Maria menyipi mata mendengar derap langkah Noah menjauh.

"Noah!!!" Bergema rumah itu mendengar pekikan Maria.

"Maria awak tak perlu menjerit! Saya dengar suara awak!" Berkerut wajah Noah berpaling memandang isterinya.

"Awak tak pujuk saya!!"

"Macam mana saya nak pujuk?!"

"Pujuklah!!" Noah ketap gigi menahan geram sebelum terpaksa dia hulur senyum pahit.

"Okay sorry.." Noah melangkah menghampiri isterinya. Maria menjuih bibir.

"Sorry sorry sorry kapten Maria yang garang!" Sengaja Noah merapatkan tubuhnya dengan Maria mengundang jelingan wanita itu.

Pujukan yang kedengaran kaku sekali

•••
Terdengar bunyi palang besi, Lyra berpaling sebelum wajahnya berubah kelat.

"Tak perlu selalu datang kesini Rowen. Nanti orang salah faham." Mendatar suara Lyra menegur lelaki yang baru melangkah masuk ke ruang tahanannya.

"Itu terlalu kasar Lyra. Kau sudah dua hari tak bertemu aku." Rowen tenang melabuhkan duduk dihadapan wanita itu. Matanya jatuh memandang perut Lyra yang kini sudah menunjuk diri. Tak seperti Maria, perut Lyra sedikit membesar kerana usia kandungannya yang sudah 5 bulan manakala Maria baru mencecah 3 bulan.

"Aku tak perlukan semua itu." Lyra kini kelihatan dingin berbeza dari yang dahulu.

"Aku baru pulang dari kampung kau,," Ujar Rowen mendatar. Wajah Lyra kelihatan berubah buat seketika tetapi dia cepat mengubahnya.

"Jadi?"

"Aku bawakan barang kau. Maria ada cakap kau sukakan benda ni.."

Pak!!

Mata Lyra membulat melihat buku lukisan diletak Rowen tanpa bersalah di atas meja.

"Rowen!! Ini barang peribadi aku!" Lyra laju mencapai buku itu mengundang senyuman di bibir Rowen. Lyra ketap gigi geram.

"Aku tahu, tapi maaf aku dah tertengok apa yang ada kat dalam. Aku fikir kau dah mati, jadi tak ada masalah kalau aku buka dan lihat apa yang kau dah lukis." Kata-kata Rowen buat Lyra mengalih anak mata dari menatap wajah Rowen. Tak semena-mena wajahnya membahang.

Lyra diam gigit bibir sendiri.

"Kenapa kau lukis aku?"

"Aku tak tahu."

"Sebab kau sukakan aku Lyra?"

"Jangan mengarut Rowen!!!" Tajam mata Lyra menjenggil ke arah lelaki itu. Rowen akhirnya melepas tawa kecil sebelum mengangkat kedua belah tangannya.

Tawa Rowen buat Lyra kelu. Entah kenapa, dia belum pernah mendengar tawa lelaki itu sebelum ini. Tetapi kenapa sekarang..?

"Okay okay saya mengalah. Jangan garang Lyra. Kau sedang mengandung." Tegur Rowen. Lyra melepas keluhan berat seraya memegang perutnya. Sejak dia dibawa kesini, Rowen lah antara orang yang setiap hari datang berborak dan bercakap dengannya. Bukan sekali sehari tetapi hampir setiap waktu lapang lelaki itu, Rowen akan datang melawatnya. Malah, waktu makan tengah hari pun Rowen akan kesitu membawa makanan dan makan bersamanya.

Banyak kali diperli Lyra. Tapi Rowen memekakkan telinga dan tetap disitu berborak walau Lyra tidak mahu melayannya.

Menyedihkan.

"Kau kacau Lyra lagi Rowen." Jett menyapa dimuka pintu bersama sejambak bunga. Mata Rowen menjenggil menoleh ke belakang.

"Patutlah bilik tahanan Lyra berbunga-bunga. Itu kerja kau Jett."

"Part time Rowen." Jett melepaskan tawa kecil seraya bergerak ke pasu bunga, bunga yang sudah layu ditukar pada yang baru. Tetap tiada komen terima kasih dari Lyra dari awal sehingga sekarang bunga -bunga itu dibawa Jett.

