BAB 31

945 27 0
                                    

Mata ku bersinar-sinar melihat pemandang sekeliling pulau itu. Udara sejuk meniup lembut di kulit pipinya tidak dihiraukan. Orang ramai disekelilingnya sibuk bersuafoto. Ada juga yang datang ke pulau itu untuk tenangkan fikiran. Aku keluarkan telefon ku untuk mengambil beberapa gambar.

"Seronok sangat nampak ambil gambar tu ? Dah tak ingat suami ke ?" Teguran Qashaff membuatkan aku tersentak. Lantas aku memusingkan kepala ku ke arah suara itu. Aku tersengih seperti kerang busuk saat memandang Qashaff yang sudah berpeluk tubuh memandang tajam ke arahnya.

"Er... Sorry. Saya teruja sangat tadi." Kepala ku digaru. Itulah, terlalu teruja terus lupa ada suami. Aku mula perasan ada rasa aneh sekali. Ya, Han mana ? Kepalanya ditoleh mencari kelibat Han.

"Cari siapa ?" Soal Qashaff apabila melihat Hanna tercari-cari seseorang.

"Han. Mana dia ?"

"Dia ada dekat depan tu. Nak ambil gambar. Jom kita jalan-jalan." Qashaff melangkah ke hadapan membuatkan aku terpinga-pinga mengejar langkah lelaki itu. Dahlah kaki dia panjang sangat,  aku ni kaki kementot aje.

"Lain betul jika dibandingkan dengan filem Winter Sonata yang saya lihat." Kata ku sambil menikmati pemandang di Pulau Nami itu. Namun aku mula rasa tiada orang disisi ku. Aku pantas menoleh ke sisi. Membutang mata ku.  Mana pula pergi suami aku lagi ni ? Takkan dia ada kuasa halimunan kot ? Hisy, apa yang kau mengarut ni Hanna !

Aku tercari-cari kelibat suami ku sehinggalah aku ternampak dia duduk disebuah bangku dibawah pohon yang tidak jauh ditempat aku berdiri tadi. Laju kaki ku melangkah mendekati Qashaff.

"Abang." Panggil ku. 

Namun dia tidak menyahut panggilan itu. Disebaliknya, lelaki itu hanya termenung jauh. Aku labuhkan punggungku disisi Qashaff.  Baru ingin menegur tapi niat ku terhenti apabila melihat sekeping gambar yang dipegangnya.

Gambar siapa tu ?

Aku kecil kan mata ku untuk melihat lebih jelas. Itu bukan ke gambar keluarga mereka ? Dalam diam aku memerhatikan setiap wajah didalam gambar itu. Siapa perempuan disisi Qashaff tu ?

Fikiran ku mengeluarkan seribu satu soalan tentang perempuan itu. Dia bekas kekasih Qashaff kah ? Hati ku mula resah dan terbit rasa cemburu. Nafas ku diatur dengan perlahan, cuba bertenang.  Jangan tuduh melulu, Hanna.

"Abang." Panggil ku buat kali kedua sambil menggoyangkan bahunya.  Barulah lelaki itu tersedar dari lamunannya. 

Qashaff memandang wajah isterinya dan memberikan senyuman kepada wanita itu. Lalu pandangannya kembali melihat gambar yang dipegangnya.

"Gambar keluarga abang ke ?" Aku cuba mengorek sedikit rahsia lelaki itu. 

Kepala Qashaff diangguk.

"Er... Boleh saya tahu siapa lelaki yang di kiri abang tu dengan perempuan disebelah kanan abang ?" Tanya ku membuatkan lelaki itu tersenyum sumbing.

"Sebelah kiri saya tu, along saya. Aqiem Qhuzhairi."

"Dan sebelah kanan abang ?"

Qashaff tersenyum tawar. Gambar perempuan itu ditenung dengan perasaan sayu.

"Annisa, bakal tunang saya." Jawab Qashaff dengan perlahan. Dia tundukkan kepalanya menahan sebak.

Aku tersentak. Ba--bakal tunang ?

"Er... Kenapa abang tak kahwin dengan dia ?" Aku sedikit terkilan dengan penyataan suaminya itu.  Kalau dia ada bakal tunang kenapa dia kahwin dengan aku ?

"Dia meninggal dunia disebabkan tragedi yang memilukan hati keluarga saya." Tenang sahaja Qashaff membalasnya. Tapi hatinya, hanya tuhan sahaja tahu betapa peritnya dia mengingati tragedi itu. 

Tolong Lindungi Dia حيث تعيش القصص. اكتشف الآن