BAB 1

4.6K 73 6
                                    

FLASHBACK

"Mohammad Adryan Qashaff !" Tengking Datin Aliah. Bergema satu banglo sehingga membuatkan orang sekeliling terdiam. Renungan tajam diberikan kepada anak sulung keduanya itu. Geram dia dengan anaknya itu. Sudahlah melawan keras kepala lagi !

Begitu juga dengan wajah Qashaff yang putih berubah menjadi kemerah-merahan akibat menahan amarahnya yang setinggi puncak gunung everest. Dukungan Qhalish segera diperkemaskan.

"How dare you mommy want to separate us ?! Apa hak mommy nak atur hidup Qash !" tengking Qashaff balik. Tahap kesabaran dia sudah melampaui batas. Wajah anak kecil itu dipandang sayu 'takpa Papa akan pertahankan Qhalish. Papa janji'. Wajah ibunya dipandang bengis.

"Sekarang Qash nak pertahankan budak ni buat apa?! Pasal budak ni lah kau berubah! Mommy ke..."

"Dia ada nama mommy nama dia Mohammad Adam Qhalish bukan budak ! Apa mommy kecewa ke dengan Qash ?! Mommy tahu tak Qash berubah macam ni disebabkan oleh mommy! Because of you mommy! Mommy tak habis-habis nak atur hidup Qash tuduh Qhalish pembawa sial! Qash letih mommy ! Bukan sebab Qhalish! Dan sebenarnya mommy yang berubah selepas along dah takde !" Suara Qashaff mula naik oktaf.

Pembantu rumah serta bodyguard yang berada didalam rumah itu semua terkejut mendengar pekikan dia. Inilah buat pertama kalinya dia meninggikan suaranya kepada Datin Aliah. Pandangan helang masih ditujukan kepada Datin Aliah.

"Kalau macam ini perangai mommy, lebih baik Qash pergi keluar dari rumah ni. Mommy tak perlulah nak kongkong hidup Qash." Ucap Qasyaff yang sudah ingin berlalu pergi dari rumah itu bersama beg bagasinya yang telah tersedia awal olehnya. Dia memandang Dato' Qazmeir yang dari tadi hanya membisu sepanjang pertelingkahan dia dengan Datin Aliah.

Ya aku nekad pergi dari rumah ni walaupun ianya banyak kenangan manis yang aku lalui di rumah agam ini. Demi Qhalish aku sanggup .

"Qash sangat kecewa dengan mommy." Sempat lagi dia berkata sebelum dia menjejakkan kakinya keluar dari rumah itu.

END FLASHBACK

Selepas 5 tahun berlalu...

"Ah!!!" kejut Qhalish membuat Sang ayahnya yang diulit mimpi indah terkejut terus bangun. Qashaff memandang ke sisinya dan terlihat Qhalish sedang tersengih kerang busuk ke arahnya.

"Morning little prince. So how do you feel last night ?" Soal Qashaff lalu menyuruh Qhalish nak ke atas badannya. Dahi Qhalish dikucup dengan penuh kasih sayang. Qhalish menganggukkan kepala lalu dia menaip disebuah tabletnya...

'I'm fine papa. Papa dont work?'

Qashaff tersenyum mendengar soalan yang diajukan oleh Qhalish. Kepala anak itu diusap dengan penuh lembut.

"Kejap lagi papa work lah. Qhalish dah ready ke masuk sekolah baru ?" Tanya Qashaff lalu mencuit hidung anaknya itu. Mata hazel itu direnung.

Qhalish menganggukkan kepalanya berkali-kali. Tersunggil senyuman Qashaff. Biasalah kanak-kanak kan teruja sangat hari pertama masuk sekolah...eh ? Bukan lagu ke tu ?

"Dah pergi mandi bushuk anak papa ni." arah Qashaff lalu mendukung tubuh kecil itu masuk ke bilik mandi. Inilah satu-satunya anugerah yang disayangi hingga akhir nyawa...Iaitu Mohammad Adam Qhalish.

Setelah beberapa minit mereka bersiap, mereka terus pergi menuju je sekolah Qhalish. Sepanjang perjalanan, Qashaff menjadi teman setia melihat celoteh anaknya yang sebijik macam orang tengah berperang dengan game nya itu .

Tolong Lindungi Dia حيث تعيش القصص. اكتشف الآن