BAB 12

28.2K 2.6K 204
                                    

Pak pak!!

Lelaki bernama Joe terduduk lemah. Semua mata yang memandang meneguk air liur.

"Kamu nak melawan?" Soal Noah tidak berperasaan.

"Tak tuan!!" Balas Joe menunduk.

"Kalau batang kayu yang saya pegang sekarang ini adalah pedang. Kamu tak mahu melawan juga?" Soalan Noah buat Joe terdiam lantas lambat-lambat mengangkat wajah memandang Tentera atasan yang kini berpangkat Tuan itu.

"Saya.." Joe teguk air liur.

"Nampaknya kamu nak berfikir dahulu." Noah hulur tangan buat Rowen. Rowen senyum sinis lantas melempar sebilas pedang. Semua mata disitu membulat. Ada juga yang menjerit ketakutan.

"Saya tak suka orang yang takutkan saya. Bunuh saya kalau kamu boleh." Noah angkat pedang itu ke atas bersedia melibas orang dihadapanya.

Zupp!!

"Saya akan melawan Tuan!!" Joe pantas menyambar batang kayu dan menghentikan hayunan pedang Noah.

Nafas kadet muda itu turun naik dalam getaran bibir memandang bilas pedang tajam berkilau dekat dengan wajahnya. Gila, ini latihan paling gila yang pernah dia alami.

"Saya tahu saya orang atasan kamu, tapi jangan pernah takut untuk bunuh saya kalau saya bertukar menjadi musuh." Noah menjatuhkan pedangnya lantas kembali melempar ke arah Rowen. Tangkas lelaki itu menangkapnya seperti sudah terbiasa.

"Sekuat mana pun orang itu. Jangan pernah takut. Lawan dengan segala kekuatan kamu dan jangan pernah mengukur dan membandingkan kekuatan musuh dengan diri kamu." Noah berpaling memandang semua kadet-kadet yang ketakutan dihadapanya. Pasti mereka mengalami trauma yang dalam lagi-lagi melihat Noah memakai pedang asli di tempat latihan kadet seperti mereka.

"Faham?" Noah angkat sebelah kening.

"Faham Tuan!" Serentak mereka menjawab. Noah berpaling melihat Joe dibelakang masih terdiam ketakutan.

Tangan dihulur buat lelaki itu.
"Sekarang kita masih dipihak yang sama. Saya tak akan bunuh kamu." Ujar Noah senada. Lambat-lambat Joe mengangkat wajah memandang wajah lelaki itu. Senyuman tipis Noah buat dirinya menarik nafas lega, lantas menyambut huluran lelaki itu.

"Good job." Noah tepuk bahu Joe sebelum lelaki itu beredar keluar dari gelanggang.

"Kacaknya dia!!" Lyra dan Maria berpandangan sesama sendiri mendengar bisikan gadis-gadis dibelakang menggeletis memuji kekacakkan Noah.

"Mata tajam dia mampu buat gadis pengsan melihatnya."

"Senyuman dia seperti permata. Kalau sesiapa yang mendapatnya pasti dia orang paling beruntung!"

Maria menyapu telinganya yang meremang mendengar bisikan demi bisikan. Adakah setiap sesi latihan kadet baru, Noah akan menjadi pusat perhatian gadis-gadis.

"Seterusnya kamu." Noah bersama sebatang kayu menghala pada seseorang. Semua disitu terdiam memandang ke satu arah dituju Noah.

Maria yang menayang wajah bosan sambil menggosok telinganya yang dari tadi rimas mendengar pujian demi pujian dihadiahkan kepada Noah.

"Maria." Serangkap namanya disebut buat Maria tersentak dan berpaling melihat Noah menghala batang kayu diguna untuk latihan padanya. Dia teguk air liur memandang sekeliling. Ada pandangan yang tersenyum sinis. Ada yang memandang jengkel padanya.

"Saya dengar banyak rungutan tentang kamu. Kamu dikatakan antara kadet paling lemah disini." Ujar Noah tenang. Maria diam tidak membalas.

"Nah. Buktikan yang wajah cantik kamu bukan sekadar pameran." Kayu dipegang dilempar pada Maria. Mujurlah gadis itu sempat menangkap.

GAVRIELWhere stories live. Discover now