BAB 50

27.5K 2.2K 163
                                    

PERKAMPUNGAN TIMUR FEYRE
7.45 MALAM

Ktak!

Remy mengisi semula peluru senjata bernama HK 416. Senjata ciptaan Heckler & Koch antara senjata yang terbaik dimedan perang dan selalu memberi keputusan yang baik pada penggunanya. Tetapo begitu, sudah 4 jam mereka bertempur tanpa henti bagi menghentikan tawanan kampung Timur Feyre. Tetapo tentera Duvan silih berganti tidak habis. Sehingga Noah terpaksa menghantar pesanan untuk bantuan segera dari unit Gavriel.

Peluh kepanasan dari Spetsnaz Soldier Helmet dipakainya sekarang menitis ke dagu. Nafas turun naik melepas lelah. Dia berpaling mencari susuk Noah yang dari tadi banyak memerah tenaga dan rancangan untuk skuad mereka. Noah juga sekarang kelihatan lelah.

Mereka bukan bertarung dengan penjahat biasa, mereka sekarang seperti berada di medan perang sebenar melawan kerajaan sendiri.

"Noah!" Terdengar suara Remy di earpiece walkie talkie dipakainya. Dia berpaling tanpa isyarat.

Tangan Remy bergerak-gerak memberi isyarat sesuatu. Noah menjenguk kepalanya, sebelah tangan ke belakang mencapai sesuatu.

Picu bom tangan ditarik lantas dilempar ke satu arah ditunjuk Remy. Remy pantas menekup telinganya dan berlindung di balik pokok.

3 saat

2saat

1 saat.

BOMMM!!!

Kuat kedengaran bunyi bom tangan yang pasti sudah membunuh beberapa orang tentera Duvan itu. Noah tiada pilihan, mereka seperti tidak mahu mengalah menjalankan misi mereka.

"Tuan!" Noah berpaling apabila ada seorang tentera Lorcan berlari ke arahnya.

"Arah selatan sudah bersih setakat ini, sebelah Timur sudah menemui kemuncak di pihak kita. Cuma di Utara.." Tentera itu memandang ke hadapan kedengaran tapak-tapak kaki berjalan ke arah mereka. Ya mereka sekarang duduk di arah Utara. Dimana serangan terakhir dapat dikesan. Noah sendiri terpaksa turun ke medan walaupun dia kepala pada pertarungan hari itu.

RUANG RAHSIA BAWAH TANAH

Bang bang bang!!

Bang!! Bang!!
Sayup-sayup kedengaran tembak menembak berbalas diluar.
Maria menoleh memandang anak-anak mengecil diri di satu sudut. Ada yang menutup telinga, ada yang mengetap gigi dan menggigil ketakutan. Mereka tidak pernah mengalami semua itu, sudah pasti dihurung ketakutan sama sepertinya dahulu. Si ibu-ibu yang tak henti memujuk anak menangis, keadaan disitu suram dan penuh ketakutan.

Maria ketap gigi memandang diri sendiri. Dia tidak sepatutnya berada disini. Dia tidak boleh melihat wajah-wajah penduduk Timur Feyre itu. Rasa sakit dan pilu bercampur baur. Sebaiknya dia ada di medan perperangan. Sekurang-kurangnya dia memegang harapan sendiri untuk mengalahkan Duvan.

Ktak!!

"Argh!!!" Tersentak diri melihat  seorang tentera Duvan tiba-tiba muncul dari lorong bawah tanah.

Mereka memang ramai, tapi rata-rata dari mereka datang dari wanita dan kanak-kanak yang tak tahu bertarung! Cukup buat dua tentera Duvan itu membawa mereka pergi dari situ.

Mata Maria bergerak memandang sekeliling, dia juga tiada membawa apa-apa senjata memandangkan senjatanya telah diambil dan diguna di medan perang sekarang. Tiada apa yang dia temui selain bilah bilah pedang yang diguna tentera dahulu untuk latihan ketenteraan. Maria teguk air liur.

"Kalau kamu tak nak anak-anak kamu mati!! Jangan melawan?!!" Pekik tentera lelaki itu. Semua terdiam ketakutan, tiada siapapun yang berani melawan. Wajah mereka sangat gerun dan tidak berperasaan.

GAVRIELWhere stories live. Discover now