BAB 14

1.1K 31 0
                                    

"Akak !"

BUKKK !

"Aduh..." Aduku sambil menggosok belakang pinggang akibat jatuh dari katil. Siapalah jerit pagi-pagi buta macam Tarzan ni. Tak senang orang nak bermimpi indah.

"AKAK BUKA LAH PINTU NI ! FIEQ PECAH PINTU NI KANG HA..." ketukan pintu semakin kuat.

BAM !!!

Bunyi rempuhan pintu biliknya membuat dia statik berdiri tegak. Adik dia ni bukan boleh bawa main-main. Kalau itu yang dia katakan itulah dia buat. Bala bala...

"HOI ! BUKAK LAH PINTU NI !" Pekik Afieq yang sudah bersiap sedia merempuh pintu bilik Hanna.

"Hisy ! Kejap lah gila ! Tak boleh bersabar ke Afieq !" Jeritku.

BAM !!!

Okey memang bukan jenis penyabar adik dia ni. Tiba-tiba idea nakal muncul dibenak fikiran dia. Dia berdiri ditepi pintu dia bersedia untuk membuka apabila adik dia merempuh pintu itu kali ketiga.

"Satu"

"AKAK BAIK BUKA PINTU NI CEPAT SEBELUM FIEQ REMPUH LAGI PINTU NI." Jerit Afieq.

"Dua."

Okay get ready Hanna.

"Tiga !" Aku terus membuka pintu bilikku dan Afieq pun yang seakan-akan hampir merempuh pintu biliknya terus masuk dalam bilik dia lalu jatuh bergolek. Aku tergelak besar melihat aksi 'stunt' jatuh bergolek adik dia. Padan muka !

"Itulah...Nak rempuh pintu akak lagi. Kau ingat pintu ni mak bapak kau punya ?" Sindirku yang masih ada sisa ketawa. Afieq memandang Hanna dengan geram.

"Hoi akak ! Akak tahu tak Zafriel tadi datang sini."

Kata-kata Afieq membuatkan langkah ku terhenti. Dia menoleh wajah adik dia.

"Zaf.Zafriel ?"

"Yalah. Nik Zafriel ? Ex-boyfriend akak." Kata Afieq lagi.

"What he want ?" Soalku kepada Afieq.

"Dia nak akak berbalik dengan dia. Tapi Fieq menolak sebab Fieq tahu akak tentu tak setuju berbalik dengan dia lepas apa yang dia dah buat dekat akak." Terang Afieq.

"Habis tu dia dekat mana sekarang ?" Jantung ku berdebar-debar menanti jawapan yang bakal adik dia katakan. Jangan cakap mamat tu masih disini.

"Dia dah pergi. Fieq Halau dia takkan nak biarkan dia duduk dekat sini pula boleh gila akak kesayangan Fieq ni." Afieq mengosok kepala dia seperti mengusap anak kucing. Almaklum lah...Zaman sekarang adik kan lebih tinggi daripada akak dia. Betul ke tak ?

"Thanks. Akak tak mahu lah nak jumpa dia tu." Kata ku.

"No problem. Takkan nak biarkan akak aku ni bersedih lagi. Fieq akan pastikan mamat perasaan bajet bagus tu tak akan dekat dengan akak kesayangan aku ni. " kata Afieq persis seperti hero penyelamat. Akhirnya tawa kami bersatu.

⚜️❣️⚜️

ADRYAN QASHAFF IAITU PEMEGANG SYARIKAT AQ TELAH MENDIRIKAN 3 BUAH RUMAH ANAK YATIM.

Qashaff mengeluh halus. Surat akhbar yang ada pada tangannya dipandang dengan riak tidak minat dan dilemparkan semula di atas meja dia. Dia menongkat dagunya dengan tangan kanan dia.

Agh ! Bosan !

Dia memandang kertas-kertas yang berselerak setinggi gunung dengan bosan. Ini kan sehari dia tinggalkan sudah macam gunung. Kalau seminggu ? Sebulan ? Mahu mampus ! Kepala dia mula migrain, otaknya mula serabut memikirkan masalah yang menimpa dirinya hari demi hari.

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now