B15

246 55 51
                                    

______________

"Be yourself when you are with me!"
______________

        "Kau pasti dengan keputusan ni?" Soal satu suara garau milik lelaki bermask hitam, hanya memperlihatkan sepasang matanya sahaja. Kepala pula bertutup dengan cap hitam.

Evel yang disoal hanya diam. Kepalanya menunduk, membiarkan permukaan meja kayu itu menjadi tatapan matanya. Pelbagai perkara menerjah masuk ke dalam otak fikirannya tika ini.

Penumbuk digenggam kuat lalu kepalanya diangguk beberapa kali. "Jangan soal lagi. Jangan buat aku tarik balik tawaran tadi."

"Heh!"

Evel mengangkat muka apabila terdengar bunyi mengejek dari lelaki itu. Gigi diketap geram.

"Ingat Evelyn, aku tak rugi apa-apa kalau aku tolak tawaran kau. Sekarang, keadaan kau tak ubah macam anak anjing aku." Jeda. Lelaki itu mendekatkan badannya ke arah Evel. "Kalau aku pijak kau sekali pun, kau tak dapat melawan. Melainkan..."

Ayat sengaja digantung.

Bergetar anak mata Evel apabila pandangan tajam milik si lelaki serta nada yakin dan sinis pada ayat tadi menjengah cuping telinganya. Dia ingin melawan, namun sedar keadaan yang sedikit pun tidak memihak kepadanya ketika ini.

Lelaki itu pula dalam diam sudah tersenyum sinis melihat reaksi Evel. Dia bangun dari duduk lalu tangan kanannya dihulur ke arah Evel.

"Deal, right?"

Evel tidak menyambut, malah dia lantas bangun dan keluar dari cafe tersebut. Tegang sahaja wajah Evel dengan rahang yang tergerak-gerak dek ketapan giginya.

Walaupun hanya mata yang kelihatan kerana wajahnya yang ditutup dengan mask, cukup membuatkan aura gelapnya terserlah.

Lelaki itu hanya memandang sepi pemergian Evel. Tangan ditarik kembali lalu disimpan ke dalam poket. Dia tergelak sinis.

"Game start."

.

.

.

.

.

    "Eh, girl?"

Anna menoleh apabila terasa dirinya diseru. Sebaik terpandangkan wajah comel dengan pipi tembam di depan matanya, senyuman manis terus terukir.

"Hye, Hao! Kau buat apa kat sini?" tangan dinaikkan separas bahu, tanda menyapa lelaki itu.

Hao tersengih. "Aku datang cari ayam."

"Ayam? Ayam goreng? Ayam panggang? Ayam golek? Yang mana satu?" Soal Anna bertubi-tubi. Matanya meliar melihat sekitar pasar malam itu, cuba mencari gerai yang menjual ayam. Malangnya kawasan tersebut dipenuhi dengan gerai air sahaja.

Mungkin perlu jalan lagi.

"Aku err... " Hao menggaru perlahan sisi kepalanya. "Cari peha ayam."

"Tak, tak. Aku tanya ayam tu nak masak apa."

"Kenapa kau tanya aku? Bukan aku yang masak."

Anna sudah mula keliru dengan kata-kata Hao. Dahinya berkerut-kerut cuba memahami ayat si lelaki. Muka Hao yang turut sama nampak blur sedikit sebanyak menambahkan lagi keserabutan di kepalanya.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now