B24

211 34 10
                                    

BUNYI ketukan jari milik Hao memenuhi segenap ruang yang sepi tanpa sebarang suara. Ayden, Raven, Kyle, Hao dan Alvin duduk mengelilingi sebuah meja panjang yang diletakkan khas dalam bilik kerja milik Ayden. Masing-masing hanya membisu sambil otak ligat memikirkan rancangan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang baru sahaja mereka bentangkan seketika tadi.

"Rav..." seru Hao, sekaligus menarik perhatian yang lain padanya. "Kau kata kalau Lia kahwin dengan Kyle, lagi senang kita nak hapuskan Amonic, kan?"

"Memang aku cakap macam tu. Tapi, itu pun kalau Kyle dapat pujuk Lia untuk berpihak pada kita."

Serentak semua mata memandang Kyle yang elok bersandar. Kyle yang sedar dirinya menjadi perhatian, terus menegakkan badan. Senyuman janggal ditayang. "Err, aku bukan tak nak pujuk dia. Tapi aku takut dia mengamuk kalau tahu kita nak bunuh ketua dia. Korang pun tahu minah tu dah macam kakak bini aku."

"Dengan bini pun takut. Tak jantan ah kau!" ejek Alvin sekaligus mendapat ketukan kuat pada kepalanya.

"Kau single diam-diam!" bidas Hao, turut geram.

"Cakap aku single, tak sedar kau pun single. Apa kes?"

Dan, Alvin dipalau...

"Kyle... Kalau kau tak boleh pujuk Lia, suruh dia datang jumpa aku. Biar aku yang bincang dengan dia." putus Ayden, tenang. Matanya mengerling pada Raven, sebagai isyarat agar memulakan kerja.

Serentak itu, Raven mengangguk lalu tangannya ligat menekan papan kekunci laptop yang terbuka didepannya sejak tadi. Yang lain pula hanya akur apabila Ayden menyuruh mereka keluar.

"Dah dapat."

Laptop dihulurkan pada Ayden. Skrin laptop yang memaparkan pelbagai maklumat penting tentang Amonic dan ketuanya dibaca teliti.

Tidak banyak. Sebab itulah dia perlukan orang dalam dari pihak Amonic untuk hapuskan terus kuasa kumpulan itu. Namun yang menjadi masalahnya, kumpulan ini seakan kebal dengan pengikut yang terlalu setia. Dan setakat ini, semua anak buahnya yang dihantar untuk menjadi pengintip hanya mati sia-sia.

Mengapa kumpulan mafia kecil yang bagaikan dihujung tanduk ini seakan lebih kukuh dari kumpulan mafia ternama? Terlalu misteri dan tak dapat diduga. Itulah yang menjadi tanda tanya. Dan sebab itu jugalah, dia takkan sia-siakan kehadiran Lia. Gadis itu akan dijadikan sumber utama maklumat Amonic.

"Korang panggil aku ke?" Lia yang baru sahaja sampai terus menjengahkan kepalanya disebalik daun pintu. Alang-alang pintu tidak berkunci, dia bukalah terus.

"Yes. Lia, aku ada nak bincang sesuatu dengan kau." ujar Ayden mendatar.

Lia mengangguk ringkas lalu segera mengambil tempat di salah satu kerusi berhadapan dengan Ayden dan Raven. "Pasal apa ni? Pasal kerja aku as hacker kat dalam group The Exfire ke? Aku dah start. Kalau tak percaya, tanya Raven."

"Yang tu aku tahu and bukan pasal tu."

"Habis tu, apa lagi? Nak bunuh Hell?" tebak Lia, selamba.

Kata-katanya membuatkan Ayden dan Raven terkaku seketika. Liur ditelan kesat. Mereka berdua saling bertukar pandang, bertukar kekusutan di minda masing-masing.

"Macam mana kau tahu?" soal Raven.

"Well, nama pun hacker." Lia tersenyum sinis. "Takkan kau tak sedar aku dah hack laptop kau?"

Raven terkedu. Dia langsung tak perasan apa-apa. Tak sangka Lia mampu lakukan perkara itu tanpa sedikit pun jejak.

"You should learn more." ujar Lia lagi.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now