Angin sejuk musim ini menyimbar diri aku. Sepatutnya aku pakai baju yang lebih tebal tadi kalau tahu suhu sesejuk ini.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Mata aku mencari-cari kelibat Jason. Setelah beberapa saat, aku dapat melihat seorang lelaki mengangkat tangan. Itu rupanya Jason.

Aku bergerak ke meja yang berada bersebelahan dengan tingkap itu. Lelaki yang berumur agak sama dengan Arshen itu tersenyum ke arah aku.

"Apa yang kau nak beritahu?" Soal aku sambil duduk di hadapannya.

"Ini," dia berikan aku satu sampul surat berwarna coklat.

Sampul surat itu dibuka dan lalu aku mengambil kertas yang ada di dalamnya.

"Aku dapat tahu, beberapa tahun lepas hospital tu ada buat satu sistem dimana seorang pesakit vip boleh pilih seorang nurse untuk jaga mereka sehinggalah mereka sihat. Dan nurse tu kau tahu siapakan," terangnya.

Mata aku sibuk membaca data kertas itu. Dari data yang tertulis hospital tersebut memang ada buat sistem begitu tetapi sudah dihapuskan sejak beberapa tahun ni.

Seingat aku hospital itu adalah hospital ternama tetapi bagaimana kes ini boleh terjadi. Bukankah sedikit mencurigakan kalau kes seperti ini terjadi. Reputasi hospital itu boleh jatuh begitu sahaja.

"Kau tak rasa pelik ke, kalau ada kes macam ni berlaku. Pihak hospital tak nak selidik dahulu ke sebelum buat keputusan begini?" Aku berkata sambil berfikir.

"Memang pelik sebab ikut data aku dapat, pesakit tu sebenar sudah hampir sihat tapi tiba-tiba kesihatan dia merosot. Macam ada sesuatu terjadi semasa dia dirawat."

Aku berfikir sejenak. Data yang terdapat di tangan aku dipandang tajam.

Kalau betul ada sesuatu terjadi ketika rawatan berlangsung maknanya kini memang tidak salah dia ada terlibat ataupun dia adalah dalang semua ini.

Kertas tadi diselak aku ke muka surat seterusnya. Kali ini adalah data ubat yang diterima oleh orang itu ketika dirawat. Aku membaca nama ubat tersebut dan tiba-tiba aku terfikir sesuatu.

"Jason, biasanya siapa yang akan beri ubat kepada pesakit?" Soal aku.

"Nurse lah. Dia kan ditugaskan untuk jaga pesakit."

"Jadi kalau nurse yang beri, tak mustahillah ubat itu dapat ditukarkan!"

Tiba mata lelaki itu terbuka besar. Tidak dapat dinafikan kalau ubat boleh ditukar ketika diberikan.

Kalau diikut dari data ni, ubat sepatutnya tidak boleh ditukar, diambil lebih atau diambil lambat. Jadi memang tak mustahil kalau ubat itu sengaja disalah beri untuk merosotkan kesihatan pesakit.

Dan data ini juga kata bahawa kesihatan pesakit tu semakin merosot setelah 2 minggu ditempat di hospital tersebut.

"Kau rasa kau dapat cari rekod pemberian ubat tu tak?" Pinta aku.

"Aku rasa aku dapat tapi perlukan masa sedikit."

Aku mengangguk faham. Aku tidak kisah berapa lama asalkan aku dapat rekod tu.

Aku mesti bongkar semua misteri disebalik kejadian yang berlaku. Dan orang yang lakukan semua ini akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah dia lakukan. Jangan berharap aku boleh maafkan orang itu begitu sahaja. Ini sudah melibatkan nyawa.

"Kalau sudah tidak ada apa-apa lagi, aku pergi dulu," ujar Jason.

Aku mempersilakan dia pergi. Data tadi diberikan kepada aku untuk aku kaji selidik lagi.

Sejujurnya aku tidak sangka kes ini akan jadi sebesar ini. Kalaulah aku tidak berjumpa dengan Jason mesti aku tidak akan sampai ke tahap ini.

Lelaki itu memang berguna dan bagus dalam berkerja. Kadang-kala aku terfikir kenapa lelaki itu mahu menolong aku membongkar semua misteri ini.

Ingat lagi aku tahun lepas, dia datang kepada aku dan berkata mahu menolong aku dengan syarat aku mesti berkerjasama dengannya.

Awalnya aku ragu namun seketika kemudian aku mula mempercayai dia. Aku tidak tahu bagaimana dia tahu akan kes ini tetapi dengan pertolongan dia aku kini sudah hampir ke kemuncak penemuan misteri ini.

Tok! Tok!

Tiba ada orang mengetuk meja aku ini. Aku mengangkat kepala melihat gerangan yang mengetuk meja ini.

"Boleh duduk sekali?"

Agak-agak siapa org tu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Agak-agak siapa org tu?

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now