan-lahan. Jam didinding dikerling malas.

12 tengah hari.

Perut pun mula terasa lapar. Should we get something to eat, baby?

Dia melangkah masuk ke dapur lalu mengeluarkan sepaket nugget untuk digoreng sebentar nanti. Nugget pun jadilah. Mood nak memasak tak ada.

Sementara itu, Haewon membuka plastik biskut lalu mengambil beberapa keping biskut beberapa berperisa coklat itu. Lapar punya pasal.

"Sunyi lah pulak sorang je hm. Rasa macam sendu pun ya jugak."

Apa nak buat? Kau memang tinggal sorang, Jeon Haewon. Jimin tak ada malam ni sebab kerja luar. Esok baru balik.

Ting Tong!

Siapa pulak yang datang tengah hari macamni? Euna ke? Tak ada bagitahu apa-apa pun...

Pintu utama dia kuak perlahan. Jelas riak wajahnya berubah. "Mama? Papa?"

[C] His Mistress ; JiminWhere stories live. Discover now