BAB 57

27.8K 2.5K 316
                                    

Sebulan berlalu..

Akhirnya keamanan yang diharapkan tanpa penindasan akhirnya tercapai. Kini penduduk Timur Feyre diterima baik oleh masyarakat dan berpindah ke kota yang jauh lebih baik dan terjamin untuk mereka tinggal.

Coup d'etat atas cadangan James dan dibawah rancangan Noah telah berjaya membentuk sebuah kerajaan baharu yang menumpaskan kerajaan Indra. Kini, atas persetujuan, James sepakat untuk melantik Daud menjadi presiden seterusnya untuk negara Khabi. James juga ketua ketenteraan Gavriel mengambil alih untuk menjadi penasihat utama Daud, menambah kepercayaan masyarakat pada kepimpinan baharu.

Di samping itu, Duvan telah dimansuhkan, tentera yang tersenarai melakukan kerja kotor ditahan dan tentera yang tidak terlibat dengan kerja kotor kerajaan dibawa untuk menjalani latihan awalan di dalam Gavriel. Lorcan pula masih kekal bekerja sama dengan Gavriel tetapi misi utama mereka memastikan keberadaan penduduk Timur Feyre kekal selamat di dalam dunia luar.

"Aku puas tengok muka kejam kau duduk di palang besi, wahai bekas presiden Indra."  Dann tersenyum menyilang kaki melihat lelaki tua bangka penuh dengan kekejaman akhirnya kini terperangkap di palang besi. Sejauh mana dia terbang membawa kekejamannya, akhirnya dia tersungkur dek perbuatannya sendiri.

Sudah lama dia menunggu untuk melihat saat-saat ini. Loki disebelah turut tersenyum sambil menyilang tangan dibadan.

"Aku bangga besarkan Noah,," Loki senyum lebar buat Dann berpaling. Dia juga berfikiran yang sama.

"SOFEA.." Daud tarik nafas panjang melihat keadaan anaknya tidak terurus ditahan. Tiada baju-baju cantik dipakai Sofea lagi. Wakau kesalahan anak perempuannya terlalu besar, dia tetap seorang ayah yang tidak sanggup melihat keadaan anaknya seperti itu.

"Ayah.." Sofea bangun mendekati palang besi. Satu senyuman tipis terukir di bibir.

"Maafkan Sofea.."

Air mata Daud akhirnya menitis disaksi James disebelah.

•••
Noah melepas keluhan berat melihat Maria yang dari tadi bergerak kesitu kesini memasak didapur

"Maria awak makan vitamin itu lagi ke?" Mendatar Noah menyoal. Maria berpaling dengan kerutan.

"Noah! Hampir tiap hari awak tanya soalan yang sama!" Situasi tegang berlaku lagi.

"Awak nampak aktif! Awak sepatutnya berehat!"

Entah kenapa, Maria makin degil dan mereka kerap bergaduh sejak dua menjak ini. Mungkin emosi Maria yang tidak stabil buat  mereka sering bertengkak kerana kandungan itu.

"Awak terlalu paranoid Noah! Nampakkan saya tengah sihat sekarang ni!" Maria merengus sebelum berpaling mengacau masakannya.

"Awak makan vitamin itu lagi?"

"Noah!! Awak selalu sangka buruk pada saya!"
Maria berpaling bercekak pinggang. Darahnya sudah naik,'kesabarannya menipis.

"Saya bukan sangka buruk, awak pernah buat tanpa kebenaran saya tak mustahil awak.."

"Awak selalu ungkit benda sama berulang kali Noah! Awak ingat saya tak sayang anak ini ke?!"

"Bukan macam tu Maria.." Suara Noah mengendur. Dia teguk air liur sendiri.

"Saya tak makan ubat tu lagi! Saya makan vitamin yang Rose bagi!" Tinggi suara Maria.

"Maria awak tinggikan suara.."

"Awak yang mulakan Noah!" Maria berpaling sambil merengus menahan diri. Hilang moodnya mahu memasak masakan kegemaran sahabatnya.

"Okay-okay maafkan saya.." Noah melepas keluhan sebelum berlalu meninggalkan isterinya terkebil-kebil disitu.

GAVRIELWhere stories live. Discover now