BAB 47

733 23 0
                                    

"APA?!?!"

Hadif memandang ketiga-tiga adik beradik itu tanpa berkelip. Baru saja dia diterima berita Hanafi anak Dato' Arman. Sekarang ditambah pula dengan kejutan dahsyat ini.  Mana taknya jantung dia berhenti bagai nak mati. Ha--Hanna dan Afieq adik Hanafi Amsyar ?! Adik kawan baik mereka ?!

"Kau pasti ke dia adik kau, Han ?" Zadz menginginkan kepastian daripada lelaki itu. Manalah tahu lelaki itu tersilap. Nama Hanna dekat bumi ini bukan satu. Tak mungkin Hanna yang dimaksudkan sahabatnya itu adalah isteri Adryan Qashaff.

"Betul... Aku yakin dia adik perempuan yang telah hilang berapa tahun tu. Aku pasti ! Hati aku kuat mengatakan dia adalah adik perempuan aku. Kau tengok ni..." Harraz menunjukkan dokumen tentang peribadi Hanna kepada ketiga orang jejak itu. Dia tidak lupa menyelitkan dokumen tentang bongsu adik lelakinya.

Danish yang ditengah-tengah antara Zadz dan Hadif mengambil dokumen itu. Fail dibuka. Terdapat dua dokumen kukuh tentang Hanna.  Surat beranak dan biodata Hanna semungkinnya borang bekas interview Hanna berserta gambar.   'Dari mana lelaki itu mendapatkan semua ini ?'

Danish meneliti kedua-dua dokumen itu. Nama yang sama. Tarikh lahir yang sama.

"Han boleh tak aku minta kad pengenalan korang ?" Soal Zadz. Tanpa banyak berkata, serentak adik-beradik itu mengeluarkan kad pengenalan mereka dan dihulur kepada Zadz. Kad pengenalan mereka diperiksa dengan teliti oleh Zadz.

Muhammad Harraz Alfian bin Muhammad Arman.

Muhammad Hanafi Amsyar bin Muhammad Arman.

Muhammad Haiqal Aidan bin Muhammad Arman.

Zadz berhenti dan kembali melihat dokumen yang telah diberikan oleh Harraz.

Nur Hanna Arlana binti Muhammad Arman.

Dan adik Hanna juga mempunyai bin yang sama.

Muhammad Harris Afieq bin Muhammad Arman.

Nama intial mereka H-A. Berbin dan binti orang yang sama. Nama ayah yang sama. Wajah dalam gambar itu ditenung. Sah, muka ini isteri Qashaff.  Jadi betul lah Hanna dan Afieq anak kepada pengusaha terkenal di Malaysia ?! Anak Dato' Arman ?! Kepala Zadz seakan-akan terhempap dengan batu besar.

"Macam mana boleh korang terpisah ?" Tanya Danish dengan hairan. Tak mungkin mereka terpisah begitu sahaja. Pasti ada perkara yang menimpa keluarga itu. Dan kenapa baru sekarang  dia dapat tahu Hanna adalah anak Dato' Arman ?

"Panjang ceritanya." Harraz mengalih pandangannya kepada Haiqal untuk menjelaskan perkara tersebut. Dia tidak kuat menceritakannya.

"Sebenarnya... "

⚜️❣️⚜️

"Ehem !"

Zettt...

Pantas aku dan Qhalish menoleh ke arah suara deheman 'seseorang' itu.  Terlihat wajah perempuan jelita merenung tajam ke arah mereka.  Perempuan itu sangatlah bergaya.  Nak kata tua tak juga.  Nak kata muda, erm... Bolehlah... Boleh dikira umuran perempuan itu dalam empat puluhan ? Siapa dia ?

"Korang siapa ? Penyangak ?"

"Eh, Datin bila sampai ?" Mak Leha baru sahaj keluar dari dapur menunduk hormat kepada perempuan itu. Aku terpana. Datin ? Wait-- maknanya dia ni mommy Qashaff ?

"Siapa diorang ni ? Kan saya dah kata jangan biarkan orang luar masuk dalam rumah ni." Kata Datin Aliah dengan tegas kepada Mak Leha.  Matanya kembali merenung insan dihadapannya itu.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now