12 💦

293 32 27
                                    

"A-apa a-awak cakap Jimin? Tolong jangan main-main-"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A-apa a-awak cakap Jimin? Tolong jangan main-main-"

"Apa yang awak dengar tadi tu betul. Saya, Park Jimin, cintakan perempuan lain dan yang pasti perempuan tu bukan awak. Jelas?" kata Jimin dengan lancar, membuatkan mata Yerin membulat.

"Tak tak. Awak sengaja tipu saya je kan? Sebab awak tak nak sakitkan hati saya. Kan Jimin?" Yerin cuba memaut lengan lelaki itu namun ditepis laju oleh Jimin.

"You heard what I said just now, Jung Yerin. Perkahwinan kita selama dua tahun ni tak ada makna langsung. Sikit pun tak ada. Apatah lagi cinta. Semua itu takkan terjadi antara kita sebab, saya cintakan perempuan lain. Kita boleh bercerai-"

"Tapi saya cintakan awak, Jimin." ucap Yerin, tulus. Matanya yang sudah bergenang dengan airmata memandang redup anak mata suaminya.

Jimin menggeleng laju. "Maaf tapi saya tak boleh, Yerin. Cinta saya hanya untuk dia. Bukan awak. Kalau awak tak boleh tahan hidup dengan saya, kita boleh cerai. Saya yakin mama akan faham. Lagipun saya bertahan dengan awak selama ni pun sebab mama."

Yerin merengus perlahan. Kenapa Jimin tidak pernah cuba mencintainya? Sedangkan dia adalah isterinya yang sah. Bukan wanita lain.

"Jadi awak curang dengan saya, Jimin? Huh?"

Jimin pandang dengan ekor matanya lalu membalas, "Tak ada istilah curang antara kita, Yerin. Perkahwinan kita hanya disebabkan mama. Dan kita tak mencintai antara satu sama lain."

"Kalau awak setuju dengan penceraian ni saya akan sediakan-"

"Tolong bagi saya peluang, Jimin. Awak boleh cuba cintakan saya-" dia cuba memaut lengan lelaki itu.

"Jung Yerin! Saya tak akan pernah cintakan awak. Faham tak?" Jimin sudah mula meninggikan suaranya.

Yerin mengemam bibir. Jimin betul-betul cintakan perempuan tu sehingga sanggup meninggikan suara kepadanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa tercabar. Hebat sangatkah perempuan tu sampai Jimin sanggup menepikan statusnya sebagai seorang isteri? Huh.

"Cinta betul awak dekat dia eh? Wah. Saya ni isteri awak tahu tak. Isteri. Kenapa nak kena cari perempuan lain untuk awak cintai?"

"Awak ingat mama akan terima semua ni? Dia pasti tentang habis-habisan hubungan awak dengan perempuan tu." hambur Yerin geram. Bibirnya diketap rapat.

Jimin hanya mendengar. Ya dia tahu mamanya pasti tidak menyukai hubungannya dengan Haewon. Tetapi apa pilihan yang dia punya?

"Saya dah tak kisah apa yang mama nak cakap. This is my life. Dan awak, Yerin. Saya bertahan dengan awak selama ni hanya disebabkan mama. Jadi sampai masanya nanti kita tetap akan berpisah sebab saya tak cintakan awak. I'm sorry." ucap Jimin. Dia terus berlalu meninggalkan wanita itu dibelakang.

Yerin bagai kaku ditempatnya. Dia bagai tersedar apa yang diucap oleh lelaki itu sebentar tadi. Serta merta dia keluar dari ruangan dapur.

"Tak tak. Jimin awak nak pergi mana pula? Jangan tinggalkan saya! Jimin! Park Jimin!"

[C] His Mistress ; JiminWhere stories live. Discover now