BAB 30

1.1K 29 0
                                    

Hanafi merebahkan tubuhnya ke atas katil bersaiz king itu. Pertemuan singkat yang terjadi sebentar tadi benar-benar membuatkan hatinya tenang dan teruja. Sepanjang perjalanannya pulang ke hotel, senyumamnya tak lekang dari bibirnya. Malah, orang ramai yang lalu-lalang memandangnya ada yang dihadiahkan kepadanya senyuman manis dan ada yang menoleh berkali-kali. Hairan barangkali dengan kelakuannya. Tak pun diorang kata aku ni gila tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri seperti orang tengah berhalusinasi.

Lantak diorang lah ! Ada aku kesah semua tu ? Yang penting dia berasa gembira dan senang. Pertemuan seorang gadis bernama Hanna amat menggembirakannya. Sudah lama dia menanti gadis itu. Dia mesti mencari jalan untuk terus mendekati Hanna. 

"Sorry sorry sorry...I didn't see you just now." Kata Hanna sambil menundukkan kepalanya. Sudah pasti dia kecut perut sebab semuanya salah dia tak pandang depan. Termenung sana termenung sini,  kan dah terlanggar.

"It's sokay miss. It suppose to be me to apologize on you. I'm the one careless texting while walking just now." Kata Hanafi dengan ramah. 

Hanna mendongak memandang wajah lelaki itu. Kacak. Tapi kacak tak semestinya hati dia baik kan ?

Hanafi tersentak. Saat dia terpandang wajah itu, tiba-tiba dia teringat seseorang. Wajah itu terlalu mirip dengan seseorang. Seseorang yang pernah hadir dalam dirinya dahulu. 

"Er... Excuse me Mr ?" Teguran Hanna membuatkan Hanafi kembali ke alam nyata. Dia berdehem memperbetulkan suaranya kembali.

"Are you malaysian people ?" Tanya Hanafi inginkan kepastian. Lihat dari gaya gadis dihadapannya ini macam orang malaysia. 

"Yes." Balas Hanna.

"Oh...Malaysia rupanya." Kata Hanafi.

Hanna terlopong sedikit. Jadi lelaki dihadapanya rakyat malaysia juga ? Tak nampak macam orang malaysia pun. Muka macam pan-asian arab pula tu. 

"Buat apa dekat sini ?" Soal Hanafi diajukkan kepada gadis itu. 

"Er... Tengah bercuti."

"Apa kata kita duduk kejap dekat bangku tu.  Kesian awak berdiri nanti lenguh pula." Ajak Hanafi dan Hanna hanya mengangguk setuju. 

"Datang sini buat apa ?" Soal Hanafi.

"Ada urusan kerja. Sambil-sambil tu bercuti." Hanna tersenyum. Entah kenapa dia berasa selesa sangat berbual dengan lelaki ini. Kebiasaannya dia terlalu jaga tutur kata dan tidak melayani mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya. Tetapi entah mengapa dia begitu senang berkenalan berbual dengan lelaki ini.  Mungkin kerana dia ingin teman berbicara.

"Awak macam mana pula ?" Hanna mula berbasa-basi. Tidak mahu dikatakan sombong kerana mendiamkan diri sahaja.

"Macam mana apa ?"

Kini giliran Hanna tergelak halus.

"Datang sini bercuti juga ke ?" Tanyanya lagi sekali. Dan kini soalannya barulah jelas berbanding dengan soalannya tadi.

"Owh...lebih kuranglah. Sambil menyelam minum air.  Actually company saya ada mengadakan annual dinner for family day dekat sini. So thats because of why I'm here right now. " Dia tersenyum. Panjang lebar lelaki itu menjawab.  Setahu dia soalannya pendek tadi.  Lantaklah !

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now