Buk!!
Entah datang dari mana seorang lagi Duvan muncul membawa tentera Lorcan yang ditugaskan menjaga ruang rahsia. Tubuh tentera Lorcan yang tidak bernyawa itu dihempap di atas lantai.

Pekikan dan jeritan warga disitu bergema, penuh takut.

"DIAM!!!" Sekali dijerkah, mereka terdiam tapi dengan esakan.

Maria menelan air liur, dalam kesesakan dia perlahan-lahan berundur kebelakang. Pedang terletak ditarik tanpa menimbulkan bunyi lalu diselit ke belakang bajunya. Dia perlahan-lahan kembali duduk di atas kerusi roda. Nafas ditarik panjang sambil memejam matanya.

Kau boleh lakukan Maria.

"Abang!!" Semua warga berpaling kebelakang memandang Maria menolak-nolak kerusi rodanya bergerak menghampiri tentera Lorcan itu.

"Abang!! Apa yang awak buat kat suami saya?!!" Suara Maria lirih sambil dia kelihatan lemah menolak kerusi rodanya.

Kedua tentera Duvan itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengukir senyum sinis.

Ktak! Seorang dari mereka menarkk Picu pistol lalu dihala kepada Maria, tetapi tentera sebelahnya menahan lantas menolak kebawah.

"Jangan bazirkan dia. Kau tahu kan perempuan Timur Feyre itu bernilai, lagi-lagi muda macam dia." Marah tentera itu pada rakannya.

"Tch!" Melihat perempuan beroda itu, cukup menunjukkan perempuan itu lemah tak akan melawan.

"Abang!! Jangan tinggalkan saya!" Maria semakin hampir dengan tentera itu. Air mata menitis dipipi, walaupun kini dia sedang berlakon, tapi air matanya asli menatap tentera Lorcan yang berkorban nyawa untuk menyelamatkan mereka di dalam.

"Suami kau dah mati! Sia-sia kau menangis! Dia lembik dan tak berguna!" Herdik tentera Duvan itu.

Wanita-wanita dibelakang mula menutup mata anak-anak mereka.

"Kamu semua kejam Duvan. Kamu tahukah berapa nyawa yang sudah terkorban kerana keuntungan kamu semua?!"

"Itu yang kami mahukan.."

"Bertaubatlah sebelum kamu mati.." Maria angkat wajah, wajah yang menyimpan beribu maksud. Matanya tajam, begitu tajam.

"Apa kau kata?"

"Aku sudah bagi kau masa.." Maria pantas bangun lantas mengeluarkan pedang di belakang bajunya dan..

Zupp!! Seorang yang tadi mengacu pistol padanya dilibas dengan pedang buat darah memercik keluar dari tubuhnya dan jatuh rebah kelantai.

"A..apa kau!!" Seorang tentera Duvan lagi terketar-ketar mengeluarkan senjatanya tetapi kaki Maria tangkas melayang sepakan buat senjata lelaki itu jatuh terpelanting ke tanah. Dan sebaik itu juga Maria angkat kaki tinggi menyepak kuat kepala lelaki Duvan itu.

Tak cukup dengan itu kakinya naik memijak dada lelaki itu dan pedang dipegangnya dihunus tepat ke leher  lelaki itu. Dapat dilihat bibir lelaki itu terketar-ketar seperti menunggu ajalnya yang bakal tiba di tangan Maria.

"Ka..kau si..siapa?" Soal tentera Duvan itu terketar-ketar.

Maria senyum sumbing. Pedang dicucuk mengancam hingga buat darah memercik keluar dari leher lelaki itu. Jika dulu dia pernah hampir disembelih di misi pertama bersama Noah saat di Gavriel. Kini dia tidak takut untuk buat perkara yang sama pada orang-orang itu.

"Aku Lorcan, dan aku juga Gavriel.." Mata Maria tajam memandang lelaki itu.

"Ja..jangan bunuh aku! TOLONG! Aku masih mahu hidup!!" Lelaki itu menjerit teringatkan anak-anak dan keluarganya dirumah menanti dirinya pulang bersama senyuman.

