"Baik betul kamu teman gf kamu beli barangan ni. Kamu ni mesti sayangkan dia kan," ujar pekerja itu membuat Ian terkejut.

"Gf?"

"Iya, perempuan tadi gf kamukan. Jarang saya lihat lelaki datang sini mahu tolong belikan barangan ni. Biasanya mereka akan berdiri luar. Tak macam kamu yang memang tolong beri pendapat pasal barangan ni," pekerja itu tersenyum.

Ian pula hanya tertawa janggal. Mahu betulkan tapi takut perempuan ini rasa bersalah pula. Tak apalah, biarlah sahaja dia fikir macam tu.

Bukannya dia seorang yang pernah salah hubungan antara mereka berdua. Sudah banyak, cuma mereka sahaja tidak mempedulikannya.

"Ini dia, terima kasih." Plastik yang penuh dengan barangan Ian tadi diberikan setelah selesai membayar.

Lelaki itu melangkah keluar dari kedai itu namun terhenti apabila melihat sosok dua orang lelaki yang dia kenali sedang bercakap dengan Rechel.

Hatinya tiba tidak tenang. Air muka Rechel sekarang juga kelihatan seperti sedang menahan rasa takutnya. Isyarat tangan Rechel yang menggenggam itu juga bermaksud dia sedang dalam ketakutan.

Ian dengan pantas bergerak ke sana untuk menyelamatkan kawan baiknya itu.

"Rechel, sini pun kau. Aku cari kau tadi," ujar Ian membuat semua orang di sana melihat ke arahnya.

Air muka Rechel berubah menjadi gembira apabila Ian mendekat. Nampaknya memang gadis itu memerlukan pertolongan untuk dua larikan diri dari situasi itu.

"Eh, uncle! Selamat petang," ucap Ian melihat muka encik Shawn bersama pembantu peribadinya, Finn.

Finn menghadiahkan satu senyuman kepada Ian. Memang lelaki ini mesra dengan senyuman, namun sangatlah misteri.

Kadang-kala tak tahu bagaimana lelaki berumur hampir sama dengan Arshen boleh berkerja dengan encik Shawn itu. Dia masih muda tetapi sudah menjawat jawatan yang sanggat tinggi.

"Kamu berdua buat apa dekat sini?" Soal encik Shawn.

Ian menjeling ke arah Rechel. Dia perasan tangan Rechel menarik lengan bajunya untuk meminta tolong.

"Seperti biasa. Keluar hari cuti," Ian menjawab.

Mata encik Shawn memandang dingin mereka berdua. Dan perkara itu membuat hati Rechel itu terasa semakin gerun.

Sebab itulah dia tidak berani menatap lelaki itu apabila bercakap. Silap hari bulan boleh berhenti hatinya nanti sebab terlalu gerun.

"Kamu berdua sudah makan?" Soalan itu membuat Ian dan Rechel terkejut. Tiba bertanya sudah makan atau tidak ini. Ada apa-apa muslihat ke?

"Su-sudah," jawab Rechel tergagap-gagap.

"Kalau macam tu-"

"Maaf uncle, kami kena gerak sekarang. Takut terlepas movie kami nanti," ujat Ian untuk bergerak pergi dari situ.

Dia terpaksa menipu bahawa mereka ada rancangan melihat wayang. Kalau tidak begitu memang sampai bila-bilalah mereka tidak akan pergi dari sana.

Encik Shawn pula hanya melihat kepergian mereka. Matanya tertumpu pada anak perempuannya, Rechel.

Dia perasan Rechel berubah secara tiba-tiba ketika bercakap dengannya tadi. Sedangkan bila dia bercakap dengan Finn dia baik sahaja. Masuk dia terus tergagap seperti takutkan sesuatu.

"Tuan, kalau tuan mahu lunch bersama cik Rechel, beritahu sahaja. Saya boleh aturkan," ujar Finn.

Encik Shawn hanya diam dan terus berlalu pergi. Finn pula hanya tersenyum melihat sikap tuannya itu.

Sudah sebati sangat dia dengan ketua keluarga tersebut. Walaupun luaran nampak dingin namun dalaman sangatlah berbunga.

Dia tahu sangat bahwa tadi tuanya ingin menjemput dua orang tadi makan bersama. Tetapi disebabkan mereka sudah makan, rancangan dia hancur.

Nampaknya mesti tuannya kini tidak berapa bagus emosinya. Namun dia sudah terbiasa. Banyak kali benda begini terjadi.

Jadi tidak hairanlah kenapa Finn boleh tenang menghadap semua ini sendiri.

Sini aku ajar skincare rutin sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sini aku ajar skincare rutin sikit. Dlm skincare rutin sunscreen itu adalah benda paling penting. Kalau korang dah buat semua skincare tapi lupa sunscreen, sama sahaja korang buat benda tu sia-sia. So jgn lupa sunscreen walaupun korang tak keluar rumah. Pakai jer!

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now