BAB 13

28.4K 2.5K 160
                                    

"Ini sudah kali kedua dia terluka sebabkan Tuan Noah." Ujar Doktor wanita itu. Noah garu kepala memandang Maria terbaring di atas katil pesakit. Rasa bersalah bertandang kerana tanpa sengaja dia memukul kuat gadis itu.

"Maafkan saya. Saya terlalu keras dalam melatih dia." Ujar Noah mendatar. Doktor itu tarik nafas dalam.

"Mujurlah bahagian dalamnya tak terluka dihentak. Cuma belakangnya masih lebam." Doktor itu memandang Maria terkebil-kebil di atas katil.

"Er! Tak. Sikit je. Saya okay." Maria bingkas bangun, tak mahu Noah terus merisaukan keadaanya.

"Hey!" Noah berwajah gusar.

"Argh!" Tak semena-mena belakangnya rasa pedih menyengat. Maria kembali terbaring. Sebenarnya dia boleh menepis segala serangan Noah, tapi dia memilih untuk menerima kesakitan itu.

Itu pilihanya.

"Jangan bergerak lagi kalau kau tak kuat!" Marah Noah sambil membantu Maria kembali berbaring.

"Saya tak kuat. Tapi saya tak takut." Kata-kata Maria buat Noah terkedu memandang ke dalam mata itu. Maria seperti kembali ke alam nyata mengebil-ngebil matanya buat seketika.

"Maksud saya, saya tak takut untuk rasa sakit lagi. Ini latihan yang saya kena biasakan." Maria hulur senyum manis.

"Buat masa sekarang Maria kamu elakkan dari latihan yang keras. Belakang kamu masih luka." Pesan doktor.

"Baik doktor." Maria senyum tipis dan turut tersenyum memandang ke arah Noah yang gusar memandangnya.

"Saya minta diri dulu." Doktor wanita itu hulur senyum tipis buat Noah sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua disitu.

Maria tunduk pandangan apabila merasa tidak selesa terus-terusan ditenung Noah dari tadi. Kenapa lelaki itu masih disini?

"Er.. saya rasa, saya sudah membaik. Kapten.. maksud saya Tuan Noah tak perlu risaukan saya." Ujar Maria serba salah. Melihat mata kosong lelaki itu dia kembali menunduk pandangan. Kekok.

"Aku tak risaukan kau."

"Oh.." Maria sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Siapa yang ajar kau teknik-teknik itu?"

"Hah?" Mata Maria sendiri membesar memandang Noah.

"Siapa mengajar kau untuk jadi setangkas itu?" Soal Noah lagi. Maria terdiam seketika mengerut dahi sendiri.

"Badan saya bergerak sendiri. Mungkin kesan dari latihan taekwando saya dari kecil." Balas Maria mendatar. Noah diam tidak memberi balasan buat seketika. Entah apa difikirkan lelaki itu. Keadaan menjadi kekok.

"Jadi perlawanan kau dengan Kayla hari itu adalah satu lakonan?" Soalan Noah buat Maria tersentak. Matanya sedikit membesar menatap ke dalam mata lelaki itu. Apa Noah memerhati semuanya?

"Kami sukar jangka kekuatan kau, sebab kau berlagak lemah di hadapan kadet lain. Apa tujuan kau sebenarnya?" Soal Noah lagi.

Maria terdiam meramas jari sendiri di dalam selimut. Apa? Apa yang harus dia jawab?

"Saya tak rasa perlawanan dengan Kayla itu satu lakonan. Kayla memang seorang yang hebat dan tangkas dalam gelanggang. Saya bukan lawan dia." Balas Maria dengan senyuman ikhlas sepertinya dia yakin dengan kata-katanya.

"Saya tahu saya akan terus kalah dan sakit dari melawan dia. Itu silap saya kerana menyerah terlalu awal." Maria mencebik bibir dalam menunduk wajahnya.

"Saat itu saya takut kalau tubuh saya akan sakit apabila terus melawan. Saya tak yakin dengan diri saya sendiri." Ujarnya lagi.

"Tapi kata-kata Tuan hari ini telah mengubah segalanya. Saya berjanji yang saya tak akan takut lagi walau dengan sesiapapun saya berhadapan!" Maria angkat wajah lantas tersenyum lebar.

GAVRIELWhere stories live. Discover now