B43

174 27 66
                                    

AYDEN dan Hao diam merenung wajah Raven yang nampak tenang. Tenang di luar, gelora di dalam. Mereka tahu dan faham apa yang dirasakan oleh Raven, malah mereka turut merasakannya. Bezanya, Raven lebih terkesan mungkin kerana mangsa keadaan adalah kembarnya sendiri. Dan fakta bahawa Steven terkorban kerana ingin menyelamatkan dirinya semakin menghantui fikiran.

"Rav, aku suruh kau rehat kat rumah kan, asal kau datang office jugak?" soal Ayden, risau. Wajah Raven yang fokus menghadap kerja ditenung dalam. Dia perasaan yang lelaki itu langsung tidak membuka mulut sejak kedatangan Amonic tempoh hari. Bagai patung bergerak, Raven langsung tidak bereaksi dengan apa-apa yang terjadi di sekelilingnya.

Hao dan Ayden saling membalas pandang. Si lelaki cina itu hanya tersenyum nipis sambil menggeleng, menunjukkan dia juga tidak tahu apa yang patut dilakukan. Ayden pula asyik menggerakkan matanya ke arah Raven, memaksa Hao melakukan sesuatu. Apabila Hao masih menggeleng, mulutnya digerakkan tanpa bunyi,

'Do something or aku hantar kau pergi Spain!'

Hao mengeluh lemah. Susahlah dapat leader perangai babun ni. Kerja bagi beban kat orang je tahu. Hao berdehem perlahan, cuba menarik perhatian Raven namun langsung tak berjaya. Sekali lagi dia mengeluh, "Rav, kau dah makan ke belum? Ni dah lepas waktu lunch ni."

Hanya anggukan ringkas menjadi balasan dari Raven. Hao menggaru perlahan sisi kepalanya, tak tahu nak kata apa lagi. "Kau diam je, okay ke tak ni?"

Sekali lagi hanya anggukan menjadi balasan.

"Kerja kau banyak ke?"

Angguk.

"Boleh ke siapkan hari ni?"

Angguk.

"Nanti balik awal tau."

And again, angguk.

Hao mati kutu melihat. Nak tanya apa lagi? Semua dia angguk kang, dia kata Raven ni dah jadi Sajadiah pun tetap angguk jugak. Ayden pula sudah mengetap gigi menahan geram terhadap lelaki bernama Raven itu.

"Bisu dah ke?" sinis Ayden.

Malangnya Raven langsung tak melayan. Hal ini sekaligus membuatkan Ayden bertambah bengang. Fail yang sedang disemak oleh Raven dirampas lalu dibaling ke lantai. Matanya tajam merenung Raven yang masih tidak bersuara malah mencapai fail baharu untuk disemak buat kali terakhir.

Baru sahaja ingin diselak, sekali lagi fail itu dirampas oleh Ayden dan dihempas ke lantai. Malah, fail-fail dan kertas kerja yang ada di atas meja itu ditolak jatuh.

Raven masih diam. Badannya disandarkan ke kerusi sambil tangan mula mengeluarkan telefon. Gajet itu dihidupkan lalu ditelek berkali-kali tanpa arah tujuan. Satu aplikasi dibuka lalu ditutup kembali, lalu aplikasi lain pula dibuka dan ditutup.

Sehinggalah dia tertekan galeri telefonnya dan gambar Steven menjamah mata. Raven terpaku. Tanpa sedar, tangannya mula menggigil menahan rasa sedih dan bersalah yang bertamu di hati. Matanya dipejam rapat, cuba menenangkan diri sebelum telefon itu diletak ke atas meja. Raven memusingkan kerusinya, memandang pemandangan kota yang terpapar dari dinding kaca pejabat.

Ayden yang perasan akan gambar Steven yang masih terpapar di skrin telefon Raven, menjungkit rendah keningnya. Baru dia perasan pejabat Raven sudah kosong tanpa gambar-gambar Steven, sama ada yang tergantung di dinding mahupun bingkai gambar di atas meja lelaki itu.

Ayden bangun lalu kakinya melangkah pada salah satu rak di pejabat Raven. Satu pintu dibuka dan terserlah longgokan bingkai gambar Steven yang tersimpan kemas disitu. Salah satu bingkai besar dicapai lalu dia tersenyum sinis sendiri.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now