"Awal aku beri amaran pada kau, jangan sesekali kau ganggu dia kalau kau tak nak jadi macam maid lama tu," ujar rakannya itu.

"Kenapa tak boleh ganggu dia? Apa jadi dekat maid lama tu?"

"Kalau kau nak tahu dia tu tak suka ada orang dekat dengan dia. Dan ada satu kes hari tu, seorang maid masuk bilik cik Rechel lepas tu dia terus kena buang macam tu jer."

Jane terlejut mendengar berita bahawa pembantu rumah itu dibuang begitu sahaja. Tidak sangka tuannya itu sekejam itu.

Hanya masuk bilik sahaja bukannya nak bunuh dia pun. Tapi itu pun sudah kena buang. Entah-entah kalau bercakap dengan dia, boleh hilang lidah ini.

"Kenapa dia boleh jadi macam tu sekali?"

"Mungkin sebab ahli keluarga dia tidak suka dia," sekali lagi perempuan itu tertarik dengan kenyataan itu.

"Tak suka? Maksud kau?"

"Ahli keluarga ni benci dia sebab dia penyebab isteri tuan kita meninggalkan masa melahirkan dia. Semua ahli keluarga dia tak suka dan tak layan dia. Senang cerita mereka anggap dia pembawa malang ke keluarga ni."

Dia berfikir sejenak di dalam hatinya. Patut gadis itu bersikap kejam seperti itu. Rupanya dia kurang kasih sayang keluarga dalam dirinya.

Tersenyum senin perempuan itu apabila berfikirkan hal tadi. Dia rasa gadis itu memang layak terima semua itu kerana sikapnya yang kejam itu.

Malah dirinya juga tidak sukakan gadis itu. Kalau boleh dia tidak mahu berkerja di sini kalau dia tidak diberikan tugas oleh seseorang.

"Eh! Selamat pulang tuan Arshen," terus para pembantu rumah tadi menundukkan kepala mereka apabila Arshen balik.

Arshen pula hanya memandang sekilas kepada mereka. Tiada senyuman dan hanya suasana yang dingin mengelilingnya.

Itu jugalah sebab kenapa digelar sebagai lelaki yang dingin. Bukan sahaja dia malah semua ahli keluarga begitu. Susah mahu melihat mereka tersenyum.

"Rechel sudah balik?" Soal Arshen.

"Sudah tuan."

Terus lelaki itu pergi dari ruang tersebut. Jane pula hanya melihat jejak langkah lelaki itu menaiki tangga.

Terpikat hatinya apabila melihat rupa kacak anak sulung keluarga Astrade tersebut.

Memang darah kekacakkan keluarga itu mengalir menuruni kepada anaknya. Bapanya mereka juga tidak kalah kacaknya ketika muda dahulu. Malah sekarang masih lagi kelihatan kacaknya dan mempunyai badan yang bagus.

Tidak seperti lelaki di usianya yang lain. Sungguh berbeza.

"Handsome kan tuan Arshen tu. Untung betul dia masih tak berpunya lagi," tersenyum Jane apabila mendengar kata itu.

"Tak berpunya. Betul ke?" Dia cuba mencari kepastian.

"Ya, semua ahli keluarga ni tak berpunya. Termasuklah tuan besar kita selepas isteri dia meninggal."

Mendengar semua itu membuat Jane tersenyum jahat. Di dalam hidupnya selalu mengidamkan hidup mewah seperti keluarga ini.

Kalaulah dia boleh mengodakan dan mengahwini salah seorang ahli keluarga ini, mesti dia dapat hidup mewah. Tidak perlu dia berkerja seperti ini lagi.

Dia tidak akan diarah, malah dia yang akan mengarahkan orang. Hidupnya pula akan bahagia dengan duit yang berlambak seperti daun gugur.

Siapa sahaja tidak mahu hidup mewah?

Apatah lagi dengan lelaki kacak dan muda seperti Arshen. Sudahlah anak pertama yang pasti akan mengambil alih syarikat besar keluarga ni. Jadi kalau dapat bersama dengan lelaki itu sangat pasti hidup dia akan bermandikan duit sepanjang hayat.

"Kau rasa aku dapat tak bersama dengan tuan Arshen tu?" Soal Jane.

"Kau? Mustahillah. Kalau kau nak kena tusuk mata tajam tuan kita tu cubalah," rakannya tertawa.

"Tapi tak seteruk cik muda kita tu," balas Jane seperti merendahkan Rechel.

"Tu aku tak setuju. Kalau kau nak tahu, pagi tadi sahaja 2 orang tu dah bergaduh. Aku yang jauh dari mereka sudah rasa aura hitam mereka tu. Takut aku. Bagi aku dua-dua tu sama sahaja. Kalau kau dapat buat cik Rechel tunduk, baru kau dapat buat tuan Arshen begitu. Tapi mustahillah untuk kau," rakannya tertawa lagi.

Jane mendengus marah di dalam hati. Bualan rakanya tadi seperti merendahkan dirinya itu. Walhal status mereka sama sahaja.

Kalau dia mahukan hidup mewah dia mesti usaha dan dia akan usaha untuk menggoda lelaki itu.

Bak kata rakannya tadi, dia mesti berani membuat cik mudanya menunduk kepala terhadap dia baru dia boleh dapatkan tuannya.

Nampaknya di sini, dia sudah menetap hatinya untuk membuat orang yang paling rumah ini benci tunduk terhadap dia. Dia tidak kisah apa status gadis itu, asalkan dia dapat yang dia mahu.

Lagipun gadis itu sangat dibenci oleh keluarganya jadi tidak mustahil ahli keluarganya tidak melayan dia walaupun sudah dikerjakan oleh Jane.

Kini niat jahatnya memang sudah terpapar di dalam hati. Dia akan buat Rechel tunduk merendahkan diri di hadapannya.

Nampaknya keluar seorang lagi watak antagonis kita kali ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampaknya keluar seorang lagi watak antagonis kita kali ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now