BAB 52

26.2K 2.6K 200
                                    

Kunci dimasukkan sebelum tombol pintu dipulas menghasil bunyi keriukan. Malam itu, suasana agak bising dari biasa, penduduk bekejaran memberi tentera makanan dah mengubati mereka tanpa kira dari mana mereka berasal.

"Masuklah." Maria hulur senyum tawar buat tiga jejaka itu. Sepanjang perjalanan kerumahnya, tiada sepatah kata keluar dari mulut mereka bertiga. Semua masih terkejut dengan berita terbaru itu.

Rowen pertama yang melangkah diikuti Jett dibelakang. Noah memandang Maria sekilas sebelum turut menolak tubuh isterinya kedalam. Maria menutup daun pintu sebelum menanggalkan cardigan dipakainya lalu disangkut pada dinding. Kunci rumah juga diletak disitu.

Lengan disisin sebelum dia berpaling memandang Rowen dan Jett tidak berkutik melihat ke arah sofa. Ada apa disana? Maria menjenguk sebelum sebelah keningnya terjungkit melihat Syira terlelap kepenatan disofa itu.

"Oh! Maaf, saya lupa nak cakap yang rumah ni kami berkongsi tiga." Maria melangkah masuk ke dalam sebuah bilik sebelum keluar bersama sehelai comforter di tangan. Tubuh Syira yang berpakaian putih diselimuti. Baju Syira ada tercalit darah mungkin belum sempat gadis itu bersihkan.

"Maria..." Serak suara Syira memanggil apabila dapat menangkap wajah seseorang dekat dengannya.

"Syira, kau penat. Rehatlah." Ujar Maria.

Syira melepas keluhan berat sebelum tangannya naik melihat jam tangan, seketika matanya membulat.

"Aku dah lambat!!" Syira bangun menyentak buat semua disitu terpinga-pinga memandangnya.

"Aku terlebih tidur." Rasa mahu mengutuk diri sendiri. Syira mengikat rambutnya sebelum bingkas bangun, sempat matanya menangkap tiga orang lelaki disitu.

"Kau nak kemana?" Soal Maria hairan.

"Aku sepatutnya masuk bertugas malam ni. Ada ramai lagi tentera yang perlukan rawatan." Syira mengeluh, dia antara doktor terbaik di Timur Feyre sudah pasti khidmatnya diperlukan.

"Oh, okay."

"Aku mandi dulu." Syira menunduk kepala menyapa tiga lelaki itu.

Belum beberapa langkah dia ke biliknya, Syira kembali berpaling memandang Maria. Kerutan terbentuk di dahinya.

"Maria.. Kau nampak bertenaga...?" Mendatar suara Syira menegur. Maria gigit bibir mengalih anak mata.

Terdengar keluhan dari bibir Syira.

"Nak buat macam mana, kita dalam keadaan, tiada pilihan. Tapi Maria, vitamin tu tak boleh terlalu kerap digunakan. Hanya 3 kali untuk trimester pertama. Lebih dari itu, anak kau mungkin tak dapat diselamatkan." Sempat Syira meninggal pesan sebelum kembali melangkah kebiliknya.

"Ya aku tahu, terima kasih." Suara Maria mendatar.

"Vitamin apa yang dia katakan?" Soalan dingin Noah buat Maria tersentak.

"Nanti saya akan beritahu awak, sebelum tu.. Saya akan tunjukkan bilik Jett dan Rowen." Maria mengalih topik, dia tahu keadaan Noah masih tegang. Dia tak mahu menambah beban di kepala lelaki itu.

Rowen dan Jett berpandangan sesama sendiri, buat masa ini, Timur Feyre itulah penempatan sementara mereka sehingga James tiba esok memberi arahan baharu.

"Rumah ni, dihuni saya, Lyra dan Syira sebelum ni. Ini bilik Lyra." Maria bergerak menolak daun pintu. Bilik kecil yang kemas dan hanya berkatil single.

"Ya memang agak kecil, tapi saya harap Jett dan Rowen selesa." Maria senyum nipis memandang lelaki-lelaki itu.

"Ini bilik Lyra?" Rowen melangkah masuk terlebih dahulu sebeluk mencapai bingkai gambar di atas meja. Ada wajah Lyra, Maria, Aria yang masih remaja dan beberapa orang teman mereka. Senyuman gadis itu sangat lebar tanpa mereka sedar saat ini segalanya sudah berakhir.

GAVRIELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang