B13

237 59 4
                                    


         Mulutnya tak henti-henti mengunyah chewing gum perisa mint yang baru dimasukkan ke dalam mulut.

Dua tangannya elok diletakkan ke dalam poket blazer yang dipakai. Mata Lia melilau ke sekeliling, bagaikan menunggu kemunculan seseorang.

"Haih, lambatnya." Keluh Lia perlahan.

Jam tangan dikerling sekilas. Dah pukul 10.45 pagi. Maknanya dah lebih 15 minit dia menunggu di situ. Janji nak jumpa pukul 10.30, tup-tup batang hidung langsung tak nampak.

Badannya disandarkan ke palang koridor sambil matanya ligat memerhati kesibukan para pelajar yang lalu-lalang.

Dari tingkat tiga yang tak berpenghuni itu, Lia dapat melihat jelas aktiviti manusia di bawah sana. Ada yang nerd, ada yang acah gangster, ada yang biasa-biasa, ada yang alone. Budak sekolah, macam-macam perangai pun ada.

"Eh, Anna."

Lia tergelak melihat Anna yang kelihatan terpaksa mengangkat beberapa bungkus plastik sampah yang sudah penuh. Tulah, undercover jadi cleaner sangat, kan padan muka. Minah tu dahlah paling malas pergi uruskan sampah.

Sian member.

"Hhei..."

Lia menoleh apabila bahunya disentuh perlahan. Sebaik sahaja pandangannya jatuh pada figura seorang remaja lelaki yang menatap kosong ke arahnya, bibir dicebik menyampah.

"Awal betul kau sampai. Jam rosak ke?" Perli Lia.

Si lelaki tidak membalas malah hanya menunduk. Sebelah wajahnya yang tertutup dengan rambut, secara tidak langsung menimbulkan aura seram.

Lia mengeluh. "Kau kata nak bagi aku sesuatu. Apa dia?"

Lelaki itu diam sebelum mulutnya perlahan-lahan terbuka. Suaranya terlalu perlahan sehinggakan Lia terpaksa menapak selangkah mendekatinya. "Pp.. Ppendr... rive... Hha... hari tu..."

"Oh, yang tu. Aku dah check. Asal?" Balas Lia, mengingati kembali pendrive yang penuh dengan maklumat-maklumat sulit Amonic. Sehinggakan Lia menjumpai beberapa perkara baru yang dia tak pernah tahu sebelum ini.

"Jja... Nngan... baggi... ttau... sss... sessiapa..." Kata lelaki itu lagi.

Lia diam. Matanya memerhati tangan si lelaki yang nampak jelas sedang menggeletar. "Kau... takut dengan aku ke? Siapa kau sebenarnya?"

Terpacul soalan itu setelah lebih seminggu dia berfikir sendiri. Kenapa dia langsung tak kenal lelaki itu, tetapi lelaki itu pula yang bagaikan tahu luar dalam tentang dia. Dia juga ada cuba mencari identiti lelaki ini, tapi kosong. Hapak pun dia tak dapat apa-apa.

Si lelaki mengundur beberapa langkah ke belakang dengan tubuhnya yang menggigil kuat. "Ppen.. drive...!"

Lia tersentak apabila suara itu kedengaran agak tegas. Entah kenapa dia merasakan lelaki ini berbahaya. Liur ditelan kesat sambil matanya tak lepas memandang wajah lelaki itu yang masih menunduk.

"Aku tak bagitahu sesiapa. Aku pegang janji aku." Balas Lia. Dia hanya diam menunggu respon lelaki itu yang kelihatan kurang getaran badannya kali ini.

"Ev... evvelyyn..."

"Aku tak bagitau dia jugak. Anna dan semua ahli Amonic, tak tau apa-apa pasal kita." Laju Lia membalas. Dia hanya mengikut sahaja rentak si lelaki. Mungkin dengan cara itu, lebih mudah dia mengumpulkan segala maklumat.

"Am.. ambbik... nni... "

Pendrive berwarna biru bertukar tangan. Lia membelek seketika pendrive itu sebelum dia kembali memandang si lelaki. "Lagi?"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now