BAB 36

35.3K 2.6K 183
                                    

"Maria."
Maria teguk air liur mendengar suara yang sedang menyeru namanya itu. Bibir digigit sebelum dia lambat-lambat berpaling.

"Noah.." Maria bergerak ke tepi memberi ruang lelaki itu melabuhkan duduk. Angin petang mendamaikan sekali buat rambut kedua manusia itu berterbangan di tiup angin.

"Awak nak marah saya?" Soal Maria sebaik mereka lama mendiamkan diri mencari ayat untuk memulakan bicara.

"Kenapa?" Noah berpaling melihat raut wajah itu. Maria membalas tatapan lelaki itu sekilas sebelum dia menjungkit bahunya. Pandangan kembali dialih memandang pohon rendang yang bergerak ditiup angin.

"Saya minta untuk putuskan pertunangan. dan tiba-tiba saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak. Fikiran saya sukar dijangka bukan?" Maria sempat melepaskan tawa kecil dihujung ayatnya. Dan Keadaan menjadi janggal buat seketika.

"Kau ingat Maria dulu kita pernah bermain di bawah pokok tu?" Noah menunjuk pokok rendang tempat dia dan Noah selalu bermain dahulu. Sampaikan orang tua mereka kadangkala datang membawa bekal makanan.

Dulu dibawah itu ada bangku kecil tempat Noah menyiapkan tugasan sekolah. Kini bangku itu telah hilang, mungkin dijadikan kayu api oleh mereka yang kadang bertandang kesitu.

"Ingat." Mata Maria sedikit membesar teruja apabila Noah tiba-tiba menyebut soal masa lalu mereka.

"Ada hari  aku dan kau main sampai senja. Awalnya kau tidak henti ketawa dan gelak. Kau sangat ceria sehinggalah malam. Kau mengamuk dan menangis kerana kepenatan. Sampaikan ibu dan ayah kau gagal untuk pujuk kau." Mulut Maria sedikit ternganga, tergamam kerana Noah masih ingat hari itu.

"Ingat! Awak datang kerumah saya semata-mata nak pujuk saya dan dodoikan sampai tidur bukan?!" Tebak Maria. Noah tersenyum menampakkan kekacakkan lelaki itu jelas tersembunyi di sebalik wajah dingin lelaki itu. Maria turut menyimpul senyum.

"Ayah kau ke rumah aku, dan minta aku pujukkan kau." Balas Noah tenang. Maria akhirnya melepaskan tawa kecil yang kedengaran ikhlas sekali .

"Saya masa kecil sangat menjengkelkan." Maria tak dapat menahan senyum dari berborak kisah indahnya dahulu. Dan hanya Noah satu-satunya orang yang tahu semuanya.

"Dan sekarang." Sambungan Noah buat tawa Maria mati lantas berpaling mencari wajah itu.

"Sekarang kau pun menjengkelkan.."

"Noah.." Maria menjenggil mata. Giliran Noah pula melepaskan tawa kecil melihat respon gadis itu.

"Mungkin aku memang ditakdirkan untuk hidup dengan gadis menjengkelkan ini.." kata-kata Noah buat wajah Maria berubah. Kelu.

"Noah, maaf.. saya terpaksa." Maria mula rasa bersalah.

Noah tersenyum lantas menggeleng kepalanya.
"Tiada siapa yang terpaksa disini. Kita memang ditakdir untuk bersama."

"Asalkan kau tak buat perkara sama yang buat pada lelaki Duvan itu." Noah garu kening, kali ini dia betul tidak bergurau. Apa dia lihat dengan matanya sendiri. Bakal isterinya menghancurkan alat sulit lelaki itu. Lebih menyakitkan dari 5 das tembakan.
Dia rela ditembak dari diseksa sebegitu.

"HAHAHAHAHA" tawa Maria terhambur.

"Jadi awak takut dengan saya sebabkan itu?" Soal Maria. Noah tidak senyum tidak juga memasang riak cuak.

"Siapkan diri awak. Mungkin awak akan dapat lebih dari itu." Maria menyambung tawanya lantas bangun meninggalkan Noah terkebil-kebil disitu.

"What? Lebih.." Mulut Noah ternganga sedikit seraya dia berpaling melihat tubuh Maria yang melangkah pergi. Air liur diteguk terasa kesat.

GAVRIELWhere stories live. Discover now