Kain yang sepatutnya diperah dahulu tidak dilakukan dengan betul-betul. Masih boleh kelihatan kain yang berat dengan air tersebut.

Ini kalau dilihat oleh Mary sudah semestinya dia akan marah sekali lagi. Tapi nasib dia, Mary sudah pergi.

Bzez... Bzez...

Tiba dia terasa satu getaran dipoket bajunya. Dia mengambil telefon disimpan di dalam poket tersebut. Sebenarnya ketika kerja dia dilarang bermain telefon namun apa dia kisah. Peraturan adalah untuk dilanggar.

Telefon dibuka dan kelihatan satu panggilan datang.

"Hello," dia menjawab panggilan tersebut.

"Bila lagi kau nak buat benda yang aku suruh. Sudah cukup lama ni?"

"Sabar puan. Saya akan lakukan tapi saya masih belum jumpa masa yang sesuai. Tolong bagi saya masa."

"Okay, aku beri kau masa. Kalau dalam dua bulan lagi aku tak dapat apa-apa berita, kau jangan harap dapat duit kau."

Panggilan diputuskan. Jane mengeluh di sana. Baru jer kena marah sudah dapat satu lagi berita ni.

Dan apa yang paling teruk dia mesti lakukan kerja itu dalam dua bulan ini. Tapi bagaimana? Semua orang tahu gadis itu suka berkurung dalam bilik, jadi bagaimana hendak laksanakan tugas tersebut.

Kalau hendak lakukan tugas itu gadis itu kenalah keluar bilik ataupun dia boleh memasuki bilik gadis tersebut.

Dia kena fikirkan caranya.

.
.
.
.
.

"Bye Ian."

"Bye, best D.A.T.I.N.G kita hati ni," lelaki itu bergurau.

"Ya lah dating kau tu," aku mengiyakan sahaja lelaki itu.

Sempat aku membalas senyuman lelaki itu sebelum aku menutup pintu keretanya. Aku tertawa kecil melihat gelagat lelaki itu yang sangat suka bergurau. Tak habis nak usik aku pasal peristiwa tadi.

Aku dengan mulut yang tersebut berjalan masuk ke halaman rumah aku. Sepatutnya aku suruh dia hantar sampai depan pintu tadi, tapi tak apalah. Nanti dia juga yang kena patah balik. Tidak salah jalan seketika. Bukannya jauh pun.

Aku berjalan sambil tersenyum menghirup udara segar senja ini. Matahari sudah pun mahu tenggelam. Lama juga ya aku berjalan bersama Ian.

Fikirkan mahu balik sebelum senja tapu rupanya senja baru balik. Betul orang kata kalau sudah seronok sangat memang tidak akan perasan berapa lama sudah berlalu.

Wajah aku tersenyum sehinggalah aku tiba di pintu rumah ini dan dalam sekelip mata terus hilang senyuman aku melihat gerangan yang baru tiba dari garaj kereta.

Siapa lagi kalau bukan abang pertama aku, Arshen.

Nampaknya dia baru sahaja balik. Buang mood betul jumpa lelaki tepat ketika baru bersenang tadi.

"Kau baru balik?" Soal lelaki itu.

Aku yang malas mahu menjawab soalan itu terus membuka pintu rumah ini dan masuk.

Masuk sahaja aku rumah ini, dapat aku lihat televisyen di ruang tamu terbuka dan kelihatan Beth dengan tenangnya makan di situ.

Masih ada lagi budak ni rupanya. Bila agaknya dia ni akan balik. Bulan sudah mahu terjaga pun masih lagi duduk rumah ni. Ke dia sudah tak ada rumah lagi.

"Eh, abang Arshen. Selamat pulang," tegur gadis itu. Mahu juga dia berdiri dan berjalan menuju ke lelaki itu.

Aku yang menyampah melihat gadis itu hanya melintas sahaja di hadapan dia. Malas mahu melayan peragai gedik itu. Bukan sekali aku pernah lihat situasi ni, malah banyak kali.

Dia tunjukkan peragai seperti malaikat dia di hadapan keluarga aku tapi bila masuk depan aku raja syaitan tepuk tangan. Ini yang dinamakan syaitan bertopengkan malaikat.

"Baru balik kau. Seronok dating tadi?" Langkah aku terhenti.

Perempuan ni memang sengaja kata macam tu depan abang aku. Sengaja nak burukkan diri aku depan keluarga aku sendiri. Tak ada beza peragai dia dan mak dia sendiri.

"Dating? Siapa?" Soal abang aku. Aku menatap tajam ke arah dia orang itu.

"Siapa lagi abang, dia tu lah. Tadi bukan main dapan Beth kata dia pergi dating,"

Perempuan ni memang mahu dirobek mulut dia kali. Penyebuk sungguh.

"Kau dating! Dengan siapa?" Abang aku melihat tepat di arah aku.

Aku melihat ke arah Beth yang tersenyum senin itu. Senang hatinya dapat melihat aku dimarahi begini.

"That's none of your business," balas aku.

"Rachel!" Nama aku disebut kuat. Marah rasanya. Tapi aku tak kisah.

Aku menjeling ke arah Beth sebelum menaiki tangga menuju ke tingkat bilik aku.

Malas aku mahu melayan dua orang itu lagi. Kalau dilayan memang sah tidak akan berpenghujung nanti. Jadi biarlah aku tamatkan sahaja pergaduhan ini.

Kalau korang nak tengok spoiler, sila pergi ke mb aku sekarang

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Kalau korang nak tengok spoiler, sila pergi ke mb aku sekarang



Silent Melody [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora