"Ya, ini bilik Lyra.." Suara Maria kedengaran berbeza.

"Kat sini ada tilam yang boleh kamu berdua gunakan untuk tidur di lantai." Maria tunjuk almari baju Lyra. Rowen dan Jett serentak mengangguk.

"Oh ya.." Belum sempat Maria melangkah keluar dari bilik itu, dia kembali berpaling memandang Rowen dan Jett.

"Lyra tak suka bilik bersepah, jangan sepahkan bilik dia." Pesanan terakhir Maria buat Rowen dan Jett termanggu seketika. Rowen terlebih dahulu melepas keluhan berat sebelum kembali meletak bingkai gambar di atas meja.

Jika itu yang Lyra tidak sukakan, dia akan lakukannya kalau itu yang dapat mengembalikan gadis itu semula. Tapi nampaknya ia tidak mungkin berlaku.

"Awak rehat lah dulu, ini bilik saya." Maria menunjuk biliknya pada Noah. Lelaki itu sekadar mengangguk tanpa bicara.

"Katil ni kecil, awak boleh gunakan katil saya.."

"Awak?" Noah memotong buat Maria terkelu.

"Awak nak tidur dengan saya?" Soal Maria kembali. Dia cuma tidak mahu mengganggu rehat lelaki itu, lagipun Noah pasti penat, dan katil biliknya juga single.

Noah diam hanya menatap wajah isterinya.

"Katil kecil, jadi saya akan gunakan bilik Syira."

"Saya nak tidur dengan awak malam ni." Ringkas Noah membalas buat Maria laju mengangguk kepalanya.

"Baik!"

"MAK CIK dengar ada tentera Gavriel menginap disini?" Soal seorang wanita tua dimuka pintu, Syira yang sudah bersiap ingin bertugas mengangguk kepalanya.

"Ya, dia suami Maria dan dua orang teman mereka." Balas Syira sopan.

"Baguslah begitu, Mak Cik ada bawakan makanan untuk mereka. Silalah makan." Wanita itu menghulur bungkusan makanan. Syira tersenyum seraya menyambut hormat.

"Kamu sudah mahu bertugas Syira?"

"Ya saya.." Sekali lagi Syira mengangguk.

"Jangan lupa makan. Terima kasih." Sebaik senyuman terukir di bibir, wanita itu berlalu kembali ke rumahnya.

"Terima kasih.." mengendur suara Syira. Sungguh dia terharu.

"Kenapa tu?" Tersentak Syira dimuka pintu disapa tanpa salam. Dia berpaling memandang seseorang dari teman Maria mendekatinya.

Tapi dia tidak kenal nama lelaki itu.

"Ada penduduk kirimkan makanan untuk kamu semua, makanlah." Syira menghulur bungkusan makanan itu kepada Jett. Jett mengangguk menyambutnya. Mata memandang Syira dari atas kebawah sebelum matanya menangkap logo Lorcan di pergelangan baju dipakai gadis itu.

"Kau juga Lorcan?" Soal Jett tiba-tiba.

Seperti menangkap apa dilihat Jett, Syira menoleh memandang lengan bajunya.

"Ya, aku tentera dan aku juga doktor di dalam misi." Terjawab persoalan di benak Jett.

"Aku diajar untuk menjadi tentera dan dibawa ke dalam misi dan medan perang jika perlu. Aku boleh berperang dan beri rawatan kepada tentera." Sambung Syira mendatar.

GAVRIELDonde viven las historias. Descúbrelo ahora