BAB 57

755 24 0
                                    

"Umi!"

Kedua pasang anak mata hazel berwajah tampan itu tercari-cari kelibat sang ibu. Haiqal mengeluh perlahan. Setelah dia pulang dari kerja, seluruh rumah sunyi sepi. Mana semua orang pergi malam-malam macam ni?

Dia mendaki satu persatu anak tangga menuju ke bilik. Sebelum pintu biliknya dipulas, matanya menangkap satu figura dihujung balkoni. Cermin mata diperbetulkan. Mata dikecilkan bagi melihat lebih jelas. Seorang perempuan sedang duduk menghadap pemandangan halaman luas dibelakang rumah mereka.

"Umi ke tu?" bisik kecil Haiqal. Tidak jadi dia masuk ke biliknya. Disebaliknya dia berjalan mendekati 'umi'nya itu. Sampai disitu, bibirnya mengoyak senyuman. Perempuan itu adalah Datin Haida. Haiqal geleng kecil sendirian.

'Patutlah panggil tak menyahut. Rupanya duk termenung umi dia dekat sini.' Kedua belah bahu uminya disentuh oleh Haiqal.

"Kat sini rupanya umi." ujar Haiqal.

Datin Haida terus tersedar dari lamunan dia. Kepala ditoleh bagi melihat siapa yang menyapa dirinya dari belakang.

"Haiqal rupanya.... Kejut umi! Umi fikir pencuri mana tadi nak buat umi terkejut." komplen Datin Haida membuatkan Haiqal mengekek ketawa. Anak teruna dia ini... Memang tak makan saman langsung.

"A.ah. Pencuri perhatian umi. Chia! Chia!  Chia!" sempat lagi Haiqal buat pickup line. Tak sampai seminit, bahunya ditepuk oleh Datin Haida.

"Adoi! Sakitlah umi!" adu Haiqal. Bahu kanan terasa perit itu digosok.  Ini adalah akibat mempersendakan sang ibu. Ganjaran tak terhingga. Kawan-kawan sila contohi kalau nak rasa penangan tepuk sang ibu. Hahahaha tak-tak jangan dicontohi.

"Ha... Main-main lagi..." geram tak geram juga dengan anak ketiganya ini. Kuat betul nak sakat orang.

Haiqal tersengih kerang busuk. Kerusi di depan uminya diduduki. "Umi asal tak jawab acik panggil?"

"Ada ke acik panggil? Tak dengar pun." jawab Datin Haida dengan pelik. Sejujurnya dia tidak dengar pun anaknya panggil dia. Ada ke?

"Ish, ish, ish... Punyalah suara acik yang merdu ni umi tak dengar? Biar betik umi." sekali sekala dia menyelitkan pujian buat dirinya. Haiqal memandang Datin Haida. Dan uminya kembali termenung.

'Ceit, sia-sia je aku puji diri sendiri tapi umi tak me'respon' pun.'

"Umi!" tangannya dipetik berkali-kali dihadapan Datin Haida. Seperti biasa Datin Haida tersedar akan di alam nyatanya.

"Hah? Apa acik kata tadi? Nak air ke?" kelam-kabut Datin Haida menanyakan anaknya itu.

"Bila masa acik nak air ni?" Haiqal menggeleng-gelengkan kepalanya. Sah! Umi dia berangan!

"Oh, takde eh? Sorry."

"Umi tengah fikirkan apa? Acik tengok dari tadi umi termenung... je. Acik tanya pun umi tak balas tadi. Kalau umi ada masalah cuba luahkan. Acik boleh jadi pendengar umi sekarang ini." pelik dia dengan kelekuan Datin Haida. Selalunya tak pula macam ni.

"Sebenarnya... Umi tengah fikirkan adik kamu." luah Datin Haida.

Terjongket kening kanan Haiqal. "La... Baru je Afieq tinggal asrama, dah rindu ke?"

"Bukan Afieqlah, tapi Ana. Adik perempuan kamu."

Termalu sendiri Haiqal dibuatnya. Itulah padahnya tak dengar sampai habis. Mulut punya pasal tuan badan pula yang malu. Haiqal berdehem kecil beberapa kali bagi menghilangkan spoil sebentar tadi.

"Kenapa dengan Ana?"

Datin Haida mengeluh. "Umi nak jemput dia sempena hari jadi umi hari minggu ini."

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now