BAB 43

28K 2.3K 362
                                    

Wajah lena itu sedikit berkerut apabila pergerakannya rasa terbatas. Perutnya rasa berat dihempap sesuatu. Dalam kantuk, perlahan-lahan kelompak mata dibuka sebelum tanganya meraba lengan yang melingkar kemas dipinggangnya. Maria cuba melepaskan lingkaran itu tapi keras. Makin dia menarik makin kuat pinggangnya dipeluk dari belakang.

Maria hela nafas berat sebelum perlahan-lahan bergerak mengiring menghadap suaminya. Wajah lena Noah ditatap lama. Noah kelihatan nyenyak sehingga dengkuran halus terbit. Maria senyum tipis. Perlahan-lahan tangannya naik ingin menyelak helaian rambut di dahi lelaki itu. Baru sahaja tangannya mendarat disitu, tangan Noah spontan bergerak menghalang tangannya.

Maria kerut dahi. Dengkuran halus tadi hilang diganti kelompak mata Noah yang perlahan terbuka memandangnya.

Melihat Maria di depannya, Noah melepaskan genggaman di pergelangan tangan isterinya sebelum dia mengemaskan pelukan.

"Awak sangat peka Noah." Puji Maria perlahan sambil kembali menyambung menyelak helaian rambut lelaki itu.

Noah diam lantas kembali memejamkan mata dari lena yang terganggu.

"Saya bangga dengan awak."

Cup!

Hangat terasa di dahi Noah. Maria senyum melihat Noah tidak beriak dikucupnya. Lama dia menatap wajah itu, Maria bangkit dari baringan dan serta merta Noah membuka kelompak matanya. Tubuh Maria ditahan dengan tangan.

"Saya nak ke toilet Noah.." Ujar Maria mendatar. Noah sejak dua menjak ini boleh dikatakan agar clingy, sukar untuk melepaskan dia kemana-mana. Kemana Maria pergi, dan kesitu lah lelaki itu akan terpacak.

Noah hela nafas berat lantas perlahan-lahan melepaskan rangkulan di pinggang isterinya. Sebaik Maria menghilang ke tandas, matanya beralih ke luar jendela, masih pekat gelap di dini hari. Mungkin sekarang baru pukul 3 atau 4 pagi.

Sejak peristiwa hari itu, Maria sudah tidak menyebut lagi tentang Timur Feyre. Ia bukan satu kelegaan buat Noah. Entah kenapa perasaanya rasa tidak enak dengan tingkah isterinya. Disebabkan itu buat masa ini dia harus berjaga-jaga. Dia tak mungkin kehilangan Maria lagi.

"Noah.." Maria menyapa Noah sebaik keluar dari bilik air. Noah kelihatan terkebil-kebil memandang ke luar jendela. Apa lelaki itu sedang menunggunya?

"Ya?" Serak basah suara Noah kedengaran sebaik berpaling menatap isterinya mengambil di sisinya.

"Awak tak sepatutnya risaukan saya." Maria membaringkan badan disebelah Noah yang tegak berbaring mendongak memandang syiling.

Noah diam tidak membalas selain memejam matanya. Dapat dia rasa tangan Maria bergerak melingkar di tubuhnya. Dia cuma mahukan saat-saat itu kekal buat selamanya.

•••

"Argh aku bosan!!" Remy mengeluh lantas meregang badannya. Bila ada misi penting dikatanya penat, bila tak ada dikatanya bosan. Dasar Remy si lelaki tak reti bersyukur.

"Rowen kau buat apa?" Soal Jett yang sedang bersandar tubuh pada dinding dengan secawan teh di tangan. Dari tadi matanya tidak lepas memandang Rowen yang tekun dengan wajah berkerut-kerut memerhati gambar di skrin komputer. Manakala Remy dibuli mereka menyiapkan segala laporan bulan lalu.

"Buang masa." Ringkas balasan Rowen buat Remy disebelah merengus lantas menaip kasar papan kekunci sehingga bunyi terhasil kedengaran kuat.

"Tuan Remy, yang ini ke?" Maria muncul dengan beberapa dokumen dibawa kepada Remy. Remy berpaling lantas mengangguk kepalanya. Bukan dia tak boleh membuli Maria untuk siapkan laporan itu tetapi. Pasti dia akan mati dikerjakan Noah. Dasar Kapten tak ada hati perut.

GAVRIELWhere stories live. Discover now