Sungguh aku sakit hati. Ini baru awal pagi dah sekarang aku sudah tidak ada kanta lekap untuk dipakai. Tak kanlah aku terpaksa guna cermin kata aku.

Dasar perempuan tak guna. Sekali lagi dia buat memang sampai tangan aku dekat pipi dia. Perempuan tu memang mencabar diri aku ini.

.

Time skip

Kereta aku berhenti tepat di tempat letak kereta di sekolah aku. Aku mengeluh seorang diri di dalam kereta itu.

Melihat diri aku memakai cermin mata ini mengingat aku kepada diri aku di sekolah rendah dahulu. Teruk betul cermin ni.

Walaupun cermin mata ini mengikut fesyen terkini namun aku tidak biasa melihat diri aku memakainya. Biasa aku yanya memakai kanta lekap.

Kalau bukan disebabkan perempuan tadi memang semua ini tidak akan terjadi. Rasa macam nak berhentikan terus sahaja perempuan itu.

Kalaulah aku boleh berhentikan dia, sudah lama aku lakukan. Perempuan itu semakin hari memang sengaja nak sakitkan hati aku ini.

Geram betul aku.

Aku mahu keluar dari kereta ini pun sudah rasa malas. Malas nak hadap pandangan pelajar sekolah ni nanti.

Mesti mereka fikir aku pelik tiba-tiba guna cermin mata. Apatah lagi budak kelas aku nanti.

Hah! Rasa nak duduk dalam ni terus sahajalah.

Kepala aku direbahkan di stereng kereta ini. Dalam aku merebahkan kepala ini, tiba aku terdengar satu lagi kereta yang berhenti tepat di sebelah aku.

Kepala diangkat sedikit melihat gerangan kereta yang berhenti itu. Tiba rasa gembira aku hadir apabila melihat kereta Claire yang berhenti tepat di tepi kereta ini.

Aku dengan pantas mengemas sedikit rambut ini. Mengatur cermin mata lalu mengambil beg sekolah bersama beg violin aku.

Dapat aku lihat Claire sudah keluar dari kereta tersebut. Jadi aku dengan pantas keluar lalu mengunci kerera ini.

"Claire!" Jerit aku memanggil gadis itu.

Gadis itu berhenti berjalan lalu memandang aku yang melangkah menuju ke arahnya itu. Mukanya kelihatan sedikit terkejut. Mungkin sebab lihat aku menggunakan cermin mata ini.

"Good morning," ucap aku dengan penuh ceria.

"Kau guna cermin mata?" Soalan pertama kali aku dengar pagi ini.

Aku sudah agak soalan ini akan keluar. Aku hanya boleh tersenyum sambil menggosok leher ini.

"Sebenarnya selama ni aku guna contact lenses tapi hari ni tadi tiba-tiba ada benda jadi dengan contact lenses aku. Jadi untuk pengganti sementara, aku guna cermin mata dulu," terang aku.

Claire mengangguk seperti faham apa yang aku maksudkan. Aku tahu mesti dia fikir aku nampak pelik hari ini.

Manakah tidaknya, selama ini aku mana pernah guna cermin mata depan dia. Kalau Ian adalah sekali dua melihat aku begini ketika dia datang rumah aku.

"Aku nampak pelik ke pakai cermin mata?" Soal aku.

"Tak lah. Kau just nampak lain sahaja. Tapi okay," satu ayat yang membuat hati aku berbunga.

Aku tak sangka Claire akan memuji aku. Susah mahu mendengar gadis ini memuji seseorang jadi kalau dapat memang rasa macam berbungalah hati ini.

Rasa marah yang ada di dalam hati aku tadi pun boleh hilang begitu sahaja. Sebenarnya tidaklah teruk sangatkan pakai cermin mata begini sekali-sekala.

Apatah lagi bila dapat pujian dari mulut yang susah mahu memuji seseorang.

Hari yang aku fikirkan menjadi teruk tidaklah seteruk mana apabila sudah sampai di sekolah ini. Jauh dari orang yang aku benci dan dekat dengan orang aku suka.

"Betul ke aku okay? Kau jangan nak tipu aku pula," soal aku dengan penuh ceria.

"Kau nak aku tarik tak kata tadi. Kalau kau nak aku boleh tak balik," nampaknya Claire susah seperti Claire yang aku kenal.

Aku tertawa kecil di situ sambil berjalan di samping gadis itu. Nampaknya pagi ini akan jadi pagi yang sedikit indah bagi aku.

Nampaknya Jane dah mula buat hal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampaknya Jane dah mula buat hal.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now