BAB 35

1K 28 0
                                    

"Nur Hanna Arlana binti Muhammad Arman !"

Baru nak ambil fill tepi kolam. Dah rosak mood orang. Aku mengeluh perlahan. Aku kenal suara itu. Yalah. Siapa lagi kalau bukan adik kesayangan dia. Perlahan lahan aku memusingkan kepala ku mendongak wajah itu.

" Ye, Muhammad Harris Afieq bin Muhammad Arman. Ada apa panggil akak ? Kacau la Fieq ni. Akak baru nak ambil fill." Aku mencebik kecil. Jom kita tengok. Pandai ke tak dia pujuk kita. Dia peluk bahu aku ke ? Ke dia bagi ayat manja pujuk dia. Or...

"Tak payah nak buat muka sepeluh sen macam nak minta pelempang dari aku. Aku datang sini sebab nak minta tolong akak. Tolong hantar kan Umi dengan Fieq ke rumah akak. Plus lusa tolong hantar Fieq pergi collage." Bidas Afieq dengan selamba.

TOINGKK !!!

Meleset jauh kau Hanna.

Kau ingat adik kau tu hamak sangat ke nak pujuk kau. Jangan harap la. Simpan je harapan yang kau usung tinggi tu. Espektasi dengan realiti kau la sangggat...

"Yela... " Aku menjulingkan mata ku ke atas. Selepas itu dalam bebrepa minit kami mendiamkan diri.

Krik krik krik

"Akak kalau Fieq pergi belajar luar negeri. Akak benarkan Fieq ke tak ?" Teragak-agak Afieq menyoal ke arah Hanna. Bukan apa. Nak berurusan dengan akaknya ini bukannya senang. Kena ada kesabaran yang tinggi.

"Afieq pergi belajar dekat mana ?"

"U--USA."

"No-Akak tak benar kan." Tegas ku.

"Tapi kak, ini je peluang Fieq ada untuk sambung pengajian Fieq. Tolong akak. Tolong la. Fieq nak sangat tawaran tu. Fieq... "

"No- Bila akak kata tak boleh. Maknanya tak boleh !" Sehingga terdiri aku dari duduk. Tajam sekali aku memandang wajah adik ku itu.

"Apasal tak boleh pula ?!" Soal Afieq dengan bengang. Kan dia dah cakap. Kalau nak bincang dengan akak dia memang bertekak la jawapan dia.

"A big NO from me ! Akak tak benarkan Afieq pergi ke negara orang luar sana ! Akak tak nak Fieq nanti terikut budaya diorang sana ! Lagipun bahaya. Kalau apa-apa jadi Fieq kat sana siapa tanggung ?" Aku bersuara namun masih tegas nadanya. Cukup sekali dahulu dia hampir kena ragut dan hampir sahaja nyawanya melayang di negeri orang. Dia tak nak kejadian itu berulang lagi. Dia sayang adiknya. Tak mungkin dia akan melepaskan adiknya begitu sahaja.

"Hei, Akak ! Fieq dah besar dah. Fieq boleh jaga diri sendiri la. Tak perlu dirisaukan. Akak jangan samakan kisah akak dengan Fieq ! Whatever it is, I'll accept the offer ! It's my decision and no one can stop it ! Full stop !" Ya. Dia kecewa dengan sikap kakaknya. Kenapa dia begitu kejam dengan dirinya ? Kenapa ? Dia terus berlalu pergi meninggalkan Hanna berseorangan di tepi kolam itu.

"Afieq !" Sahutan ku hanyalah sia-sia. Kelibat adiknya itu semakin menjauh dan hilang dari pandangannya. Serta merta air mata ku mengalir deras.

Kenapa adik aku tak faham ? Aku cuma nak dia selamat. Aku cuma nak terbaik buat dia. Salah kah aku melindungi dia ? Salah kah ?

"Honey."

Aku menoleh ke arah suara itu. Terlihat Qashaff sedang berdiri sambil kedua belah tangannya masuk ke dalam poket. Laju air mata ku mengalir. Aku berlari mendekati tubuh itu. Tubuh itu aku peluk erat. Empangan air mata ku pecah. Habis basah baju suami ku.

"Shh..." Pujuk Qashaff yang turut mengusap dibelakang tubuh ku. Cuba menenangkan si isterinya.

"Salah ke Hanna cuba untuk melindungi adik Hanna sendiri ? Hanna sayang dia. Dia je satu-satu insan yang Hanna ada selain umi dengan abang. Sob.. Sob... Kenapa dia buat Hanna macam ni ? Kenapa ?" Tangisan pecah dengan suara yang serak basah itu tak ku hiraukan. Perit. Kecewa. Itu yang aku rasakan sekarang ini.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now