"Bagaimana kau boleh masuk ke dalam ini? Siapa yang dedahkan kau semua tentang Timue Feyre?" Suara Maria kedengaran dingin mengeluarkan aura Kapten Maria. Kini dia seperti terlupa yang dia sedang mengandung.

•••

BANG BANG BANG!!!

"CELAKA JAMES!! Kau hantar Gavriel untuk hancurkan rancangan kerajaan!!" INDRA memekik melepas amarah sambil menghentak-hentak meja kerjanya. Semua pegawai atasan yang lain sekadar terdiam menunggu orang tua itu melepas segala amarahnya. Indra yang merupakan ketua tertinggi Duvan yang juga Presiden bagi Negara Khabi.

Presiden yang dikenali sangat kejam dan pentingkan diri, yang juga keturunan bagi presiden pertama. Memang segala mereka lakukan untuk kepentingan dah kemewahan rakyat, tetapi caranya dengan mengorbankan rakyat yang lain. Dia menipu mata dunia dengan caranya menjaga kebajikan rakyat, tetapi tiada siapa yang tahu apa tangan kotornya telah buat.

"Kita sudah kehilangan lebih dari separuh tentera Duvan! Saya nasihatkan Tuan presiden hentikan serangan ini dah arahkan semua tentera Duvan untuk berundur." Nasihat EDEN. Sofea yang duduk di sebelah suaminya turut mengangguk setuju.

"Tuan presiden, daripada kita bazirkan ramai lagi tentera kita, sebaiknya kita berundur. Peluang untuk kita menang adalah tipis, kita terpaksa susun rancangan lain!"

"DIAM SOFEA! Keturunan kau memang celaka!! Ini semua rancangan kau!!" Marah Indra kasar. Sofea terdiam seraya menunduk kepalanya.

"Tch, Duvan memang bodoh, patuh pada arahan presiden yang bodoh." Seorang gadis yang tadinya tenang duduk kini berdiri dengan senyuman sumbing.

Rambutnya hitam pekat kemas disisir dan dipotong pendek buat dirinya jauh berbeza dari dahulu saat pertama kali dirinya jejak di Duvan.

"Apa kamu cakap! Gadis tidak guna!!" Darah Indra mencanak naik diherdik sebegitu.

"Wahai presiden Indra. Aku tahu macam mana kuatnya Lorcan dan Gavriel itu. Jika mereka bergabung, jangan mimpi Duvan akan menang tanpa sebarang rancangan tambahan." Pedas perliam gadis itu buat Indra berasap ingin membunuhnya.

Tapi siapa sahaja yang berani?

"Gavriel yang licik penuh dengan tentera elit yang berbakat. Mereka tidak akan pernah menyerah kalah. Kalau dulu kamu boleh menyerang Timur Feyre tanpa sebarang perancangan tetapi sekarang kamu silap.." senyuman penuh hinaan pada presiden itu tidak lekang dibibir buat Indra ketap gigi menahan diri.

"Sekarang Timur Feyre sudah ada Gavriel dan Lorcan yang berganda lebih kuat dari Duvan.."

"BUNUH DIA!!" Indra menjerit menunjuk kearah gadis bermulut lantang itu.

Ktak! Senjata pegawai diangkat lalu dihala kepada gadis itu.

"Jangan tuan!! Dia sudah banyak membantu kita untuk kumpul maklumat tentang Timur Feyre." Sofea pantas menghalang. Mata Indra menjenggil.

"Kita masih perlukan dia." Turun naik nafas Sofea melihat semua pegawai Duvan menghala senjata masing-masing pada dia dan gadis dibelakangnya.

"Pastikan kau bertanggungjawab Sofea!! Kalau tidak kau dan dia akan jadi galang gantinya!!" Pekik Indra.

"Tch." Senyuman sumbing terukir dibibir gadis itu sebelum diam berlalu dari ruang itu. Dia muak, dia sudah cukup-cukup muak dengan dunia ini.

 Dia muak, dia sudah cukup-cukup muak dengan dunia ini

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.


SOMEONE BUAT COMEBACK. RASANYA KORANG DAH DAPAT TEKA👻

GAVRIELDär berättelser lever. Upptäck nu