BAB 11

28.9K 2.5K 140
                                    

"Auch!" Terpelanting tubuh terkena sepakan pihak lawan. Kedengaran bingit sorakan di luar gelanggang perlawanan. Tubuhnya rasa perit kesan sepakan dan hentaman bertubi-tubi dari tadi. Dengan wajah berkerut-kerut menahan sakit, Maria cuba bangun menghadap pihak lawannya.

Tersungging senyum sinis dibibir Kayla, puas dia mengerjakan musuhnya itu. Maria antara gadis yang selalu mendapat perhatian di kem ketenteraan itu. Kerana kecantikkanya dan juga pengalaman dia menyertai tentera elit dalam misi darurat satu ketika dahulu dia menjadi bualan dan ramai yang memuji dan meletak kekaguman mereka pada gadis lembik itu.

Dan hari ini dia akan buktikan Maria itu tak ada maknanya di dalam ketenteraan Gavriel. Dia hanya seorang gadis cantik yang lemah datang meraih perhatian disitu.

Kamu salah tempat Maria.

"Maria!! Fight back!" Erin melaung dari jauh. Gusar dia melihat keadaan Maria yang sudah tidak bermaya setelah puas dibantai pihak lawannya. Turun naik dada Maria memandang tajam ke arah Kayla.

"Wajah cantik kau tak akan mampu buat musuh berlembut Maria. Tak ada gunanya kau sertai Gavriel. Kau sepatutnya sertai bidang permodelan!" Selangkah demi selangkah Kayla maju mendekati Maria. Maria masih statik terduduk mendongak memandang gadis itu.

"Kau ingat misi darurat yang kau jalankan bersama tentera elit tu boleh buat aku kagum? Come on Maria. Tentera elit kot, pasti kau yang menjadi beban mereka." Kayla melepaskan tawa kecil. Rose dan Zuri diluar gelanggang tersenyum sinis.

"Sebabtu tak ada orang yang sudi ambil kau jadi teammates mereka. Kau tahu kenapa?" Kayla menunduk wajah lantas menarik dagu Maria memandang tepat kewajahnya. Pandangan mereka bersatu penuh dengan kebencian.

"Sebab mereka semua akan tahu. Kelak orang macam kau akan jadi beban. Sebaiknya kau undur diri dari Gavriel."

Buk!!!
Sekali tendangan dihadiahkan Maria tepat di obdomen Kayla. Gadis itu terpelanting kebelakang. Dengan lelah masih tersisa Maria bangun memandang gadis itu.

"Once kau dah masuk ketenteraan. Buang mind set kau Kayla.." bisikan-bisikan sekeliling tiba-tiba lantas memberi tumpuan pada Maria.

Tch!
Kayla mengerut dahi menahan perit di bahagian obdomennya. Dia lambat-lambat bangun menghadap gadis dihadapanya.

"Jika kau anggap skuad kau adalah beban. Orang macam kau akhirnya yang bawa kegagalan. Disini tiada sesiapa yang akan jadi beban selain kita yang akan saling melindungi. Tanam sedalam-dalamnya dalam hati kau." Kata-kata Maria cukup buat wajah Kayla berubah.

"Apa yang dia mengarut tu. Menjengkelkan." Rose memandang sinis ke arah Maria.

"Kalau kau fikir sedalam-dalamnya. Kau akan sedar yang kau tu cuma beban Maria!"

Buk!! Kayla pantas berlari memberi tumbukan di wajah Maria dan sekali lagi gadis itu rebah di atas gelanggang.

Maria diam terbaring memandang Kayla mengambil tempat di atasnya bersedia memukul wajahnya lagi.

"Macam mana kau nak lindungi orang kalau kau sendiri lemah hah?!" Pekik Kayla kuat.

Pang! Tangan dikempal untuk menumbuk bertukar menjadi tamparan kuat buat wajah Maria terteleng ke sisi.

"Kau akhirnya yang mengorbankan orang dengan prinsip kau!!"

Pang! Sekali lagi wajah Maria terteleng.

"Maria.." Lyra tak dapat menahan diri di luar gelanggang melihat Maria sudah melemah tidak mampu melawan di dalam gelanggang.

"Kau.. lemah.." Mata Kayla seperti seorang pembunuh memandang tajam ke arah Maria yang sekadar berdiam. Dia tidak puas, dia mahu Maria melawan, membalas segala apa yang dia lakukan. Tapi kenapa?

GAVRIELWhere stories live. Discover now