"Tuan Jett dan Tuan Rowen tak perlu melayan tahanan dengan baik. Ini adalah salah." Dingin komen ditinggal Lyra buat Jett dan Rowen berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya tersenyum tipis.

"Kau kawan kami Lyra." Jett membalas.

"Dan sekarang bukan lagi. Saya punca Remy terbunuh, jadi jangan layan saya dengan baik." Jett dan Rowen serentak terdiam.

"Lyra!! Tadaa!" Sekali lagi Lyra melepas keluhan berat melihat Rose bersama Finn dan Erin di muka pintu bilik tahananya.

"Kau bawa apa Rose?" Rowen mengerut dahi memandang Rose membawa sebotol minuman, sirup kah?

"Ini jamu untuk ibu mengandung Lyra. Mama saya yang carikan!" Rose selamba mengambil tempat di atas katil Lyra.

"Adakah kau beli juga untuk Maria?" Tebak Jett.

"Yupp!" Rose senyum tak bersalah.

"Lyra, kau nak tahu gosip tak,," Erin senyum nakal menjeling ke arah Jett. Lyra diam tiada riak.

"Apa?!" Jett jungkit sebelah kening, kenapa dia dapat merasa aura gosip dimaksudkan itu adalah tentang dirinya.

"Kami nampak apa yang Tuan Jett buat dengan Syira tadi!!" Finn menyampuk buat mata Jett membulat memandang budak-budak itu.

"Hey!! Kami ada urusan kerja." Jett bercekak pinggang mengundang tawa Finn dan Erin.

"Kau menggelabah Jett." Rowen menyipi mata seperti meletak diri di dalam skuad Erin dan Finn.

"Ma..mana ada! Rowen!!" Cepat sahaja telinga Jett berubah merah.

"Satu larangan untuk buat majlis reunion dalam bilik tahanan." Seseorang dimuka pintu berwajah tegang bercekak pinggang memandang semua tentera bawahannya bagai mengadakan majlis di dalam bilik tahanan Lyra.

"Kau pun dekat sini Noah." Jett menjuih bibir.

Noah mengeluh lantas memandang Maria yang senyum melebar disebelahnya.

"Lyra!! Kau teka aku bawa apa!" Pekikan Maria buat Noah memejam mata kerana kebingitannya. Isteri dia sejak mengandung memang suka menjeritkah?

"Aku sudah nampak Maria. Burger." Mendatar Lyra menjawab. Sudah terang depan-depan plastik tertampal logo burger.

Maria sengih.

"Maaf, aku dah masak makanan kegemaran kau, tapi Noah!! Rosakkan semuanya." Maria menjeling Noah yang memasang riak tak bersalah di muka pintu.

"Maria! Burger segera tak bagus untuk kandungan." Rose mengerut dahi. Gusar.

"Alaa tak apa Rose. Bukan selalu. Aku pun mengidam nak makan, kau pun pasti terliur kan Lyra?" Maria senyum lebar menghulur burger dibelinya kepada Lyra. Lyra kelihatan teguk air liur. Memang dia terliur.

"Dia beli ikut selera dia je." Noah mengomel.

"Tapi Lyra.." Suara Rose mengendur.

"Tak apa Rose, kami orang mengandung perlu juga ikut selera. Makan lah Lyra.."

"Aku nampak!!" Seseorang di muka pintu berdekatan Noah bercekak pinggang.

Maria lambat-lambat berpaling dan Lyra menoleh memandang gerangan kelihatan garang.

Noah senyum sinis, puas dia melarang isterinya tapi Maria tetap Maria. Degil. Mungkin dia perlukan gadis dihadapannya ini untuk melarang Maria selepas ini.

"Syira..." Maria teguk air liur.

••••••••••••

Memandangkan Gavriel sudah menghampiri penghujung.

Untuk menghargai pembaca.

Sis nak tanya, scene apa yang kamu mahu sis tambah pada akhir bab cerita ini? Nanti sis akan pilih, InsyaAllah akan tambah ikut situasi logik.

Jangan minta Remy hidup balik sudah.

GAVRIELWhere stories live. Discover now