BAB 56

785 23 0
                                    

"Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak?" aku membuat pilihan ku. Sejujurnya aku masih malu dengan kejadian tadi. Sebut pasal kejadian tu,  huh! Memang memalukan.

"Masuk? Agrh, masuk jelah." tombol pintu dipulas dan segera aku masuk ke dalam biliknya.

"Abang?"

Sayangnya kelibat suaminya tidak kelihatan. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kemana suami aku ni? Tv buka, aircon buka lampu pun buka. Kayanya... Nak bayar bil elektrik. Aku meluru ke closet suami ku. Namun tiada kelibatnya juga.

"Cari apa?"

Terhinjut bahu aku. Dengan pantas aku berpaling ke belakang. Gulp! Terlihat Qashaff dengan rambut basah bertuala paras pinggang hingga ke lutut sambil berpeluk tubuh. Tubuh kekar suaminya itu tidak mahu dia pandang. Aduh, ada yang mati sesak nafas ni karang.

Sexy husband!

Menyampat lagi kau, Hanna.

"Ha--ah? Haah, A--na cari a--abang tadi. Nak panggil makan se--sekali." fuh! Akhirnya dapat juga bercakap walaupun hakikatnya suara ku tergagap.

"La... Nanti abang turun je kan? Don't waste too much your energy, honey. You'll have to keep it." Qashaff berjalan masuk ke bilik closetnya. Seluar jogger pant hitam diambil. Namun Qashaff akan perasaan kewujudan sang isteri yang masih berada di situ.

"Honey," Kepala Qashaff dibengkok ke kanan memberi isyarat agar keluar dari bilik ini. Namun tidak pada Hanna yang tercengang berdiri di situ.

Dah kenapa kepala suami aku macam orang terkehel?

Qashaff mengeluh kecil. Tubuhnya kembali dipeluk "Unless you'll be staying here watching me in naked condition. If that so, i don't mind it."

Terasa sebakul darah menyimbah tepat pada wajah ku. 'unless you'll be staying here watching me in naked condition.' Dengan sepantas kilat aku berlalu dari situ.

Ya Allah, mengapa suami aku tetiba naik ulat bulu ni? Seram tahu tak. Ku pegang dada ku. Ianya berdegup kencang.

"Now, you're wasting your energy. Again. I told you to keep it right? Hm?" Qashaff berjalan keluar tanpa mengenakan baju. Membiarkan tubuh kekarnya jadi tatapan mata Hanna.

"Ish! Dari tadi asyik sebut energy... Energy... aje!" rungut ku.

Qashaff menggeleng kecil. Isteri dia ini dah pandai menjawab. Selalunya tak pula. "Mulut honey ni, tak boleh ke tak menjawab kalau sehari?" pipi Hanna dicubit manja.

Aku menepis tangan suami ku. Sakit tau cubit pipi kita!

"Bibir Ana. Suka hati Ana lah."

"Who says that?"

"Ana lah."

Qashaff cuba menyimpan senyumannya agar tidak tergelak. Seronok pula dia nak sakat isterinya itu. Mulut isterinya dah mula muncung sedepa.

"Mulut tu apesal muncung je? Didn't get any candy from Qhalish?"

Aku biarkan je. Ini ke dinamakan pujuk? Cara dia macam nak mintak sepak terajang dari isteri dia.

Sabar, ingat. Dia suami kau.

Mulut ku tetap dimuncungkan. Masih dalam mood merajuk. Disamping itu nak tengok juga cara dia memujuk kita.

"Muncung lagi lah mulut tu. Abang cium nanti."

"Kalau berani, ciumlah. Orang tak takut lah!"

Spontan terangkat kening kanan Qashaff. Selalunya bila diugut, isterinya akan kecut perut. Tapi lain pula kali ini. Dia pula yang dicabar.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now